Mar 30, 2011

SAYUTI OMAR DEDAH PELAN MAT SABU 'BUNUH ANWAR!!





Mohd Sayuti Omar a.k.a. MSO mengamuk sakan dengan Mat Sabu dan Mustafa Ali gara gara pemimpin berkenaan melihat video seks Anwar Ibrahim. MSO memang mengetahui Mat Sabu masih lagi menyimpan dendam kesumat lama melacurkan Anwar. 'Jambu Keabadian Cinta' Ali ... produk terbaik keluaran Anwar Ibrahim! Mat Sabu dan Mustafa Ali bukanlah pemimpin yang tunduk dan taksub dengan Anwar Ibrahim. Tidak hairanlah mengapa MSO menempelak kewajaran kedua pemimpin PAS ini menonton 'tayangan perdana' video seks Anwar Ibrahim. (Jika GWM turut dipelawa untuk melihat video seks ganas berkenaan, nescaya tidak akan sama sekali daku menolak permintaan 'trio Dato T')




MSO menuduh Mat Sabu dan Mustafa Ali sebagai membelakangkan semangat setiakawan terhadap Anwar Ibrahim. Mat Sabu dan Mustafa Ali sudah dicop pengkhianat parti PAS, mulai semakin rimas dengan gelagat kedua pemimpin tersebut hanya berdiam diri dari mengesahkan apa yang telah ditonton.bMalah beliau sudahpun melabelkan Mat Sabu dan Mustafa Ali sebagai golongan munafiq kerana sanggup menyokong dan mendampingi Anwar Ibrahim tetapi dalam masa yang sama menikam 'Anugerah Tuhan' dari belakang.

Hadi Awang juga tidak terlepas dari kritikan sinikal sebagai pemimpin PAS yang lemah dan 'mati pucuk'. Solat Hajat di Stadium Malawati Shah Alam dianggap sebagai senjata pemimpin PAS yang lemah dan mati pucuk dari menghadapi tekanan politik ... tidak seperti Anwar Ibrahim. Masih belum luput amarah beliau terhadap Hadi Awang yang dikatakan pernah menyingkirkan sahabatnya, Zulkifli Sulong sebagai Ketua Pengarang Harakah sebelum digantikan oleh Ahmad Lutfi Othman.

Semakin jelas penguasaan golongan Pro Erdogan mewarnai pencak politik parti PAS. Golongan Pro Ulama semakin hari semakin teruk tersisih dan dihentam dari segenap sudut oleh 'ayam ayam ternakan' Anwar Ibrahim. Mungkin sudah sampai masanya golongan Pro Ulama untuk mengucapkan 'selamat tinggal' sebelum sempat menjejakkan kaki pada Muktamar PAS kali ini. Muktamar kali ini sudah pasti dikuasai oleh juak juak Anwar Ibrahim ... Malang sungguh nasib parti PAS.


Nota : MSO sudah lama menjadi 'budak suruhan' Anwar Ibrahim sejak bukunya 'Anwar Ibrahim : Mimpi dan Realiti' dirampas Anwar Ibrahim semasa mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana kritikan yang mampu menumbangkan kerjaya 'Anugerah Tuhan'.

Sekalipun memiliki permit Akhbar 'Siasah', MSO sudah menjadi Pro Anwar (Pro Erdogan) dimana Anwar Ibrahim sudahpun memiliki akhbar tersebut sebagai pengganti 'Suara keadilan' yang dibatalkan permit.


POST BY.... Gelombang WangsaMAJU.

0 comments:

Powered by Blogger.