Mar 12, 2011

KEBANGKITAN RAKYAT DIBUNUH OLEH TSUNAMI!!





Kejadian Tsunami buat kali kedua selepas 6 tahun membisu telah menimbulkan keresahan masyarakat Dunia. Jika dilihat kejadian ini telah berlaku susulan 'pemberontakan' beberapa buah Negara yang cuba menumbangkan Kerajaan mereka sehinggakan berlaku kekacauan. Adakah ini merupakan bala..? Atau ujian Allah terhadap manusia sekian alam? Terdetik terus di minda Melayu CinDia menghasilkan 1 nukilan puisi khas buat kesemua rakyat Malaysia. Klik pada 'Read More' untuk berkongsi nukilan dan luahan rasa insaf buat kita yang hidup di bumi bertuah ini.




Kronologi pergelutan Dunia masa kini semakin kelihatan kritikal,
Bermulanya di Mesir lalu dijangkiti Libya dan tempiasnya terkena juga di beberapa Negara Timur Tengah.,
Rakyat dilihat bak miskin papa kedana,
Di sebuah negara terkaya di Dunia,

Kenapa perlu memberontak sehingga meragut nyawa?
Akibat hasutan manusia menggelar diri Satria Wira Negara,
Mengisytihar diri Pejuang Rakyat.

Akan tetapi sebenarnya kemarukkan kuasa,
Dijaja dengan nama Kebangkitan Rakyat,
Ditambah pula dengan hasutan mencabar krelibiliti makhluk Tuhan bergelar Syaitan,
Menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat,
Sehingga Negara huru hara,
Sehingga Isi Negara rosak akibat perbuatan manusia.

Lalu, Tuhan musnahkan ia dengan TSUNAMI,
Allahu. Bukakanlah hati manusia2 di sana yang ada punyai niat sebegitu,
agar kembali ke pangkal jalan.

Bersatulah rakyat Malaysia,
Kentalkan semangat perpaduan dan keamanan ini,
Jadikan ia sebagai kubu kita,
Sebelum benteng ini pecah ditembusi Lautan Gergasi.


NUKILAN insaf dariku
Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

0 comments:

Powered by Blogger.