Mar 13, 2011

MESYUARAT KHAS MT PUTUSKAN BUBAR PUTERI UMNO??





Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menjadi bualan mulut di kalangan masyarakat yang dikatakan semakin lesu dalam meniti peperangan Politik tanah air. Ada pandangan yang lebih kritis yang meminta Pergerakan yang diilhamkan pada zaman pimpinan Tun Mahathir ini dikaji semula. Malah, tidak dinafikan, ada ura2 mengatakan bahawa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bakal dibubarkan. BUBAR??




Melayu CinDia tidak menafikan dakwaan tersebut akan tetapi tidaklah sehigga terfikir untuk dibubarkan terus pergerakan ini. Ianya seolah2 kita mengiyakan kegagalan Tun M mengilhamkan pergerakan ini 1 ketika dahulu. Mesti yang ramai yang tertanya2, ke mana arah Pergerakan Puteri UMNO kini dan selepas ini?

Mudah sahaja bagi kita memberi pandangan terutamanya di kalangan masyarakat di luar sana yang hanya bertindak sebagai pemerhati tanpa mempunyai sebarang pengalaman luas dalam arena politik. Bukan mudah sebenarnya memimpin sebuah sayap yang baru sahaja berusia 11 tahun jika dibandingkan dengan 2 sayap parti yang lain seperti Pemuda dan Wanita UMNO. Ditambah pula dengan sebuah pergerakan yang melibatkan wanita Muda dan Beliawanis yang sedang meningkat usia.

Ini tidak bermakna Puteri UMNO selesa. Puteri UMNO mestilah belajar dari pengalaman dari sayap2 parti yang lebih lama kerana itulah sebenarnya yang sedang giat ditanam dalam Pergerakan Puteri sehingga dibiarkan akarnya menjalar bercabang2. Di cabang2 itulah terdapatnya beberapa kumpulan.

Pokok yang sama, tapi akar lain2. Gunakanlah akar tersebut untuk memberi tenaga dan kekuatan kepada pokok tersebut. Jangan biarkan akar2 lain hinggap pada pokok tersebut sehingga membunuh akar2 ini. Bersatulah dan bekerja keras bagi memastikan pokok tersebut terus mekar dan kukuh kerana ada banyak lagi pokok2 lain sedang bersaing untuk memastikan pokok kita tumbang serta merta.

Melayu CinDia telah melihat kebangkitan Puteri UMNO kini sedang merebak. Api perjuangan yang sedang membara ini telahpun dimulakan melalui peperangan cyWAR rangkaian blog yang mampu membakar blog2 parti politik yang lain. Mungkin ramai yang agak kurang yakin kerana sebelum inipun, Puteri UMNO sudah mempunyai blog tersendiri akan tetapi dilihat sarat dengan gaya super pose dan promosi kecantikan AJK2 Puteri UMNO semata2. Namun, blog ini ada gaya yang tersendiri, semakin berani dan agresif.

Melayu CinDia berpandangan Blog ini sebagai mukadimah perjuangan CyWar Puteri UMNO Malaysia. Bukan hanya mesti dikekalkan, malah perkukuhkan lagi dan lahirkan lagi lebih banyak blog2 sebegini lahir dari Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. SYABAS.

KLIK DI SINI
untuk terus ke blog Perang cyWAR Puteri UMNO Malaysia.


3 comments:

hangkedee said...

sokong sama seperti KP lebih baik tutup kedai

Puteri Sipitang (Unit IT) said...

makasi atas sokongan terhadap perjuangan puteri. hanya yang buta sahaja tidak menilai perjuangan puteri ni seperti saudara hangkedee. Elokler Hangkedee tutup mulut kalau tk suka perjuangan pu3 p3 menilai KP dulu bukan nk suruh tutuppun P3 tetapi memberi motivasi dan cabaran kpd pergerakan puteri UMNO utk bekerja lebh keras.

Anonymous said...

[url=http://www.monclerjacka2012.com]moncler jacka[/url]
Det verkligen ingen kan lämna hus till tjäna miljoner, eftersom här möjlighet knackar rätt här på bäst dörren , dessutom väntar sin egen varmt mottagande som du tjänar den väg Om du vill större vinster.
,[url=http://www.canadagoosejackorbilligt.com]canada goose jacka[/url]
 Lika till exempel som 1 stor sällskaplig test, det lätt trycka begränsningar, som utgör Jag skulle säga att principer som dem conitinues längs samt inrätta ofta algoritmer Om du vill variabler oväntade igår.
http://www.monclerjacka2012.com
 Ofta auditiva dyslektiker kan höra bokstaven annat ord rörig som, medan generellt inte som kan upprepa något just det många precis hörde stund sedan. De flesta alla förknippar dyslexi som läsa igenom svårigheter.

Powered by Blogger.