Mar 10, 2011

SKIM RUMAH PERTAMAKU PAMER KEJAYAAN PM!!






Kalau dulu golongan muda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah selalu garu kepala bila memikirkan bab nak beli rumah.Halangan terbesar biasanya ialah soal wang pendahuluan pinjaman perumahan 10 peratus. Kini mereka boleh masuk ke lebih daripada 20 institusi kewangan untuk mendapat pinjaman 100 peratus untuk membeli rumah.




Ini berikutan pelancaran Skim Rumah Pertamaku petang Selasa yang membolehkan mereka mendapat pinjaman 100 peratus membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkannya di PWTC berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

"Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat," katanya. Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, sebulan boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

"Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut. Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia," kata Najib.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd. Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).

Ketika pembentangan bajet 2011, tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.

"Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah," kata Najib. Perdana Menteri meminta agar semua institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Rumah Pertamaku mempermudahkan segala urusan pembiayaan bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama mereka.

"Saya amat berharap bahawa segala urusan berhubung dengan skim ini dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak boleh memberi keuntungan yang besar kepada institusi kewangan tapi ini merupakan satu skim yang amat-amat bermakna kepada rakyat Malaysia," katanya. Najib turut mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dengan sepenuhnya.


7 comments:

Jeffry said...

BUKTI KERAJAAN PRIHATIN MSLH RAKYAT GOLONGAN MUDA TU BROO HUHUHU

Anonymous said...

skim rumah Pertamaku Hanya Omongan Kosong PM

Najib mengharapkan Bank....Kalau Najib Sungguh-Sungguh nak tolong...Keluarkan Arahan Bukan Mengharapkan Bank. Macam mengharapkan buah yang tak gugur-gugur.

Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Najib untuk membantu belia yang berpendapatan RM3000 ke bawah hanyalah omongon kosong dan retorik Najib semata-mata bagi menarik minat orang muda menyokong UMNO BN.

Apa yang dirancangkan oleh Najib tidak mempunyai asas yang kukuh, Pinjaman rumah 100% tanpa perlu membayar deposit 10% untuk rumah yang berharga RM100,000 hingga RM220,000 bagi mereka yang berpendapatan sedemikian adalah tidak berasas. Kalau ditolak 3/4 pendapatan....berapa ajer yg tinggal untuk membayar pinjaman 100% itu??? Panggillah bank mana pun....jika pembelanjaan melebihi 3/4 dari pendapatan....pastinya pinjaman anda akan ditolak mentah-mentah oleh pihak Bank.

Ingatkan Kerajaan UMNO BN yang nak bantu rakyat mendapatkan rumah dengan cara sedemikian.... rupa-rupanya..Najib pulak mengharapkan Bank agar memudahkan dan memberi kelonggaran kepada peminjam. Kalau setakat mengharapkan Bank....tak dapek laaa...Bank nak tolong. Kalau atas dasar " Bank Must Give atau ini arahan Kerajaan" barulah betul. Bank kalau boleh....lagi nak kaya dan kaya lagi. Alamat...jadi angan-angan Mat Jenin lah PM kita.

kelakar la said...

peh.Kelakar la komen anonymous atas tu.

Jadi,maksud ko,PM kena paksa bank la ye? Gila babi la punya pemikiran.Engkau gila ke apa.

Haha.Kang Najib paksa,gugur la serban nik ajis berceramah mengutuk Najib,kata najib ni kuku besi,paksa orang sana sini.Tu tak silap,dengan rosmah2 sekali boleh kena.

Tolong la.Nak komen,komen la dengan akal sikit.Pasal kes belanja 3/4 tu,tu pun najib nak kena tanggung jugak?

Derr..kalau kau dah bengap berbelanja,jangan salahkan orang lain.Pandai2 la nak budget.Yang pegi belanja sampai 3/4 dari income tu,apakejadahnya.Dah bodoh sangat nak jaga duit?

Geng2 camni mana boleh pikir jauh,sebab tu tuhan tak takdirkan diorang perintah malaysia.

Apa diorang boleh buat? Ceramah siang malam,kutuk orang,gelak sana-sini lepas tu balik rumah baca iklan ubat kuat kat harakah.Toron bini.

Oh.Ada bakat lagi puak-puak ni.Baring atas jalan,demo secara berjamaah dalam KL.Itu pandai la.

Serius.Hujah kau pasal perbelanjaan 3/4 dari income tu,memang super bodoh.Apa,ingat semua orang ke belanja sampai 3/4 dari income macam kau?

Salah sendiri,tak layak beli rumah,nak salah orang.Kau tak tahu ke berpa ramai budak muda boleh kumpul aset dari sekarng dari dengar ceramah ja?

Tak tahu nak kata apa.

Super bodoh.

Dah.amik bendera ni,pegi baring atas jalan.

hahaha..

Anonymous said...

LAAAAA...APE LA BODOH SANGAT ANON 8:24 AM KAT ATAS NI.
JGN LE BUSUK HATI SGT BRO..ASYIK2 NAK SALAHKAN KERAJAAN. ITU MAKSUDNYE KERAJAAN DAH BAGI RUANG UTK GOLONGAN MUDA MEMILIKI RUMAH.MAKA PANDAI2 LAH JAGA BUDGET. AKU BERSYUKUR SGT SEBAB ADA PELUANG CAMNI. YG NGKO PEGI BERHUTANG SAMPAI MELEBIHI 3/4 INCOME TU SALAH NGKO LA..BODOH TAK BOLEH DIAJAR LA LU BRO..

