Mar 5, 2011

NIK AZIZ GELAR MUFTI2 DI MALAYSIA SEBAGAI FASIK!!





FASIK!! Itulah gelaran yang sepatutnya diberikan kepada Diktator PAS, Nik Aziz Nik Mat. Beliau menempelak malah menghina mufti2 di Malaysia yang menyeru Pemimpin2 Politik tidak menyalahgunakan Islam dan memberi memberi fatwa membabi buta sebagai alat kepentingan politik peribadi. Ini ditegaskan beberapa Mufti Negeri termasuklah Mufti Perak, Ustaz Harussani. Nik Aziz mendakwa, Mufti2 Negeri yang dilantik Kerajaan tidak layak digelar Ulama' kerana ianya diangkat dan dijulang oleh golongan2 Fasik di dalam UMNO. Nik Aziz juga berkata PAS sentiasa memastikan Ulama' yang dijulang dari parti tersebut mengikut ketetapan yang dibuat oleh sebuah parti yang lahir dari Islam, bukan golongan syirik seperti UMNO.




Nik Aziz juga mencabar mana2 Mufti menyatakan mana2 dalil mahupun hadis yang menerangkan bahawa larangan menyalahgunakan Islam sebagai alat kepentingan politik. Sebelum ini, beberapa Mufti amat khuatir dengan penyalahgunaan Ayat2 suci Al Qur'an yang menjadi medan pertempuran politik tanah air terutamanya di kalangan pemimpin bukan Islam. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap persepsi Islam pada pandangan Agama2 lain yang mudah dipergunakan pada satu ketika namun mereka tetap berpegang kepada Ajaran agama mereka.

Malah, apa yang lebih membimbangkan, ditakuti sebilangan Pemimpin bukan Islam akan menggunakan Ayat2 suci Al Qur'an sebagai senjata bagi mempertahankan Ajaran Agama masing2. Islam ditakuti akan terhakis dan hanya menjadi alat kerakusan kuasa politik pihak tertentu.

Nik Aziz juga tetap berpendirian beliau tidak mempunyai sebarang masalah jika Ayat2 Qur'an digunakan oleh sahabat2 beliau di dalam DAP. Malah beliau juga dikatakan membenarkan mana2 pemimpin DAP untuk menggunakan dewan Masjid sebagai medan politik kerana PAS dan DAP mempunyai matlamat dan misi yang sama untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO.

Beliau juga mendakwa, tiada sekatan di dalam Islam dan sebenarnya pihak UMNO lah yang menyempit kekangan Islam di mata masyarakat Malaysia. Malah, UMNO lah yang menggunakan Islam dan Melayu sebagai pegangan dalam memastikan mereka terus berkuasa tanpa memberi ruang kepada pemimpin2 bukan Islam yang lain.

Nik Aziz sebelum ini tidak menghadapi masalah untuk menerima calon Perdana Menteri di kalangan bukan Islam termasuklah Lim Kit Siang sendiri asalkan bukan dari kalangan pemimpin2 UMNO.



6 comments:

Anonymous said...

Cantik tu.. gambar pas pakai kopiah berhimpit himpit nak sembah limau.. hidup pas..

TARANTULA said...

CINA MESTI SENYUM TENGOK KEBODOHAN ORANG ISLAM BERNAMA PAS

Anonymous said...

nampaknya d msia ni...macam xde pehak yg nak bertanggung jawab utk menyekat kesesatan dan penyelewengan agama nih...
macam nak tunggu semua orang islam sesat dek kerja2 dajal nih baru nak bertindak..
kalau ada yg dah diamanahkan...ada ke makan gaji buta..x terfikir kah mereka...akan dosa yg dipikul kerana biarkan benda ni..

oh malaysiaku said...

"sudah sesat lagi menyesatkan". itulah salah satu tanda diakhir zaman sebagaimana terdapat dalam '40 Hadis Tentang Akhir Zaman'.

adakah Rasulullah saw berdakwah untuk keagungan didunia? dan pernahkah Rasulullah saw bergabung tenaga dengan kaum kafir dan orang2 fasik untuk menjadi pemerintah ditanah Arab?

'jauh panggang dari api', untuk dijadikan perbandingan ...

sudah-sudahlah Nik Aziz memperbodoh-bodohkan orang2 PAS. berpada2lah memburu kehebatan duniawi, jangan nanti terjadi seperti Azazil sudahlah.

Anonymous said...

macamanalah nik aziz tak tegur...

kalau umno buat mutfi kunci mulut, tp hanya nampak salah pas jer...

contoh...ada mufti tegur rosmah bergesel pipi dgn SRK dan artis lain. ada mufti tegur umno rasuah pengundi, ada mufti tegur pembaziran melampau umno, ada mufti tegur najib letak bunga kat kubur mustafa kamal attartuk, ada mufti tegur fitnah melampau pd nuar, ada mufti tegur umno/bn control media dan penyalah guna kuasa umno/bn....?

ada mufti tegur gentinghighland pusat judi terbesar asia?

ada ker? jd mufti kena tegur la sama2...

Anonymous said...

Mufti di Malaysia bukan pemerintah negara.. Dia buat teguran pada Nik Aziz atas dasar mereka rasa diaorg ni berlatarbelakangkan keagamaan sama seperti nik azis dari segi keagamaannya.. bukan dari segi politik dan bukan tegur Nik Aziz sebagai kapasiti seorang MB..

Analoguenya sama lah macam seorang doktor bedah menegur rakan doktor bedahnya.. tak kan accountant nak ajar doktor bedah buat pembedahan..

Rasanya semua orang pun tak setuju kalau kita anggap semua org yang tak undi pas atau yang didalam umno adalah kafir.. Kalau macam tu berapa sangatlah org islam kat malaysia ni.. baik aje panggil negara kafir dari islam..

Powered by Blogger.