Mar 13, 2011

PRU13 - DATUK KHUSRIN VS KHALID GAGAP DI IJOK??





Semalam, Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS, Datuk Dr. Hasan Ali telah membuat kenyataan berkenaan isu Perniagaan Judi di Selangor. Tiada jauh bezanya dengan kenyataan Khalid Gagap. Hanya sempat menegur Nik Aziz agar tidak campur tangan dalam isu tersebut. Tidak pula dikritik Karpal Singh yang merupakan individu pertama mengugut agar Kerajaan Negeri di bawah Pakatan membenarkan Perniagaan Judi ini diteruskan untuk masyarakat Bukan Islam. Inilah hasil perjuangan PAS yang dahulu menggunakan Judi dan Arak sebagai item utama yang dikaitkan dengan Kerajaan BN. Sama juga. Tetapi ramai yang tidak tahu apakah reaksi Hasan Ali apabila disoal berkenaan kenyataan Khalid Gagap yang mengakui sehingga hari ini masih tidak dapat menerima untuk bekerjasama dengan SUK Negeri Selangor Datuk Khusrin.




Beberapa orang kanan Hasan Ali menjelaskan bahawa Khalid Gagap dilihat tidak profesional dalam soal kerja kerana masih tidak boleh bekerjasama dengan Bekas Pengarah JAIS itu hanya semata2 kerana ianya tidak dilantik oleh beliau sendiri. Khalid Gagap sewajarnya melihat hasil kerja Datuk Khusrin yang berpengalaman luas dalam pengurusan Pentadbiran Selangor.

Mereka juga berkata Khalid Gagap telah menggunakan strategi kotor memberi tekanan melampau terhadap Datuk Khusrin sebagai ugutan secara halus bagi membuatkan Datuk Khusrin beralah dan meletak jawatan.

Huh. Sama saja kedua2 nya. Hasan Ali, Ronnie Liu apatah lagi Khalid Gagap. PAS, DAP dan PKR. Melayu CinDia sebenarnya melihat Pakatan Selangor hari ini terlalu asyik melayan karenah politik dalaman mereka semata2 sehingga lupa bahawa mereka sedang mentadbir sebuah Negeri. Sehinggakan perlantikan SUK Negeri pun menjadi polimek politik murahan mereka. Takut pada bayang2 sendiri. Jikalau begitulah gayanya, bagaimana perasaan Khalid Gagap jika secara tiba2 Datuk Khusrin menawarkan diri bertanding di DUN Ijok berhadapan dengan beliau? Menarik...

Rakyat Selangor sebenarnya telah sekian lama menolak Pakatan Selangor. Tapi mesti Ingat!! Ada juga di kalangan mereka tertanya2, adakah BN telah bersedia dengan kelengkapannya untuk menawan Selangor??


1 comments:

Anonymous said...

Bagus lah si gagap tu.. bagilah dia peluang beri tekanan pada khusrin tu.. sebab dia dah dapat banyak tekanan dari azmin.. tak lama pun lagi dia jadi mb..

Cerita nya macam ini.. anwar masuk penjara.. PR masih menang PRU13 kat selangor.. bukan kawasan melayu tapi kat kawasan DAP dan bn yang ditanding oleh org cina.. azmin jadi mb selangor, azizah still jadi presiden pkr.. khalid gagap merajuk / rasa ketidak ADILan dalam pkr.. cabut masuk KITA, parti serpihan PKR..

Tak de org lagi ke yang dah buat pseudoname / nick name untuk KITA ni..

Powered by Blogger.