Mar 5, 2011

SPR ISYTIHAR PRK DUN LENGGENG??





Trend Pilihanraya Kecil kini semakin rancak. Setakat hari ini, kita menyaksikan lebih dari 10 PRK telah dilaksanakan. Persoalannya, benakah akan berlangsungnya 1 lagi PRK iaitu di DUN Lenggeng, Negeri Sembilan? Adakah ADUN di Negeri tersebut sedang bertarung nyawa ataupun telah 'dipecat' dari menjadi ADUN?




ADUN Lenggeng, Mustafa Salim semalan telah diputuskan oleh Mahkamah Seksyen dan didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 kerana telab mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan sebuah prijek, lebih 2 tahun lalu. Mahkamah dijangka akan membuat keputusan pada 1 April ini.Beliau didakwa telah melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos, 2008.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000. Ini akan memberi kesan berlakunya PRK di DUN tersebut kerana beliau mungkin akan hilang kelayakan ke atas kawasan yang diwakilinya itu.

Namun, tuduhan 2 rasuah yang didakwa oleh beliau telah didapati tidak bersalah kerana tiada bukti kukuh. Salah satu daripadanya melibatkan tuduhan melakukan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM3,000 yang didakwa dilakukan pada 28 Ogos, 2008.

Satu lagi tuduhan itu melibatkan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM2,000 yang didakwa dilakukan di satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 30 Ogos, 2008.


1 comments:

Anonymous said...

memang dah keje parti kuat mentedarah RASUAH...sampai ADUN pun menterdarah rasuah...biasa jer!!!

kalau dia rasuah puluh2 juta RM tu puas hati la..ini 2, 3 ribu RM...macam tu pun nak tibai gak ker...memang dasar umno, tak kira kecik besar, bayak sikit..semua rembat!!!

Powered by Blogger.