Mar 31, 2011

SEKS ANWAR CAPAI KLIMAKS.. DAP SARAWAK BAKAL BUBAR??





TUN DAIM ZAINUDDIN.. Yang terus menerus diam dari arena Politik hari ini bersuara mencetuskan kejutan masyarakat melalui kenyataannya bahawa Sarawak bakal mendapat keputusan di luar jangkaan. DAP Sarawak bakal merampas beberapa kerusi DUN di Sarawak jika parti tersebut tidak lagi bekerjasama dengan Anwar. Pembangkang sebenarnya mesti mengakui BN tetap akan menang selesa di Negeri tersebut namun DAP tetap meletakkan sasaran merampas beberapa kerusi yang dilihat berpotensi. Kenyataan Tun Daim ini juga disokong beberapa Penganalisis Politik yang menganggap Perjuangan dan strategi politik DAP Sarawak ternyata sia2 kerana Anwar dilihat bakal 'menjual' parti ini untuk kepentingan politik sempit beliau di Sarawak.



Tun Daim juga menganggap pengumuman Pehin Seri Taib Mahmood untuk berundur adalah 1 langkah bijak kerana mahu atau tidak, seseorang Pemimpin mesti berundur dari sebarang jawatan yang telah dipegang sekian lama. Ini juga akan memperkukuhkan lagi BN Sarawak untuk jangka masa panjang. Anwar Ibrahim pula dilihat sudah sekian lama berdendam dengan DAP Sarawak yang dikatakan tidak selesa dengan kehadiran beliau di Sarawak.

DAP Sarawak membuat kenyataan bahawa parti itu yakin pada PRN Sarawak kali ini, 1 kejutan bakal berlaku jika tiada sebarang pertandingan 3 4 penjuru di kawasan yang dipertandingkan. Sebelum ini, DAP memegang majoriti dalam kerusi DUN Pembangkang di Sarawak dan ramai yang melihat DAP Sarawak cuba mengadakan kerjasama sulit bersama parti Pembangkang SNAP bagi mengukuhkan jentera. Tindakan ini dilihat menjerat diri apabila Anwar semakin berang dengan pakatan sulit tersebut dan akan melakukan sesuatu untuk menghancurkan DAP Sarawak.

INGAT!! Waimah apa jua pandangan masyarakat luar, hakikatnya DAP tetap bersama Anwar di Peringkat Pusat. Dan DAP Sarawak tidak dapat menafikan bahawa parti yang sedang mereka perjuangkan ini bersama Anwar Ibrahim. Tentanglah dengan apa jua cara sekalipun, hakikatnya DAP masih bersama Anwar.


3 comments:

gomo kak limah said...

papa hebat


http://suara-keadilan.com

Laksamana Bentan said...

Salam,

Selagi ada Pas, selagi itu DAP akan memantapkan kedudukannya di kalangan kaum china.

Sebabnya kerana Pas membantu memecahbelahkan umat Islam untuk membantu kaum china memuja dan menjulang idea Malaysian Malaysia.

Nuar Berahim dan PKR tidak membantu apa-apa kecuali memecahkan undi Melayu-Pribumi. Jika PKR keluar dari pakatan, DAP lebih berpeluang bertanding di kawasan majoriti pribumi, jika isu agama dimainkan.

Anonymous said...

Siasat Pengurusan utama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang dikatakan menyokong kuat Anwar Al Juburi di belakang tabir. Kononnya sebagai penghargaan dan terima kasih kepada AlJuburi kerana menubuhkan YaPEIM dulu.

Powered by Blogger.