Mar 2, 2011

NIK AZIZ KATA RAKYAT KELANTAN SAKIT MENTAL!!





Semakin ramai pesakit mental dan kutu rayau dilihat berkeliaran di Kota Bharu dan ini dilihat boleh mencalarkan imej bandar ini dalam kalangan pelancong. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Mohamed Noor Chik berkata jabatan itu telah bertindak membawa pesakit mental mendapatkan rawatan di unit psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II manakala kutu rayau dan pengemis ditempatkan di rumah perlindungan yang disediakan.




Bagaimanapun, katanya, yang menjadi masalah ialah apabila pesakit mental yang mendapat rawatan itu pulih dan dibebaskan semula, mereka tidak mendapat penjagaan yang baik menyebabkan mereka kembali menjadi tidak normal. Mengenai kanak-kanak yang meminta sedekah,

Mohamed Noor berkata JKM mengesyaki mereka digunakan oleh sindiket tertentu. Katanya jabatan itu cuba menyelamatkan kanak-kanak berkenaan tetapi menghadapi kesukaran kerana kanak-kanak ini sering melarikan diri. Tahun lepas, 35 kanak-kanak yang menjadi pengemis jalanan, kebanyakannya warga negara asing, diselamatkan oleh JKM dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

3 comments:

usin said...

agaknya knp ye? mungkin dh cukup mendapat tazkirah, kesedaran jiwa, perolehan ilmu ukhrawi dpd tuan guru mb... atau tidak mendapat langsung? kemana ilmu agama tuan guru mb salurkan?

Anonymous said...

D nasihatkan Nik Najis lebih peka utk merawat rakyat Kelantan sambil menangani penyakit dan gejala2 negatif ni. Jangan asyik nak mengkafirkan orang aje! Rakyat Kelantan perlukan seorang pemimpin yang benar2 boleh membangunkan Kelantan dgn sokongan padu.Kalau mu dah tak larak, biar orang lain yang lebih berkemampuan meneraju negeri. Tgk lah tiap2 hujung minggu rakyat Kelantan asyik gi GOLOK jer!

Anonymous said...

Tazkirah memang baik dan perlu tetapi yang lebih penting adalah ISI kepada tazkirah ini. Biarlah ia yang positif dan boleh mengisi ROHANI yang kosong.

Powered by Blogger.