Mar 15, 2011

KAK WAN TEKAD AKAN BERDEPAN TUN SITI HASMAH!!





WAN AZIZAH jika dilihat melalui karier politik beliau pada hari ini, kelihatan beliau sewajarnya diberi penghormatan yang tinggi atas kejayaannya. Jika dahulu mungkin masyarakat memandang Wan Azizah sangat kental dalam memperjuangkan suaminya. Namun hari ini, ianya kelihatan berbeza. Wan Azizah hari ini yang semakin kelihatan sugul hanya bertindak sebagai pengawal keselamatan yang menghalang mana2 pihak memasuki sebuah Istana dimiliki seorang Raja yang cuba sedaya upaya untuk dipertahankan pemerintahannya. Wan Azizah turut merasakan tiada apa2 maknanya lagi perjuangan politik beliau. Hanya meniti masa dan ketika Raja tersebut tumbang. Apa sebenarnya yang Wan Azizah diperlukan dalam PKR. Pernah 1 ketika dikatakan Wan Azizah gaduh besar dengan Anwar kerana tidak mampu melihat sikap suaminya yang terlalu rakuskan kuasa. Anwar juga dilihat oleh isterinya semakin agresif dan hilang kawalan dalam mengatur strategi politik mengingatkan kembali tabiat buruk suaminya ketika memegang jawatan di dalam UMNO. Namun pada ketika itu, seorang teman yang disayangi Wan Azizah dan dikasihi seperti ibunya sendiri menjadi tempat untuk berkongsi masalah. Siapa wanita tersebut? Tun Dr Siti Hasmah.




Tun Dr. Siti Hasmah merupakan satu2 nya individu yang sentiasa bersama Wan Azizah tatkala timbul permasalahan dengan suaminya. Tun Siti Hasmah jugalah yang menjadi seorang pendengar yang baik dan sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada Wan Azizah tentang kehidupan seorang Isteri kepada Pemimpin Negara.

Malah, tidak dapat dinafikan bahawa pada ketika itu isteri Menteri yang paling akrab dengan Tun Siti Hasmah ialah Wan Azizah sendiri. Tun sentiasa memastikan Wan Azizah berada dalam keadaan terkawal dan tidak mengikut emosi apabila melihat suaminya tidak berkesudahan mengejar jawatan Politik.

Pertemuan terakhir Wan Azizah bersama Tun tidak dapat dilupakan. Di kala Wan Azizah mendapat berita pemecatan suaminya, Tun Siti Hasmah juga tempat beliau mengadu. Banyak persoalanan yang ditujukan kepada Tun tentang tindakan memecat suaminya itu. Siti Hasmah dengan sebak menjelaskan agar Wan Azizah bersabar dan percayalah, 1 hari nanti Wan Azizah akan mengetahui sebab utama Anwar dipecat dari Kabinet dan Parti. Itulah detik pertemuan terakhir mereka.

Hari ini, Wan Azizah mungkin terkenang kembali kata2 Tun Siti Hasmah mengenai wajah di sebalik suaminya. Wajah ini bukan sahaja kembali, malah semakin agresif. Jiwa Kak Wan seperti meronta2. Penat lelah memperjuangkan suaminya sekian lama tidak mengubah sikap Anwar malah terus bertambah tenat. Apa yang Wan Azizah mampu lakukan? Hanya menjalankan tugas sebagai seorang Isteri yang patuh pada perintah suaminya. Naluri hati dan jiwa Wan Azizah berkecamuk. Melayu CinDia pasti, Kak Wan rindu untuk bertemu Tun Siti Hasmah.


1 comments:

vulcan933 said...

bodoh nya c jijah ni bila membohongi rakyat malaysia akan tabiat luar tabie suaminya.

Powered by Blogger.