Mar 12, 2011

PEKIDA KINI MILIK ANWAR IBRAHIM??





GWM sudah lama mendengar khabar ini dari kalangan sahabat dalam PEKIDA. Anwar Ibrahim dikatakan mula membuat percaturan dengan menempatkan juak juaknya untuk menagih sokongan dari pertubuhan ini. Anwar Ibrahim semakin tertekan kerana PERKASA sudah menjadi 'giant killer' bagi meraih sokongan orang Melayu dan pertubuhan tersebut dilihat lebih sinonim dan mesra bersama UMNO.




Percaturan politik perlu dilakukan segera kerana HINDRAF sudah menjadi duri dalam daging dalam meraih sokongan masyarakat India. Dan orang India sudah kembali memberi sokongan kepada BN. Momentum sokongan semakin kuat dan bergerak kencang dalam MIC.




HINDRAF semakin sedar dan mula keluar dari bayangan Anwar Ibrahim! Lelaki 'Y' ini tidak boleh diharap! Sama seperti 'pistol'nya ... Tembak tidak mengikut tempat ... asalkan ada 'lobang sasaran'! PERKASA semakin mustahil dapat dikaitkan dengan Anwar Ibrahim kerana beliau sendiri lebih kerap menghentam dan memperlekehkan pertubuhan tersebut. Tinggal PEKIDA sebagai galang ganti untuk meraih sokongan orang Melayu.

Memang benar 'Anugerah Tuhan' ini pernah memperkecilkan PEKIDA dan sering mengaitkan pertubuhan tersebut dengan UMNO. Namun 'Anugerah Tuhan' ini memang licik berpolitik ... selicik 'belut'nya.

Hanya dengan cara ini PEKIDA mungkin dapat membuka lembaran baru Anwar Ibrahim untuk meraih simpati dan undi orang Melayu. Slogan NEW POLITICS karya agung 'Anugerah Tuhan' ini semakin kerap meniti dibibir orang Melayu sehingga seorang Timbalan Menteri BN tumbang dan tumpas dengan lenggok maut retorik beliau.

Apakah mungkin PEKIDA turut diperkudakan Anwar Ibrahim ... melagakan pertubuhan tersebut dengan PERKASA, demi sokongan dan undi orang Melayu. Tiada yang mustahil dengan 'Anugerah Tuhan' ini ... kecuali DNA beliau sahaja!

1 comments:

Anonymous said...

TAK RELEVAN LOR pekdia . SOKONG LER SAPA PUN..AHLI2 TAKDE KUALITI.

drmuz

Powered by Blogger.