Mar 18, 2011

HADI AWANG PERNAH DESAK ZULKIFLI NORDIN SERAH DNA ANWAR??





Semakin ramai yang pening kepala berfikir kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA dalam kes dakwaan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan. Macam-macam alasan Ketua Umum PKR itu berikan termasuk serangan balas terhadap pemimpin kerajaan termasuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan model Monggolia, Altantuya Sharibu.




Malah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Sri Dr Rais Yatim turut kena serang apabila dikaitkan dengan dakwaan kononnya merogol pembantu rumah beliau. Semuanya Anwar lakukan untuk mengelak memberikan sampel darah yang terus jadi kontroversi sejak permohonan pihak pendakwaan kes liwat itu di Mahkamah Tinggi, Jumaat lalu.Justify Full
Beliau mengenepikan suara banyak pihak yang mahu melihat ketelusan dan keberanian beliau bagi membuktikan dirinya tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut. Peliknya, PAS turut mempertahankan Anwar apabila Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mendakwa permohonan sampel darah itu adalah kes politik untuk pilihanraya umum akan datang.

Ekoran kenyataan Hadi, ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin percaya, PAS sudah bertukar jadi PBB – akronim kepada pekak, buta dan bisu. Zulkifli yang meninggalkan PKR tahun lalu pelik kerana ada pemimpin PAS menjadi pekak, buta dan bisu dalam kes ini sedangkan mereka tahu permohonan pendakwaraya itu bukan sesuatu yang sukar untuk Anwar patuhi jika beliau betul-betul tidak bersalah.

“Ini kesilapan yang dibuat Yahudi dan Nasrani dahulu. Bila datang kebenaran Rasulullah s.a.w, mereka mengambil sikap pekak, buta dan bisu, akhirnya mereka musnah. Kita tak nak sahabat-sahabat yang sudah berjuang lama dalam PAS kenapa tidak mahu berdepan dengan kebenaran.Paling penting kebenaran, bukan politik…jangan letak politik sebagai tuhan kita,” katanya kepada Agendadaily..

Beliau menyuarakan kebimbangan kerana sikap segelintir pemimpin PAS yang berdepan isu Anwar mempertuhankan politik dan matlamat mendapatkan Putrajaya sebagai keutamaan bukan untuk berdakwah. Dalam pada itu, Zulkifli berkata Anwar dalam kedudukan terbaik dan jalan singkat yang sebenarnya dalam merealisasikan harapan beliau menjadi sebagai Perdana Menteri dan menawan Putrajaya.

“Ini peluang dia. Ini jalan singkat ke Putrajaya. Anwar tak perlu bayar, kejar wakil rakyat BN cuma ‘derma darah’ (beri sampel darah). Kenapa dia tak buat,” katanya. Anwar menyatakan perkara itu dirancang….tetapi oleh sesiapa kita pun tidak tahu. Persoalannya siapa yang nak ‘rancang’ air mani yang baru di dalam dubur Saiful. Keduanya kalau betul bagilah DNA…."

"kalau Anwar dakwa yang DNA “Y” daripada kesan air mani itu bukan dia senang sahaja jawapan dia. Bagi sahajalah. Malahan sebenarnya ini adalah peluang terbaik Anwar untuk membuktikan kesuciannya. Jadi beri sahaja DNA. Apa yang masalah besar sangat..Dahlah sumpah pun tidak mahu. Kata Syeikh Yusuf Qardawi tidak bagi. Sekarang “Syeikh” Karpal pula tidak bagi. Ini soal mahu menentukan bersalah atau tidak. Ketidakberanian Anwar ini menimbulkan satu persepsi yang tidak baik menyebabkan rakyat memandang dengan negatif terhadap beliau,” katanya.


Artikel Hebat dari Penulis Portal Agenda Daily, Roslan Bian

13 comments:

Anonymous said...

