Mar 11, 2011

NIAT MURNI PAK DIN BAWA SEMULA ANWAR KE DALAM UMNO!!





Akhirnya malam tadi Datuk Saifuddin Abdullah telah menjemput beberapa blogger untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi berpunca darinya sejak sekian lama. Tujuan perjumpaan tersebut juga adalah bagi mengukuhkan semangat persahabatan antara beliau dan pejuang media maya. Akan tetapi, ianya seolah2 menemui jalan buntu. Hanya sebahagian kecil sahaja Kumpulan Bloggers yang hadir. Malah, ada di kalangan mereka yang tidak terlibat langsung dalam krisis yang melibatkan penghinaan beliau memperkecilkan bloggers2 yang berkampung di Kerdau bagi memberi penjelasan terbaik tentang sokongan beliau terhadap Pro Mahasiswa sehingga membawa kemenangan hampir kesemua IPTA di Malaysia. Mungkin ada di kalangan mereka masih buntu akan kehadiran mereka. Ada juga yang agak janggal kerana Datuk Saifuddin dikatakan tidak mesra dengan Media. Persoalannya, adakah perjumpaan malam tadi mampu menangkis kesemua masalah dan persoalan ini.




Jika sebelum ini beliau menerima pelawaan beberapa bloggers di Kerdau sehari sebelum hari Pengundian, Insyaallah, hari ini beliau akan menarik nafas lega. Kerana sudah pasti, bloggers akan memastikan setiap persoalan, fitnah dan tuduhan yang menjadi senjata utama Pembangkang akan terbakar hangus begitu sahaja.

Jauh di sudut hati Blogger Pro Kerajaan untuk mengkritik pemimpin2 UMNO. Kerana mereka adalah Blogger yang anti Pembangkang. Ianya terbukti apabila serangan fitnah terhadap Datuk Sri Dr. Rais Yatim yang dituduh merogol bekas pembantu rumahnya dapat diselesaikan dengan pantas melalui beberapa strategi dan menyenaraikan bukti2 yang kukuh bagi menangkis dakwaan tersebut.

Begitu juga dengan konflik Kementerian Pertahanan berkenaan isu Pembelian Kapal yang dipersoalkan Pemimpin DAP, juga berjaya ditangkis dengan begitu pantas. Dan akhir sekali, usaha secara berterusan sedang giat dilakukan bagi memperjelas persoalan kenaikan beberapa harga barangan keperluan yang telah dimanipulasi dari puak2 Pembangkang.

Kesemua ini diselesaikan oleh majoriti blogger2 yang ditolak oleh Datuk Saifuddin sebagai bodoh dalam strategi 'New Politics'. Jangan menggunakan ayat tersebut. Itu ayat keramat Anwar untuk tawan Malaysia. Kelak memakan diri seperti yang berlaku seperti Anwar pada ketika ini. Beliau dengan sendirinya ditolak oleh rakyat berdasarkan bukti kemenangan demi kemanangan BN di setiap PRK baru2 ini.

Inilah konflik yang sering berlaku terhadap pemimpin seperti beliau. Yang agak bongkak untuk menemui blogger Pro Kerajaan yang sentiasa cuba mencari jawapan bagi setiap persoalan dan tuduhan yang dipermainkan Pembangkang terhadap Kerajaan BN. Bloggers2 jugalah yang berani tampil membuat teguran membina yang merupakan suara dari pengundi agar Kerajaan BN tidak tersilap langkah. Sokongan terhadap BN ditafsirkan dengan sebuah penghasilan artikel yang menyebabkan Pembangkang bukan sahaja tidak senang duduk, malah teragak2 untuk memberi penjelasan yang sebenar.

Tidak mengapalah. Mungkin Datuk Saifuddin ada strategi yang tersendiri. Terpulanglah. Melayu CinDia doakan agar beliau berjaya. 1 sahaja pesanan Melayu CinDia, anda salah seorang Pemimpin UMNO. Kami rakyat biasa, penyokong kuat UMNO walaupun kami tidak berjawatan tinggi. Namun, tidak layak mana2 individu digelar pemimpin UMNO jika bersifat lagak lagi bongkak terhadap rakyat yang turut berjuang bersama parti ini. Kerana UMNO ada jiwa rakyat, UMNO adalah nadi rakyat, Pemimpin UMNO yang telus sanggup mati untuk rakyat. Bukan hanya sarat dan rakus menjaga kepentingan politik semata2.


4 comments:

blogenstarz said...

1998 menteri2 bertanyakan kepaada Anwar berkenaan kes beliau.
Dia kata " U lihatlah sendiri..."
Apakah Ini juga sama dengan yang ini ?

Pemuda TG said...

Bro Bloggenstarz,

Macam nak sama, tapi tak serupa...
Macam nak serupa, tapi tak sama...

Yg pasti sepesen...kah kah kahh

Kita bakor dia....

anakjengayan said...

Bro, tolong link blogku.

http://anakjengayan.blogspot.com/

Thanks.

Anonymous said...

AKU SALUTE KERJA HANGPA SELAMA INI NAK KUKUHKAN PARTI

TAPI BABI SEKOR NI MACAM NAK PELINGKUP JA

CELAKA BETUI

Powered by Blogger.