Mar 18, 2011

PRU SARAWAK DIJANGKA ESOK??





Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang. "Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas. Taib juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan berada di Kuching esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.





Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah. Semalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri. Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April.

Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai. Dalam pilihan raya negeri yang lalu, BN memenangi 62 kerusi, DAP (6), PKR (1), Parti Kebangsaan Sarawak (1), dan Bebas (1).


5 comments:

Anonymous said...

kepada rakyat Sarawak...tolak lah Hosni Mubarak Sarawak ni...lama mememrintah, makin kaya raya...

Anonymous said...

Umno dan macai2 nya kini bagaikan meroyan tuntut DNA Nuar..geli hati pulak aku tengok monyet2 ni bercempera..

tengok lah..dulu pd masa awal kes, umno mati2an kata tak masuk campur dan umno tak mau ambik tau kesah liwat sepol ni dan tiada kaitan dgn umno...

namun, itu sume temberang jer..kini monyet2 bagaikan kena belacan, meraung2, menjerit2, melalak2, menyalak2, mengelupur2 minta DNA nuar...tak senonoh betul!!

apa, ko tak cukup lagi ker kekuatan pihak pendakwaan di mahkamh, terpaksa guna monyet2 dan beruk2 kat luar plak..

kes dah nak tutup dah, baru nak teraba2 cari bukti DNA!!!

itu lah keje umno!!! pelesit!!

Anonymous said...

Yaa.. Org kta benarlah, Ngra Jepun dilanda Tsunami tpi di Malaysia dilanda Fitnah memfitnah... mungkin inilah sikap yang sangat terpuji bagi orang kita malaysia... PRU bertujuan membentuk kerajaan bukan membentuk kolompok pemfitnah, rasuah,mengampuh,menindas,mengaibkan,mencaci,memaki,menghsaut,membohong,mengumpat,membunuh,mendendam,mengugut,memutarbelit,meninggi diri,mengula gulakan melalui projek,mengaspi apikan orang lain, menaja perkauman,merompak harta ngri orang,membuat projek I/C,Skap buruk siku(Beri projek n lepas itu ungkit2 balik),memamah wang rakyat,Mengaya rayakan kroni dan keluarga,membelakangkan rakyat,berpuak2 dan banyak lgi....
Rakyat harus bangkit dari tidur sebab mungkin separuh tmpt tidurmu telah dimakan makhluk perosak... jgn buang masa lgi letakkan penmu keatas kertas undi n pangkah.....

Anonymous said...

Cuba bayangkan anda sedang lemas dibawa arus sungai yang sngt deras. Timbul tengelam anda dibuatnya. pada saat2 terakhir untuk melihat dunia yang fana ini sebelum mampus, tiba2 tangan anda dicapai oleh seseorang. Sekilas pandang anda mengenali orang itu yang berpotensi untuk menyelamatkan anda. Orang itu adalah orang yang disabitkan dengan kesalahan LIWAT dan Zina. Mahukah anda melapaskan tangannya untuk rela mati lemas daripada diselamatkan orang mempunyai kes lampaunya???... untuk ini, kita renungkan... Skrg ni kita memerlukan hala tuju negara kita... memerlukan seseorang yg berpotensi memajukan negara bukan backgraund orang itu....

Anonymous said...

Ada seseorang yang sihat tubuh badannya,segak, kaya raya tetapi tidak tahu memandu kenderaan.. Dalam rombongan anda untuk menaiki kenderaan itu adalah orang tersebut.. Dalam keadaan jalan yang berliku liku dan sangat sempit.Di Kiri kanan jalan itu adalah jurang yang sangat dalam.. Jalan itu jg banyak pendakian yang sangat tinggi dan jg turunan yg sangat bahaya.Banyak kenderaan yg dipandu oleh orang berpangalaman telah jatuh kedalam gaung tersebut.Ketika dalam perjalanan anda tadi tiba2 pemandu kenderaan anda mengalami stroke n hanya dapat memberhentikan kenderaan anda dgn selamat n dia terus gaol... Sekarang ada seorang yang anda tahu boleh mengandalikan kenderaan itu dan lebih teror daripada pemandu asal yang telah meninggal itu tetapi orang itu pernah dituduh dalam kes LIWAT. Mahukah anda,supaya orang itu mengandalikan kenderaan itu atau memaksa orang yang kaya raya ,segak, sihat tubuhbadannya, berpelajaran tinggi tapi tidak pandai memandu itu untuk memandu????... Mana yg anda harus pilih utk memandu sekarang... SELAMAT MENGUNDI>>>

Powered by Blogger.