Mar 20, 2011

PEMIMPIN PAS LIHAT NIK AZIZ B'DIALOG DGN. MALAIKAT!!





ASTAGFIRULLAHAL AZIM!! Memang benar dakwaan beberapa Pemimpin UMNO yang saya kenali sepanjang hari ini. Apabila kita cuba mengkaji Perjuangan Pemimpin2 PAS, ianya benar2 mencabar iman seseorang. Jika ianya tidak terkawal, akan menyebabkan terpesong pegangan Islam akibat terlalu mengagung2 kan Pemimpin. Sehinggakan dikatakan Pemimpin PAS sendiri yang boleh berkomunikasi dengan Malaikat bagi membantu meminta pertolongan Allah agar diampunkan segala dosa2 ahli yang baru menyertai Parti ini.Huh?




Melayu CinDia ada menemubual salah seorang Pemimpin PAS Pusat semasa hendak membeli makanan tengahari. Pemimpin PAS ini karisma yang tersendiri, akan tetapi tidak tahu ke mana arah tujuannya. Akhirnya Melayu CinDia memberanikan diri menegur beliau. Melayu CinDia menyamar diri sebagai seorang yang sangat setia akan perjuangan PAS. Beliau terus menadah tangan berdoa agar Melayu CinDia dilindungi Allah dari malapetaka. Alhamdulilah, ada juga orang PAS yang sudi mendoakan kesejahteraan Blogger Pro Kerajaan ini.

Lalu dalam bercerita tentang doa, beliau menasihatkan agar Melayu CinDia berhijrah sebentar ke Negeri Serambi Mekah, iaitu Kelantan. Menemui MB Kelantan Nik Aziz agar mendapat restu perjuangan yang dibawa di dalam kehidupan seharian. Pelik? Kenapa pula perlu pergi sejauh Negeri Kelantan hanya sekadar mendapat restu perjuangan Diktator PAS tersebut? Adakah Nik Aziz ada sebarang keistimewaan yang tiada dalam mana2 Pemimpin lain?

Beliau mendakwa Nik Aziz sendiri akan bertemu dengan Malaikat bagi menghapus segala dosa2 Melayu CinDia jika benar2 Perjuangan ini ditanam dengan 1 azam yang tawaddu' dan ianya dikekalkan. Pemimpin Muda PAS itu sendiri pernah mengalami pengalaman yang sama ketika meminta restu dari Nik Aziz. Melayu CinDia lalu menyampuk samada beliau kelihatan atau tidak 'Malaikat' yang berhubung dengan Nik Aziz.

Beliau berkata tiada kerana orang2 terpilih seperti Nik Aziz sahaja yang mampu melihat Malaikat tersebut. Melayu CinDia secara tidak sengaja membuat muka terkejut dengan kenyataan beliau. Bagaimanakah seorang Pemimpin Muda PAS yang berpelajaran tinggi dalam bidang Agama, boleh mempercayai tindakan dan 'ibadah' seperti itu? Nik Aziz ini dengan mudah dapat menemui Malaikat agar mengampunkan segala dosa beliau? Sempat lagi tunduk tanda kepala hormat menuju ke arah beliau. Jika beliau mengadakan Solat Hajat buat beliau dapat diterima lagi. Ini, sehinggakan menemui dan berbual Malaikat setiap kali AHLI2 PAS mahu menghapuskan dosa kerana telah menerima borang ahli yang memberi tiket Ekspress ahli2 PAS ke Syurga.

Melayu CinDia lalu terus beredar dan terfikir sejenak. Bagaimanakah Nik Aziz dapat menemui Malaikat dengan begitu mudah? Kerana jiwa Nik Aziz bersih? Kerana Hati Beliau Bersih?. Atau memang ianya berlaku? Benarkah Ajaran Islam yang dibawa Nik Aziz ini? Hmmm. Kelihatan Nik Aziz ini dijulang seperti Ayah PIN di Kelantan. Sesesat inikah budaya politik Islam PAS? BERISYTIGFAR AKU!!!

11 comments:

Anonymous said...

taraf nabi ngan rasul nik aziz ni...hebat giler die ni...

Anonymous said...

Kalau Nik Ajis jumpa malaikat,pertama sekali aku rasa malaikat akan beritahu Nik Ajis yang Anwar Ibrahim memang sah maliwat Saiful dan lain-lain...

Aurafaz said...

