Mar 2, 2011

KECOH KELIBAT TUN TEJA DI MERLIMAU??





Kalau ada yang gatal mulut kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kecewa kerana wanita tidak terpilih sebagai calon di PRK DUN Tenang dan Merlimau, dakwaan itu meleset sama sekali. Dengar cara beliau bercakap dengan penuh semangat bagaimana jentera Wanita UMNO dan BN buat kerja nak menangkan calon BN di Merlimau dan PRK DUN Kerdau, Shahrizat steady aje dan tak nampak langsung kecewa mahupun merajuk. Malah, aura dan semangat Tun Teja akan meresap dalam semangat Wanita BN untuk berhadapan dengan Pembangkang.




Beliau yakin komitmen jentera kempen Wanita di kedua-dua kawasan begitu tinggi dan mampu bawa kemenangan kepada calon BN. Katanya, cara jentera wanita berkempen amat mesra malah rakyat mengetahui wanita UMNO dan BN boleh jadi penghubung bagi menyampaikan matlumat serta masalah mereka kepada kerajaan.

Bercakap kepada media selepas menghadiri program Salam Sayang bersama Komuniti Cina dan India di Pekan Kerdau, Selasa, Shahrizat berkata, budaya kempen berhemah yang sudah jadi tradisi Pergerakan Wanita UMNO serta BN akan diteruskan. Sementara itu, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, budaya fitnah ketika berkempen sudah jadi ‘makanan’ parti pembangkang.

“Fitnah sudah jadi seperti makanan utama pembangkang. Sikap mereka ini menghina pengundi seolah-olah mereka tidak tahu befikir hingga sanggup tabur macam-macam cerita palsu. Pengundi di Malaysia ada akal fikiran. Mereka mahu perpaduan dan keamanan. Sebab itu graf kita naik. Fitnah ini makanan utama pembangkang...pengundi tak hairan dah, mereka dah tahu. Kita tak fitnah pembangkang, hanya mereka yang tak ada visi untuk negara suka buat fitnah,” katanya.


Laporan Agendadaily

3 comments:

Anonymous said...

TUN TEJA? FULLAMAK UMNO DASAT LA BAGI KREDIT PD IJAT!!!

TUN TEJA DLM SEJARAH HIDUP DIA AMAT BERANI DAN KUAT SERTA MEMILIKI DARAH PERJUANGAN UTK RAKYAT...

TAPI "TUN TEJA" NI, TEMPAT SENDIRI PUN TERSUNGKUR KENA PENERAJANG KAT GADIS MUDA!!!! LANTIK MENTERI PUN IKUT PINTU BELAKANG!!!!

"TUN TEJA" APA NAMANYA, JIKA HARI2 WANITA KENA BELASAH, ROGOL, MAKSIAT, BUANG BAYI, DLL...

UMNO TAK KAN MENANG JIKA TAK MERASUAH,SOGOK, BERAT SEBELAH, UGUT, TEKAN, DUIT, PENGUNDI!!!!
JIJIK TENGOK KELAKUAN UMNO!!!



CHITT!!!

Anonymous said...

JANGAN SEBARANG CAKAP BRO! NANTI ALLAH PALINGKAN APA YANG ANDA CAKAP KEMUKA ANDA SENDIRI. DAH BANYAK BUKTINYA SEKARANG. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Anonymous said...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti Majlis Agama Islam, Mufti, Kadhi, JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

Powered by Blogger.