Mar 23, 2011

PIMPIN REFORMASI.. ANWAR TAWAR RM2 JUTA KEPADA EZAM??





GERAKAN REFORMASI!! Gerakan ini pernah menggegar seluruh Negara. Kuala Lumpur menjadi kemuncak Gerakan yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim. Semuanya berlaku akibat Kes Liwat Anwar yang telah menyebabkan Kabinet terpaksa bertindak memecat beliau kerana enggan meletakkan jawatan bagi memberi fokus kepada kes ini. Hari ini Kes Liwat Kedua Anwar kembali, Namun suasana agak berbeza. Jika dahulu Mahkamah dipenuhi penyokong2 Anwar, hari ini lengang malah ada pula penyokong mangsa liwatnya, Saiful Bukhari. Jika dahulu Anwar dilihat seperti teraniaya, hari ini beliau segak bergaya seperti Tokoh Politik Korporat. Anwar hari ini sedang mengatur strategi, akibat percaturan mahkamah yang cuba dicantas beliau menemui jalan buntu. GERAKAN REFORMASI ke2 mahu dibangunkan semula Bekas Timbalan Perdana Menteri ini. Gerakan yang pernah mengoncang Kerajaan BN ini akan dibarisi pejuang2 asal bergandingan bersama generasi2 baru sedia ada. Namun, aura 1998 mesti dikembalikan. Salah seorang pejuang Anwar, Azmin Ali dikatakan akan menemui bekas tulang belakang Reformasi, EZAM MOHD NOOR bagi meyakinkan semula beliau kembali bersama Gerakan Reformasi. Benarkah khabar angin ini?




Anwar Ibrahim kini kelihatan tidak lagi dibarisi oleh aura2 Pejuang REFORMASI yang kini telah semakin jelak dan kecewa dengan sifat lupa diri, angkuh, perubahan ketara dalam mengaut kuasa, amalan rasuah dijadikan pula pancing sokongan malah Melayu telah dipijak2 oleh Ketua Pembangkang ini demi mahukan kuasa mutlak. Apa relevennya Gerakan ini ditubuhkan semula? Siapakah yang akan menjadi tulang belakang yang mampu mengatasi EZAM 12 tahun dahulu?

Melayu CinDia tergelak besar apabila nama Khalid Gagap tersenarai dalam meneruskan beban Gerakan ini. Di mana aura MB Selangor yang gagap ini? Cakapnya tersangkut2, malah pernah mengejutkan rakyat Malaysia apabila tersalah kata menyeru kesemua penyokong Pakatan mengundi Barisan Nasional. Langsung tidak punya aura. Hanya tahu mengaut harta rakyat Selangor semata2.Bukan itu sahaja, tiada lagi peguam2 beliau yang selama ini tidak tahan lagi bersubahat dan menggunakan sebab tersebut untuk Anwar menanggu Sidang Mahkamah.

Anwar juga semakin berhadapan dengan laluan sukar apabila satu2 nya harapan Anwar terhadap sahutan dan laungan dari seorang Tokoh PAS, DR. HARUN DIN kini menemui kegagalan akibat kritikan hebat dari beliau sendiri. Tak mengapa, mungkin kali ini NIK AZIZ pula sasaran Anwar. Ianya terpaksa walaupun MB Kelantan ini semakin uzur dan nyanyuk.

Bagi Melayu CinDia, Anwar sudah cukup selesa pada hari ini. Tidak perlu digari lagi, tidak perlu dihumban ke dalam Penjara sepanjang kes berjalan, malah menonjolkan keperibadian seorang Ahli Politik Korporat. Lihatlah. Manusia yang melakukan kesalahan luar tabii akan diberikan petunjuk buat pengajaran kita bersama. Bersalah atau Tidak? DNA penentu segala2 nya. Apa yang pasti, Gerakan Reformasi ini adalah persediaan sebelum beliau menuju ke Penjara.

Namun, 1 perkara yang pasti, mungkin EZAM dan barisannya pasti akan meneruskan GERAKAN TRANSFORMASI membawa mesej DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK.


1 comments:

Anonymous said...

reformasi 11 akan berlaku?
Aku rasa andai keputusan mahkamah terbaru dan kes video terbaru di manipulasi..dalam suasana pilihanraya serawak mulai berlangsung memungkinkan sesuatu ...

Powered by Blogger.