Mar 24, 2011

KEMPEN JOM KE NERAKA... PAS KATA SEKS ANWAR 'POWER'!!





Melayu CinDia berpendapat PAS telah menuju kehancuran Islam terbesar akibat daripada tindakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berdiri teguh di belakang Anwar Ibrahim dan yakin bahawa Video Seks Pemimpin Pakatan tersebut bukan individu yang bernama Anwar. Melayu CinDia begitu hairan dengan pendirian Hadi Awang yang secara tiba2 menggelupur begitu yakin tanpa melihat terlebih dahulu paparan Video Seks tersebut. Hadi Awang tidak sewajarnya bersekongkol dengan isu ini kerana beliau mesti menonton Video tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan susulan. Apa yang mampu PAS perkatakan jika benar terbukti bahawa individu yang melakukan seks tersebut adalah insan yang dijulang bernama Anwar Ibrahim?




Dalam pada itu semalam Melayu CinDia mendapati beberapa Puak PAS Pro Erdogan seperti Dr. Dzulkifli, Khalid Gereja, Dr. Lo'lo, Husam Musa dan yang lain melancarkan kempen besar2 an di dalam Twitter menafikan dakwaan Individu di dalam Video tersebut adalah Anwar. Walhal puak2 ini juga tidak melihat sendiri Video yang dipaparkan. Beberapa Wartawan yang dijemput melihat Video Seks Pemimpin Pakatan di Carcosa Seri Negara memberitahu bahawa sememangnya mengakui Pemimpin Pakatan yang dimaksudkan itu adalah Anwar Ibrahim.

Begitu juga dengan blogger PapaGOMO dan beberapa pemimpin NGO yang turut menonton tayangan itu terkejut dan tidak menyangka Lelaki yang dimaksudkan itu merupakan Anwar. Lihatlah PAS. Kamu begitu mudah percaya pada pemimpin seperti Anwar. Jikalau benarlah terbukti ianya lelaki yang sedang kamu bela ini, Melayu CinDia dapat bayangkan PAS akan luntur dan jatuh tersungkur malah tidak mustahil akan diprotes totok2 PAS sendiri. Yang lebih memalukan, label 'ISLAM' yang menjadi senjata PAS akan dihina dan terus dihina pandangan dunia. Selamat Jalan PAS.

Tiada lagi slogan 'Membangun Bersama Islam'. PAS bukan lagi milik semua. Jangan dikata Melayu. Cina dan India sekalipun akan membuang parti yang kamu yakin akan berjaya menaikkan mertabat Agama Allah.


4 comments:

Anonymous said...

kesian lak aku tengok blog ni

Anonymous said...

Lagi kesian tengok penganut PR yang semakin hari dihancingkan dengan kencing pemimpin mereka. Seorang ketuanye berperangai sesumpah, seorang berperangai paderi, seorang lagi berperangai komunis.

Anonymous said...

Syabas bn kerana telah cuba untuk menjauhi kes ni.. memanmg nampak macam datuk T tu dari kalangan org bn. tapi jangan lupa siapa Eskay tu.. kawan karib anwar.. mungkinkah ini semua kerja dalaman anwar.. mula mula ada tape seks menyerupai dia, tapi sebenarnya bukan dia.. bendehari perkasa dan thambi chik di libatkan sama supaya nampak kerja bn.. kenapa 2 org ni di libatkan.. thamby chik sebeb dia ada dendam peribadi pada anwar seperti apa yang anwar cakapkan.. bendehari perkasa untuk panggil org pkr tengok video tu konon nya untuk suruh lompat parti.. tapi sebenarnya kedua dua datuk D atau Datuk Duo @ dua tu sudah di perangkap dan sengaja dilibatkan untuk tarik bn dalam kes atau konspirasi ni.. last last datuk Eskay akan mengaku ini semua konspirasi mereka dan bn..

Anonymous said...

Tu la kalau mempermainkan ayat 2 Al-
Quran, Allah terbalik hati 2 org yg konon kata perjuangkan islam.

Powered by Blogger.