Mar 8, 2011

MAHATHIR MENANGIS TERINGATKAN ANWAR!!





Semasa Melayu CinDia sedang minum pagi di sekitar kawasan rumah, secara tiba2 sahabat Melayu CinDia dari Jabatan Penerangan menegur lalu turut serta menikmati hidangan sarapan pagi. Biasalah. Borang kosong. Berbicara soal dunia blogger dan politik tanah air. Lalu, sahabat Melayu CinDia telah menceritakan tentang penulisan Tun Mahathir di dalam buku terbaru A Doctor In The House yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Buku tersebut memuatkan 20 halaman karya bekas Perdana Menteri tersebut. Sedang asyik bercerita tentang Bapa Permodenan Negara, beliau lalu menceritakan tentang tangisan Tun M. Tidak hairan kerana Tun sememangnya kerap menangis ketika membaca puisi tentang masa depan Melayu sebelum bersara. Akan tetapi, apa yang mengejutkan beliau telah menceritakan tangisan Tun M kerana mengenang kembali kisah dan kenangan beliau bersama Anwar Ibrahim sewaktu di dalam UMNO. Dan kejadian ini baru sahaja berlaku baru2 ini. HAH??




Sahabat Melayu CinDia menceritakan bahawa penulisan Tun M di dalam buku terbaru beliau mengisahkan tentang skandal seks dan liwat bekas Timbalannya Anwar Ibrahim. Ada beberapa Orang Kanan Tun M terlihat bekas Presiden UMNO itu kelihatan sebak dan sedih ketika menulis karya tersebut. Beliau yang pada mulanya amat teruja hendak menghasilkan pembongkaran itu terus termenung seketika dan terlihat di wajahnya yang sayu dan sugul.

Apa yang dapat dilihat Tun M sepertinya masih kecewa dengan insan yang pernah dianggap seperti anaknya sendiri, insan yang beliau kagumi mempunyai penampilan dan karakter seorang Pemimpin Islam Masa Depan, insan yang dibawa beliau ke dalam UMNO dan 'membela' bagaikan anak emas, bukan sahaja terlibat dengan skandal seks, malah yang lebih menyedihkan turut merancang untuk menjatuhkan beliau.

Mungkin Tun M ada merasakan kekesalan terhadap dirinya kerana membawa Anwar ke dalam UMNO 1 ketika dahulu. Namun, beliau redha. Tidak dapat dinafikan Tun M 1 ketika dahulu terlalu percayakan Anwar, terlalu mengasihi Anwar dan sentiasa memastikan Anwar akan berjaya berada dalam kedudukan yang amat kukuh dalam karier politiknya. Sehinggakan tidak menghiraukan segala teguran rakan2 serta sahabat2 seangkatan mengenai karakter Musang Berbulu Ayam bekas Presiden ABIM ini.

Namun, tidak mengapalah. Semuanya telah berlalu. Tun M kini telahpun bersara. Tun M bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepada beliau mengenai 'kegiatan sulit bekas Timbalannya. Beliau amat bersyukur kerana menyedari karakter Anwar walaupun setelah Anwar berjawatan Timbalan Perdana Menteri, menunggu masa untuk menggantikan beliau.

Buku yang ditulis oleh beliau ini, sebagai luahan pembongkaran yang 1 ketika dahulu tidak pernah terfikir, ianya insan bernama Anwar Ibrahim. Walaupun setelah hampir 13 tahun peristiwa itu berlalu, namun beliau tidak akan lupa. Beliau sanggup mati daripada mengangkat seorang pemimpin yang rendah moral dan menghina kesucian Agama Islam sebagai alat bagi menutup segala kesalahan beliau. Beliau tekad dan tegas terpaksa melawan sifat kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya demi menyelamatkan Negara.

Tun M.. Usahlah difikirkan tentang manusia durjana itu. Kerana di luar sana, ramai rakyat Malaysia yang 10 kali ganda lebih menyayangi Tun. Semoga Allah bersama Tun dalam meneruskan sumbangan demi perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.



8 comments:

pemerhati said...

x apa lah Tun..dia tu mmg dah jahanam sebelum jon umno lagi..mmg dah gitu..so bukan salah Tun! Kami semua syg kan Tun!! Smoga panjang umor & dirahmati Allah!

anti bohmau said...

tak pernah kami sekeluarga sangsi sekelumitpun dgn tindakan Tun terhadap timbalannya waktu itu... sejarah membuktikan hingga hari ini Tun tidak pernah berdolak dalik tentang hakikat bahawa timbalannya memang ada salahlaku...3 dari 5 hakim juga sepakat mengatakan kejadian itu memang berlaku cuma dari segi teknikal sj menyebabkan nwar terlepas...apapun salahlaku rasuah sangkut juga...brapa banyak pink form dia taburkan masa tu??? yg kaya raya sekarang ramai yg dapat laba masa nwar berkuasa dulu lagi...

Anonymous said...

Semoga Tun sentiasa sihat dan panjang umur ..sehingga musuh Melayu yg. seperti musang-musang tu hapus dulu..

Anonymous said...

Apala tuN M .. kita bicara dalam mahkamah mahsyar nanti ...

setiap sen yang tUN m cekup dulu .. setiap fitnah yag tUN Ma tabur... setiap titisan darah yg tertumpah atas restu TUn ma ... setiap kesesatan umat yg tUN m songgok .. kita akan tuntut semula ...

tun m bole "berbelit lidah" dihadapan Allah nanti .....

tiada lagi 'hakim2 belaan'
tiada lagi 'polis2 suruhan'
tiada lagi 'spr, sprm tunggangan'
tiada lagi 'rtm/tv/media ampuan'
tiada lagi 'pegawai2 bodekan'

tiadala lagi juak2 tUN M dimasa itu............... hanya iman & amal yg baik/buruk...

Anonymous said...

Setiap peruatan Anwar jugak akan dihitung diakhirat termasuk juak-juaknya yang terus memuja pemimpin yang tidak bermoral dan penganut pluralisme ini. Allah akan membalas semua perbuatan manusia termasuk share kepada perbuatan jahat.

Anonymous said...

Syukur akhirnya Tun Mahathir buka juga segala kemungkaran yang dilakukan oleh Anwar kerana masyarakat Malaysia sudah lama di gelapkan dengan sikap berpura-pura Anwar. Semoga dengan pendedahan ini akan terus meleraikan segala kekusutan masyarakat terhadap Tun M dan kerajaan khasnya.

Semoga Allah swt akan terus memberikan Tun M kesihatan yang baik dan umur yang barakah untuk terus berbakti kepada agama bangsa dan negara. Amin

Anonymous said...

tak pa la tun..tun dah kenyang dah..buat apa pun melayu ngok tetap anguk..

Anonymous said...

Tun Tun. Ramai rakyat tahu siapa Tun M tapi Allah lebih tau. Dimahshar nanti Tun kena jawab dan Anuar juga kena jawab. Nasib lah siapa nak kena terajang masuk n......ka. Kami rakyat juga tak tau lagi mungkin diterajang sama kot.

Powered by Blogger.