Mar 14, 2011

KHALID GAGAP AKUI LUPA JAWATAN ADUN IJOK!!





Agaknya leka dan asyik mengaut kekayaan berganda hasil Negeri setelah memegang jawatan MB Selangor, sehingga hampir lupa akan dirinya juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok. Ini merupakan pandangan beberapa penduduk sekitar DUN ini yang melihat Khalid Gagap jarang sekali kelihatan di tapak bermulanya kerjaya politik beliau. Penduduk di sekitar Ijok yang telah membuat undi protes terhadap Khalid Gagap kecewa dengan janji2 manis PKR yang selama ini dilihat mampu membawa perubahan. Bukan sahaja kaum India, malah kaum Melayu di sini juga amat bosan dengan alasan demi alasan yang diberikan oleh pegawai2 kanan MB Selangor apabila hendak mengadakan perjumpaan bersama ADUN bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah. Pengundi tegar PKR yang diasak mengenai persoalan kehilangan kelibat ADUN Ijok tergagap2 cuba memperjelaskan kepada mereka agar memahami kerjaya Khalid Gagap sebagai MB.




Masalah infrustruktur seperti Jalan Raya antara yang masih tidak diambil perhatian oleh Khalid Gagap. Walhal, amat mudah sekali seorang yang memegang jawatan No. 1 dalam Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya, mereka kembali ke Pejabat Khidmat Masyarakat BN DUN Ijok dan meminta bantuan.

Lantas tidak sampai seminggu, Penyelaras BN DUN Ijok, KP Parthiban turun padang dan menemui penduduk2 setempat yang mengeluh dengan masalah kemalangan yang seringkali berlaku di Pekan Ijok akibat tiada pembinaan Pembahagi Jalan.

Akhirnya juga, masalah tersebut diselesaikan oleh KP Parthiban dan telahpun diluluskan bagi membina pembahagi jalan bagi mengelakkan kemalangan jalan raya yang dikatakan terlalu kerap berlaku di kawasan tersebut. Di kesempatan itu juga, penduduk kawasan DUN Ijok menemui beliau dan meminta kerjasama beliau agar dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah tertangguh termasuklah berkenaan skim2 bantuan bagi meringankan beban mereka.

Agak pelik. Siapakah sebenarnya berjawatan ADUN Ijok? MB Selangor. Bukan calang2 orang. Masalah2 sebegini juga tidak dapat diatasi? Mungkin sudah terbiasa dengan tender2 dan kontrak2 besar sampaikan tidak berapa kenal dengan masalah2 kecil sebegini yang jika dibiarkan mengundang risiko buat masyarakat DUN Ijok.

Dibentang manifesto buat Negeri Selangor. Malah telahpun mempersiapkan sebuah buku keramat Pakatan Rakyat bernama Buku Jingga. Tetapi terlupa pula dengan manifesto DUN sendiri. MB Selangorlah katakan.



Mungkin ada relevennya juga Ucapan Khalid Gagap semasa PRK DUN Ijok pada 2007. Beliau dikatakan tersilap kata dengan melaungkan UNDILAH BARISAN NASIONAL. Releven. Ianya kini releven diaplikasikan pada PRU 12.



0 comments:

Powered by Blogger.