Mar 8, 2011

MISI ANWAR DALAM JIWA SAIFUDDIN ABDULLAH??





Terlalu jarang sekali Melayu CinDia mengkritik Pemimpin Kerajaan BN. Tapi kali ini Melayu CinDia terpaksa. Tiada niat sama sekali menderhaka pada UMNO. Semua ini kerana sayangkan perjuangan UMNO pimpinan Najib Tun Razak. Melayu CinDia terpaksa membuka pekung seorang Timbalan Menteri yang dahulu dikenali Y bernama Saifuddin Abdullah. Kenapa ramai blogger balun Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini? Tidak balun pada awalnya. Sekadar teguran. Semua ini kerana keangkuhan seorang Pemimpin. Lagak sombong Saifuddin Abdullah apabila diasak untuk memberi penjelasan mengenai situasi politik Mahasiswa yang dilihat semakin membimbangkan. Melayu CinDia berasa kecewa, marah dan khuatir dengan pendekatan yang dibawa Saifuddin Abdullah. Barulah kita tahu, Pendekatan yang dibawa beliau inilah yang menyebabkan hampir kesemua IPTA di Malaysia kini ditawan Kumpulan Pro Mahasiswa.




Jawapan yang amat mudah diberikan "NEW POLITICS". Salah 1 pendekatan baru yang menjadi misi Anwar Ibrahim dan mengubah pasca politik tanah air. Meremang bulu roma Melayu CinDia apabila mendengar seorang Pemimpin BN membawa Prinsip Anwar sebagai wadah perjuangan politik beliau? Masih sokong Anwar kah? Hendak membawa budaya Anwar meresap dalam nadi Kerajaan Persekutuan ke?

Datuk Saifuddin, anda mesti ingat. Kamu bukan sahaja orang Politik. Kamu adalah Pemimpin Politik. Dari parti mana? UMNO Parti Keramat. Jangan begitu angkuh dengan kedudukan kamu yang diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini. Anda diberi tanggungjawab.

Lakukan dengan penjanaan transformasi berlandaskan Perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. DS Najib tidak membawa Politik Baru. Beliau membawa Transformasi Politik. Dengan merujuk serta mengekalkan Perjuangan Politik UMNO Barisan Nasional.

PoliSHIT apa yang cuba dibawa Saifuddin Abdullah?


2 comments:

Anonymous said...

Org mcm ni tak lama...percayalah..twitt je Najib, dia akan pasang deria.

hangkedee said...

KPI dan NKRA dia ialah berapa kerap student berdemo.

Powered by Blogger.