Mar 19, 2011

TAHANAN REMAN BLOGGER WANGSA MAJU??





TERKEJUT Melayu CinDia lalu tersedar dari tidur apabila mendapat kiriman sms dari No. yang tidak dikenali awal pagi tadi mengatakan blogger Wangsa Maju telah ditahan polis. Melayu CinDia ada juga cuba menghubungi individu yang menghantar sms tersebut namun tidak pula diangkat. Siapa yang ditahan? Atau ianya sekadar gurauan? Melayu CinDia cuba mendapatkan maklumat dari beberapa blog dan Portal. Setakat ini, apa yang tertera hanyalah di Malaysiakini yang mengatakan seorang Blogger Pro Pembangkang Hanief yang ditahan polis di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Siapa sebenarnya individu yang menghantar SMS tersebut? Jika hendak bergurau sekalipun, lihatlah keadaan cuaca dan persekitaran terlebih dahulu. Tapi ada juga baiknya, selepas saya tersedar dan mendapat kiriman sms tersebut, kedengaran Azan Subuh berkumandang. Buat kesemua bloggers, jadikanlah penahanan blogger Hanief sebagai pengajaran. Melayu CinDia sentiasa mendoakan agar perjuangan blogger2 Pro Kerajaan direstui dan dilindungi Ilahi. Insyaallah, kerana perjuangan kita demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.


2 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah Bro. Sama2 kita doakan

Jeffry said...

SLM BRO..AKU PUN DOAKAN SEMOGA RAKAN2 BLOGGER PRO KERAJAAN AKAN TERUS BERJUANG DAN DI LINDUNGI ALLAH S.W.T. DARI SEGALA MUSIBAH..AMINNN

Powered by Blogger.