Bro biar betul, ini bukan isu kita boleh suka2 cakap, takut lain jadi akidah kita nanti.

glassman said...

apa yang nak di takutkan Aurafaz kecuali orang yang tak ada ilmu saja yang merasa takut. kerana kurang ilmu, maka dia takut.

Perantau Prihatin said...

di akhir zaman nnt akan dtg fitnah...mana yg buruk dinampak baik...dan mana yg baik dinampak buruk....wallahualam...smoga kita umat Islam sentiasa berada dlm perhatian Allah dan jalan yg benar...amiinn...

oh malaysiaku said...

cerita ini benar2 spt pengalaman saya sewaktu mengenali seorang tua (yg saya panggil pakcik) yg memang pandai agama (Quran dan Hadis dihujung lidah, kata orang!) tetapi juga pandai mengubat orang dan terkenal dikampungnya (walaupun dia tidak mau dipanggil bomoh atau sbgnya).

suatu ketika sedang saya dirumahnya bertanya serba sedikit hal agama dgnnya, datang sepasang suami isteri meminta didoakan dan juga penawar utk isterinya yg mengalami gangguan 'makhluk halus'.

pakcik ni minta diri utk berwudhu dan bersembahyang sunat hajat dibiliknya, kemudian dia keluar dan mengangkat kedua belah tangan berdoa dihadapan pasangan suami isteri tersebut dgn memejam mata. sewaktu berdoa ini saya lihat pakcik ni terangguk2 seolah-olah mengiakan sesuatu, dan bila selesai berdoa dia memberitau supaya pasangan tersebut membuat apa yg telah 'diberitau' kepadanya.

setelah suami isteri itu balik, saya tanya siapa yg 'memberitau' kpdnya apa yg pasangan tersebut harus lakukan? jawabnya 'malaikat'!. saya hanya mengiakan kata2nya, walaupun dlm hati saya tertanya2.

oleh kerana tidak puashati dgn jawapan pakcik ni, 2 tiga hari selepas tu saya secara berkebetulan berjumpa dgn seorang ustaz, lalu saya ceritakan apa yg saya lihat dan dengar semasa bersama pakcik tu. ustaz tu beritau saya pasti pakcik tu menggunakan khidmat 'khadam' kerana mustahil seorg manusia begitu mudah utk berjumpa dan berdialog dgn malaikat. dan ustaz tu menghuraikan kpd saya 'khadam' ni adalah dari golongan jin/setan iaitu cucu-cicit iblis yg kerjanya memang menolong manusia dan juga 'khadam' ni mengetahui perkara2 ghaib, tetapi akhirnya akan memesongkan akidah mereka yg bergantung-harap dan meminta pertolongan darinya.

apabila saya berjumpa balik dgn pakcik tu, saya tanya bagaimana keadaan pasangan suami isteri yg berjumpa dgnnya tempohari. dia beritau sudah baik dah. dgn cara 'berlapik' saya tanya balik, betul ke yg dikatakannya 'malaikat' tu adalah 'khadam'. walau pun pada mulanya dia macam terkejut dan raut mukanya macam marah, tapi saya kata padanya saya bukan nak 'kurang ajar' dgnnya tapi hanya inginkan kepastian sahaja, itu pun kalau dia mau memberitau dan menerangkannya.

akhirnya dia mengaku, dia menggunakan khidmat makhluk yg dipanggil 'khadam' dlm urusan pengubatannya.


tak taulah kalau2 Nik Aziz pun menggunakan khidmat 'khadam' tersebut dlm urusan sehariannya. wallahua'lam.

Anonymous said...

astagha..kes macam ni patut di report dan di periksa.. jika benar apa yang dikatakan, maka mungkin nik aziz tu dah terpesong.. atau mungkin org yang melayu cindia jumpa tu yang tak betul.. harap melayu cindia dapat report kes ni ke majlis agama atau pihak berwajib jika ada bukti dari ahli pas tersebut.. kalau semua pihak berwajip kat malaysia takut kat nik aziz, maka hancurlah islam di malaysia..

Anonymous said...

fitnah tak habis2 ...kenapa ko tak buat video youtube masa mamat tu kata cam tu ... ko nak bodohkan orang umno boleh lah ....orang yg ada akal tak kan percaya klentong ko tu hahahah

lidey lim said...

seram pulak mendengaqnya. ha ha.

kita bako jeeeee... hehe

Anonymous said...

baik ko guna nick melayu chibai jer hahahah

Pejuang Bangsa said...

Ulama akhir zaman.... perkara yang dah mmg di sebut dlm Al-Quran.

Powered by Blogger.