Mar 3, 2011

PAS TEMERLOH HARAMKAN ANWAR TURUN KERDAU??






Hari ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dijadual akan berkempen di DUN Kerdau untuk membongkar penipuan2 yang beliau sendiri reka agar pengundi terus dijadikan kambing hitam bagi kemenangan PAS. Melayu CinDia pada mulanya menganggap kehadiran beliau disambut seperti seorang Pendekar. Akan tetapi, kedengaran suara2 sumbang dari beberapa pemimpin peringkat kawasan yang tidak bersetuju dengan kehadiran beliau. Dikatakan kehadiran Anwar ini dirancang oleh Tuan Ibrahim secara peribadi tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan jentera PAS yang terlibat.




PKR kata pemimpin2 kawasan sekitar Temerloh telah mengkhianati perjanjian yang dipersetujui kerana langsung tidak menghantar jentera PKR Pahang. Jika adapun, hanyalah dihantar secara terus dari Pusat itupun hanya membuat peninjauan dan langsung tiada kempen secara total dilaksanakan. Tuan Ibrahim sebelum ini telah menemui Anwar dan Kit Sing merayu agar dapat mengembalikan keyakinan pemimpin2 PKR dan DAP Peringkat Negeri terhadap calon yang diketengahkan dari PAS.

DAP dan PKR Negeri Pahang sebelum ini menunjukkan rasa protes terhadap calon PAS yang dianggap hanya melepaskan batuk di tangga. Beberapa kumpulan PAS Temerloh juga semakin putus asa dengan strategi kotor PAS Pusat menyerang calon BN yang dianggap dihormati di kalangan rakyat terutamanya Jawatankuasa Masjid2 di sekitar Pahang.


2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih la atas maklumat kehadiran DSAI ke Kerdau malam ni...

Insyaallah aku akan pergi sana mlm ni..

memang caramah DSAI aku tunggu2 utk mendengar penyelewengan, salah laku, umno/bn.

Umno/Bn pasti tak lelap tidor malam nih...takut sangat kat DSAI...
Pasti ramai datang nanti...

terimakasih atas maklumat anda GR...

Bravooo PAS/DSAI/PR...

Anonymous said...

Tajuknya sepatutnya begini:

UMNO TEMERLOH TERKEJUT BEROK ANWAR TURUN KE KERDAU

Powered by Blogger.