Mar 1, 2011

PAS BAKAL TUKAR NAMA, BUANG NAMA ISLAM??





Tak tahu malu. Sudahlah menentang Kerajaan Negeri, diletak pula logo Kerajaan Negeri Pahang di setiap poster mereka. Ini didedahkan sendiri oleh Agendadaily di mana di setiap poster calon PAS DUN Kerdau, Hasanuddin Salim di letakkan logo Kerajaan Negeri. Malah, kerana mahu dapat sokongan lebih, pada poster calon tersebut tertulis ‘UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT’. Nampaknya PAS sendiri mengakui, nama parti itu ditolak bulat2 oleh rakyat.




Masa bila pula pakatan rakyat didaftarkan sebagai parti yang membolehkan nama itu digunakan calon bertanding dalam mana-mana pilihan raya? Lebih memalukan apabila PAS turut guna data atau logo negeri Pahang –seolah-olah calon parti itu sudah jadi wakil rakyat atau ada kaitan dengan kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila ditunjuk oleh Agendadaily gambar poster berkenaan turut terkejut. Begitu juga dengan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang ada sama pada sidang media selepas Muhyiddin mengadakan perjumpaan dengan warga pendidik dan Jawatankuasa Pemuafakatan PIBG Parlimen Kuala Krau di SMK Kerdau, petang Selasa.

Muhyiddin menyifatkan tindakan PAS menggunakan poster seumpama ini untuk kempen dalam PRK Kerdau sebagai tidak betul dan tidak ada pendirian PAS sebagai parti yang bertanding.

“Yang bertanding PAS. Ikut peraturan SPR, hanya boleh pakai satu simbol PAS sahaja. Bendera atau logo parti selain yang bertanding tak dibenarkan apatah lagi guna pada poster atau data kerajaan negeri,” katanya. Menurut Muhyiddin, pengunaan data kerajaan Pahang macam memberi kredibiliti kepada calon PAS.


6 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Taktik PAS mintak nyawa.Kalau poster BN yang letak jata Negeri di katanya menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Wira Kenyalang said...

PAS dah takde modal lagi. Tahu-tahu nak kalah, guna strategi macam tu. Belum lagi perintah Pahang ada hati guna lambang jata Pahang.

PKR dan DAP dapat publisiti murahan.

Pengikut Nabi Muhamad said...

gunalah lambang apa pun...orang dah tak pecaya lagi ngan PAS

Anonymous said...

sebenarnya PAS dah menyedari yg jenama PAS sudah tidak disukai oleh rakyat khususnya org2 Islam melayu.
sbb itu mrk menggunakn jenama baru meskipun haram(blm didaftarkn) agar pas sekurang2nya dapatlah tutup sikit2 kemaluan mrk apabila kalah kelak. harap2 yg akan kluar dimulut2 rakyat ialah pakatan rakyat kalah teruk (bukannya terus kpd pas).
PAS parti munafik!
mmprguna Islam utk kpntingan politik dan kuasa semata.

-wau

Sebanaku2u said...

Anak Tenuk yang pernah menghina Rasullallah S.A.W. kini menjadi pujaan PKR Sarawak. Ugama PAS menyelinap ke Sarawak
http://sebanaku2u.blogspot.com/2011/02/penulis-radio-free-sarawak-dapat.html

harap boleh link blog Tok Teh di dalam blog cucu. Salam Sayang dari Tok Teh

Anonymous said...

INI SUME KEJE UMNOAPCO...DIA SENDIRI YG BUAT DAN CETAK, LPS TU FITNAH BALIK PAS..

TEKTIK LAMA LA TUU!!

ORG DAH CELIK NAK BACA TEKTIK UMNOUPCO NI...SGT KREATIF BAB2 FITNAH2 NIH...YE LA TUAN GURU UMNO KAN APCOOO!!!!


HOI!!! KINI SUSAH DAH ORG NAK CAYA UMNO NIH!!! HANYA ORG BODO DAN BERKEPENTINGAN YG PERCAYA UMNO!!! KESIAN ...
KELAKAU LAAA....KA..KA..KA..KA...

Powered by Blogger.