Mar 18, 2011

PAS SEDIA TERIMA KETUA UMNO BHG. GOMBAK!!





Kekecohan penyedaran gambar Skandal Ketua UMNO Bahagian Gombak di blog2 Pro Pakatan telah menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat Malaysia. Ura2 mengenai hubungan intim beliau bersama seorang wanita yang masih muda telah menjadi bualan mulut sejak setahun yang lalu. Apabila gambar ini disebarkan, ramai di kalangan masyarakat Malaysia mendesak beliau meletak jawatan. Melayu CinDia diberitahu 1 sidang akhbar akan diadakan melibatkan beliau sendiri. Beliau yang telah menemui Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Selangor telah bersedia untuk berundur dari arena politik kerana telah mencabul maruah Parti UMNO serta kesemua rakyat Malaysia. Namun, di kala desakan ini berlaku, beberapa jawatankuasa PAS Kawasan sekitar Gombak Setia dikatakan bersimpati dengan insiden yang menimpa beliau.




Ketua UMNO Bahagian Gombak ini sewajarnya dibeikan peluang kedua agar kesalahan yang menimpa diri beliau dapat ditebus kembali. Malah, mereka juga sedia menerima beliau menyertai PAS dan diangkat sebagai salah seorang pemimpin tertinggi PAS di kawasan mereka. Eh? Sempat lagi PAS berkempen mengejar populariti politik di saat kekecohan Gambar ini tercetus. Siap menawarkan beliau 1 jawatan tertinggi kerana tidak dapat dinafikan, PAS melihat beliau mempunyai reputasi cemerlang untuk diangkat sebagai salah seorang pemimpin dari Parti tersebut.

Adoi PAS.. Sempat lagi mengasak kempen politik. Masa dan saat begini pula digunakan untuk menjulang parti sendiri. Di kala UMNO cuba mengenakan tindakan keterlanjuran seorang Pemimpin yang tidak bermoral, PAS sempat memberi tawaran kepada pemimpin sebegini. Adakah insan ini akan turut berceramah Agama PAS bersama Bob Lokman?

Kisah skandal beliau ini merupakan antara isu hangat yang menjadi paparan rakyat Malaysia selepasa kekecohan 2 ADUN PAS Kelantan iaitu ADUN Selising dan ADUN Perupok. Turut terlibat dalam kegiatan maksiat termasuklah Pagawai ADUN Bukit Payong.


1 comments:

Anonymous said...

pompuan tu macam makmah yg berlakon dlm trilogi cinta jee... hehehe

Powered by Blogger.