Mar 25, 2011

KEJAYAAN ANWAR MELACUR PERJUANGAN FADZIL NOOR!!






DATO' FADZIL NOOR!! Siapa yang tidak kenal dengan beliau. Bekas Presiden PAS yang dikira paling lantang menentang Dasar Kerajaan. Kelantangan beliau dalam berpidato, mengkritik Kerajaan dan kedengaran suara laungan beliau setiap kali desakan dilakukan. Fadzil Noor juga merupakan Pemimpin Pertama yang tampil menuntut keadilan sahabat ABIM beliau, Anwar Ibrahim yang telah dipecat dari memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri 12 tahun dahulu. Kelantangan beliau semakin memuncak setiapkali bercakap soal Anwar. Beliau telah menjadi tulang belakang dalam menyatupadukan PAS dan DAP yang mampu bekerjasama dalam menentang Kerajaan BN. Kesemua ini dilakukan demi Anwar. Namun persoalannya, adakah Anwar Ibrahim benar2 membalas budi Allahyarham? Di mana janji Anwar yang akan memperjuangkan Islam sebagai Addin utama dan tegas dalam menjadi Prinsip2 Islam? Adakah Anwar mendengar nasihat Arwah Fadzil Noor agar menggunakan Dewa Parlimen sebagai salah 1 platform bagi menuntut, mamperkasa,menekan kerajaan dan memperkuatkan Agama yang menjadi nadi perjuangan beliau?



1 perkara yang amat membezakan Dato' Fadzil Noor dengan Pemimpin2 PAS pada hari ini ialah Dasar Islam. Beliau tegas dalam memperjuangkan Islam. Pada ketika itu PAS dilihat begitu kuat dalam memertabat Agama dan Bangsa. Kesempatan beliau menjadi Ketua Pembangkang digunakan sepenuhnya bagi memperjuangkan dan menuntut dasar2 Islam.

Namun, sekeras2 jiwa Mukmin bernama Fadzil Noor, tersembunyi jiwa naluri kelembutan beliau dalam soal perpaduan. Beliau yang rapat dengan Tun M walaupun dilihat seringkali bertengkar dalam soal politik, namun tetap berhubung antara 1 sama lain. Malah dikatakan Tun M ada menasihatkan Fadzil Noor agar tidak terlalu ekstrim memperjuangkan Anwar Ibrahim kerana akibatnya Anwar akan mencantas perjuangan Politik PAS.

Persoalannya, ke mana perginya Dasar tersebut di dalam PAS? Fadzil Noor sentiasa melakukan apa sahaja agar Islam terus dijulang. Malah pada zaman beliau jugalah DAP bertindak keluar dari Barisan Alternatif. kerana tidak dapat menerima Dasar PAS dan kelantangan suara Fadzil Noor mempertahankan Agama Allah sungguhpun bekerjasama dengan DAP.

Apakah agaknya perasaan Allayarham Fadzil Noor jika beliau masih hidup melihat kepimpinan gabungan Pakatan pada hari ini? PAS terutamanya, kini tidak lagi berani tampil mempersoalkan Islam dan terus membiarkan DAP melaksanakan dasar2 yang melacurkan Perjuangan Islam. Di manakah ketegasan PAS dalam soal ini? Paling memalukan, SEKS kini telah menjadi label buat parti tersebut.

Tangisan pemergian Fadzil Noor kelihatan hanyalah sementara. Perjuangan PAS dilihat tidak lagi terkawal. Sekular yang dahulu menjadi dasar yang ditentang PAS kini merasuk ke dalam setiap penjuru parti tersebut. Pemimpin2 generasi baru PAS seperti Khalid Samad, Dr Dzulkefly dan ramai lagi tidak lagi membawa suara PAS. Sehingga ada yang sanggup mempertahankan DAP walaupun isu tersebut secara jelas membunuh Islam.

Di manakah aura Fadzil Noor? Di manakah amanat Fadzil Noor? Islam Islam Islam. Anwar Ibrahim bukan sahaja ingkar akan pesanan beliau, malah melacurkan terus demi kepentingan peribadi. PAS kini bukan lagi dilihat Ekstrim terhadap Islam, tetapi lebih sekular dari DAP.




4 comments:

tabligh said...

Mari...mari.....mari....

Islam PAS ada penyelesaiannya dalam kes video seks mirip ketua pembangkang ni.

Jangan gaduh-gaduh!

Sila masuk sini:
http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/03/khidmat-nik-aziz-diperlukan-islam-pas.html

Anonymous said...

Aura Almarhum Fazdil Nor adalah REFORMASI POLITIK MALAYSIA yang ke arah DEMOKRASI yang BENAR & ADIL serta KEBAJIKAN kepada semua rakyat BUKAN peralatkan jentera & media kerajaan untuk melidungi kemewahan proksi, kroni dan kepentingan peribadi ketua2 lanun/ mafia UMNO saja!

Perkara2 seperti ni yang gurka2 upahan UMNO susah nak sebut... hehehehehe

PAS untuk semua. Keadilan untuk semua. PR wadah perubahan!

Anonymous said...

Anon 6.35 kalau setakat bercakap secara teori semua orang boleh, cuba tgk bila PAS dapat perintah Kedah, Kelantan dan Perak (11 bulan ) apa yang terjadi...ada perubahan ke kepada rakyat..sama saja malah lebih teruk lagi...tgk BN memerintah semua rakyat hidup selesa...kecuali yang malas berusaha macam Anon 6.35..mana mau nye...

oh malaysiaku said...

maksud yg si 'anon' 6:35 PM cakap tu:

"PAS untuk semua" - maksudnya melePAS semua, gara2 Islam syok sendiri.

"Keadilan untuk semua" membawa maksud adil, tanpa apa2 halangan dari pihak berkuasa utk melakukan apa2 saja, termasuk menghuru-harakan negara dan menikmati kepuasan nafsu yg tak terbatas".

"PR wadah perubahan!" adalah wadah utk meranap dan membangkrapkan negara dgn pelaksanaan 'buku jingga' dan perubahan dari rakyat yg bermaruah kpd rakyat yg hanya menjadi pak angguk saja.

begitulah maksud impian penyokong taksub PR. apa nak buat begitu kebolehannya berfikir, kecian, kecian ...

Powered by Blogger.