Anonymous said...

To Anom 0824: Anom ni nak semua nya diletak depan mata, baru dia cakap kerajaan tak zalim.. otak pun tak de, semua idea dia di tanam dalam ceramah PR aje.. tak boleh pikir sendiri langsung..

Siapa yang dah atau tengah nak beli rumah memang tahu antara masalah utama hendak beli rumah ialah nak bayar deposit 10%.. Skrg kerajaan dah bagi ruang untuk belia berpendatan kurang RM3000 beli rumah tanpa bayar deposit tu pun dah kira baik.. harga rumah tu pun bukan mahal sangat, antara rm100-220k sahaja.. jadi kalau gaji dekat rm3000 sebulan, bolehlah beli rumah dekat dengan harga rm220k dan yang gaji lebih rendah tu, belilah setakat yang mampu sahaja, janganlah nak beli rumah dekat rm220k.. rasanya anom ni org yang tak pernah terpikir nak beli rumah sendiri.. mungkin masih duduk dengan mak bapak hari hari perabis beras aje..

Walaubagaimana pun perlu di ingatkan bahawa bayaran bulanan akan lebih sikit sebab sekarang pinjaman dah jadi 100% dan bukan 90%.. jadi lending rate mestilah berdasarkan 100%.. dari situlah bank buat untung.. tak kan nak kerajaan bayar kan 10% tu, baru cakap kerajaan tak zalim..

Kesimpulan nya ni bukan rheotic dan sebagainya.. ianya hanyalah untuk memudahkan belia BN dan PR dan lain lain yang bergaji rendah untuk beli rumah dengan tak payah bayar 10% deposit.. tapi kena pandai jugalah untuk buat budget sendiri.. nanti dah banyak duit sikit boleh jual rumah ni dan beli rumah yang lebis besar dan mahal..

PS: Malu nak geng dengan org tak berpikiran macam anom tu.. Maaflah siapa yang jadi kawan dia tu..

Anonymous said...

Hari ni ada berita mengatakan bhw Projek Najib Rumah Pertama Ku ni berkemungkinan akan gagal...sebab apa?

sebab nilai hartanah terutama di bandar besar makin melonjak tinggi sejak 2 tahun lalu...najib terlambat la..!!

REHDA menyatakan bhw kemungkinan besar projek najib ini akan gagal kerana nilai rumah yg najib tawarkan di antara RM 100k-RM 200K sudah tidak logik lagi memandangkan nilai purata rumah bg bandar2 besar adalah bermula RM 290k...

jika harga rumah yg ditawarkan najib itu dilaksanakan, bermakna pemaju akan rugi kerana nilai hartanah itu lbh tinggi dan mahal, buat rumah jual murah...mana ada jalan?

so...kita realistik la...jgn mengamuk tak tentu arah...

projek ini hanya lah gula2 minda najib jer..hakikat realitinya amat sukar dilaksanakan....

rumah apa yg dapat bagi harga RM 100k - RM 100k ? rumah apa?

rumah flat dan appartmen pun dah melonjak RM 200k...agaknya rumah falt yg sesak2 tu kot!! kalau nak buat juga REHDA kata, saiznya akan dibina lbh kecil persquare feet...nak ke tinggal rumah kecik, berhimpit2...


apa maknanya? maknanya kerajaan UMNO/BN gagal menyediakan rumah kediaman mampu milik yg selesa kpd semua rakyat....

yg muda2 akan terus menerus berhutang...bank akan untung kira2 sebuah setengah rumah hasil pinjaman...bayangkan betapa bank akan menjerut leher peminjam ini dgn kenaikan kadar faedah tak tetap...

itu andai kata rumah Pertamaku ini siap dan diserah kpd pembeli, apa kata kalau rumah tak siap, tapi pinjaman dah berjalan, peminjam2 td sudah pun dipotong pinjaman bank...
siapa yg menanggung hutang dan masalah?

sepatutnya projek ini lama dah dulu 10 tahun dulu masa kos murah...masa tu pemimpin umno gila buat projek keuntungan peribadi bukan keuntungan rakyat!!!

Anonymous said...

Ni satu lagi cakap tak kena context.. Kalau nak beli rumah teres dua tingkat kat bandar besar macam kat shah alam, bukit jelutong, pj,kl dll memang lah tak boleh.. kena lah belanja ikut pendapatan kita.. rumah macam ni, org profesional macam doktor dll yang baru kerja pun tak mampu.. tapi masih boleh beli rumah satu dua tingkat kat kawasan sedikit luar kawasan seperti macam kat sg buluh ke dll.. rasanya kat luar lembah klang terutamanya macam kat kelantan dan kedah tu, rm220 ribu tu boleh dapat rumah besar.. lagi sekali BN untungkan negeri pembangkang.. tapi tak pelah ianya utk rakyat malaysia dan muidah mudahan org otrg ni semua terbuka hati untuk undi BN..

Powered by Blogger.