Mar 5, 2011

PENGUNDI AJAK CALON PAS KERDAU SERTAI BN!!





Sedang Melayu CinDia merayau2 melihat kawasan sekitar DUN Kerdau, sempat juga menemui beberapa Pengundi sebelum mereka menghadapi 1 pilihan besar buat semua masyarakat DUN Kerdau. Bukanlah berlagak hendak bergaya seperti seorang Menteri, hanya berborak2 kosong bersama rakan2 baru. Sempat juga Melayu CinDia bertanya kepada mereka, siapakah pilihan mereka pada hari pengundian esok hari. Pada mulanya, mereka menjawab bahawa undi tersebut adalah rahsia. Melayu CinDia pusing memusing untuk membongkar rahsia siapakah calon pilihan mereka.





Akhirnya 1 kenyataan dijawab oleh mereka. "Macam ini sajalah. Kita suruh saja calon PAS masuk UMNO. Habis cerita. Kitaorang tengok pun setakat hari ni, tak nampak pun pertandingan BN lawan PAS. Yang aku tahu PAS dengan PAS tengah bergaduh sekarang ni. Masuk je UMNO. Abis citer". 1 kiasan, tetapi secara jelas kelihatan jawapan tepat yang akan mereka pilih esok hari.

Bila dibicara soal Anwar, lantas mereka tempelak "Siapa Anwar? Apa dia buat di Pahang ni? Daripada bersama UMNO, sampailah bersama PKR. Apa dia buat. Orang macam tu dok dalam penjara lagi bagus. Ada gak berbakti pada banduan2 di dalam sana. Jangan main belakang sudah." Kenyataan tersebut disambut dengan gelak besar.



2 comments:

DAYAK BERSAMA BARISAN NATIONAL said...

Bila masa pula calon PAS ini berpaling tadah???? sebab beliau dah tak yakin dengan PAS kot....

Anonymous said...

Dah ku katakan ramai penyokong pas bertukar angin ke UMNO, bukan nak sokong UMNO tapi dah tak ada pilihan lain.. Dah bosan dengan PAS.. Perjuangan dah bertukar arah.. Apa yang terjadi pada UMNO pada PRU 12 dah berbalik kepada PR.. Anda bila lagi..

Powered by Blogger.