Mar 10, 2011

NAZRI AZIZ 'TAWAR DIRI' JADI KETUA PEMBANGKANG!!





Tanpa ketua sementara untuk mengetuai pembangkang di persidangan Dewan Rakyat, Pakatan Rakyat boleh diibaratkan seperti 'anak ayam kehilangan ibu', kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz. Beliau berkata mereka tidak perlu mengisi kekosongan itu tetapi tidak ada ketua pembangkang pada sesi ini.




"Jadi, tidak ada sesiapa yang akan bertindak sebagai ketua. Jadi mereka ibarat seperti anak ayam kehilangan ibu, saya umpamakan sedemikian kerana pembangkang tiada ketua sementara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan melanjutkan pengajian ke Jepun, di Putrajaya hari ini.

Pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat Disember lepas, empat ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan iaitu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Pembangkang kini berjumlah 76 di Dewan Rakyat selepas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrisnan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

"Jelas menunjukkan tiada persetujuan pada sesi ini siapa yang patut bertindak sebagai ketua pembangkang, kerana mereka tidak boleh bersetuju untuk satu jawapan," katanya. Ditanya sama ada Pakatan Rakyat akan melantik seseorang menggantikan Anwar, Nazri berkata beliau tidak tahu tetapi yang jelas katanya terdapat kesukaran untuk berbuat demikian.

"Jika tidak, mudah jika mereka ada Hadi (Datuk seri Abdul Hadi Awang) atau Kit Siang (Lim Kit Siang), tetapi kenyataannya mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan, membuktikan mereka tidak boleh bekerjasama," katanya.


Laporan Bernama

3 comments:

Anonymous said...

aikk!!

tak der ketua pembangkang pun terkangkang2 kena balun PR...

nazri jgn sombong la...bila tak dr nuar dia lah heronya...umpama pondan!

kat depan takut, bila tak der dialah berlagak hero, bila ada dia kecut...


ini lah wajah pemimpin umno...ngeri aku!!!

tapi aku yakin MP PR sume dapat menjalankan tugas dan peranan walau tanpa SIFU DSAI....bravooo PR!!

Anonymous said...

Kenapa dan mengapa mereka TIDAK mampu lantik ketua sementara sebenarnya ada rahsia rahsia besar.

Hal ini sebenarnya juga berkaitan dengan kesukaran menjawab cabaran PM agar PR menyatakan barisan kabinet PR jika dapat ke Putrajaya.

Mancam mana mereka nak bahagi ya? Yang pasti Nuar jadi PM, dan LKS TPM. Hj Hadi ambil pos Khir. Soalnya kalauta kalau menang le. Apa kata kalau Si Nuar ke Sg Buloh pulak. Apa LKS jadi PM ke?

Eeee..

Anonymous said...

Aleh...

dah tendang keluar Nuar, kini sebut2 plak namanya di DR...rindu kat Nuar ker?

hik..hik..hik..

Powered by Blogger.