Najib dan Rais takda siapa yang tuduh secara formal. Malah sudah disangkal. Tapi Anwar, ada yang menuduh, perbicraan sedang berjalan, bukti-bukti sudah dikemukakan, yang menjurus kepadanya; hanya tunggu the final blow sahaja. Lepas ni boleh lah tulis memoir; sebab banyak masa di Sungai Buloh.

vulcan933 said...

layak anwar diberi gelaran manusia anugrah tuhan.

Anonymous said...

cube kite renungkan,
kalau anwar bg dna dia, silap hri bulan, dna pon kena sabotaj,tu sbb die tak nk bg..
suma di Malaysia ni kerajaan bn umno yg pegang...
hanya sekadar info..aku sayangkan Malaysia..

Anonymous said...

Nak suruh serahkan DNA tak nak
Nak suruh sumpah Mubahalah tak nak
Cuma ada satu je Anwar nak .......

Anonymous said...

Ada yang baik dan lebih keburukan drama yahudi CSI, tapi kalau ia melibatkan DNA ia contoh terbaik ambil cotton bud masukan dalam mulut tertuduh dan tertuduh secara sukarela bekerjasama. Kes selesai dalam masa 45 minit.

Anonymous said...

Anonymous says:
March 18, 2011 3:50 AM

Nak suruh serahkan DNA tak nak
Nak suruh sumpah Mubahalah tak nak
Cuma ada satu je Anwar nak .......


nak jubur...hahahaha...

Anonymous said...

anon 3:18

aku setuju DNA boleh di sabotaj, TETAPI bukan sabotaj DNA tu dengan tukar DNA orang lain. itu MUSTAHIL. yang boleh berlaku ialah DNA itu di cemarkan. ATAU anwar serah DNA darah kambing bebiri. lebih kurang gitu la sabotajnya.

mustahil kalau anwar bagi darah DNA dia dan pakar DNA boleh tukar DNA tu jadi DNA sivaji the bos.

lagi pon DNA anwar adalah untuk tujuan padanan sahaja kepada ekstrak spermatozoa yang SUDAH pun di jumpai dalam dubur. jadi tidak ada isu yang DNA itu akan 'diletakkan' pada dubur berkenaan kerana ianjya SUDAH pun berada di situ.

paham?

Anonymous said...

Dalam heran2 pun sebenarnya ada jawapan dah mudah ajer DIA TAK NAK BERI KERANA DNA ITULAH PENGESAHANNYA. Bila dah sah maka lingkuplah nuar jubur, hadi dan aziz sesat, kit siang dan guan eng kapir tu..... TAKKAN TAK PAHAM2, KAMI DAH PAHAM..

Anonymous said...

KENAPA POLIS XGUNA REKOD DNA ANWAR BAGI KES LIWAT PERTAMA DULU?XKAN X SIMPAN KOT?

Anonymous said...

boleh nk bg anwar dna,
sro activity tu berlaku di mahkamah,kate 45 min je kan..
suma nmpak..settle..
mmg dna boleh kene cemar,xmustahil juga, dna yg diambil,kemudian ditukarkan,lainlah suma yg mengadili anwar baik dr pakar forensik,doktor,polis,hakim masih berintegriti dan bukan perkakas umno bn..
itu jea..

oh malaysiaku said...

dlm isu DNA yg anwar paling susah nak bekerjasama ni sebenarnya ramai rakyat dah mengerti, sedar dan rasa2nya dah buat keputusan utk diri sendiri bagi PRU13 nanti. ni dari sembang rambang2 saya sesama kekawan penyokong UMNO, PAS dan juga PKR.

ramai yg dulunya penyokong tegar PKR, apatah lagi semasa kes liwat anwar yg pertama dulu memang melenting habis kalau sebut anwar bersalah, pada diorang semuanya fitnah UMNO/BN, termasuk juga masa permulaan kes liwat ke2 ni, tapi sekarang nada tu dah banyak berubah, dan ada yg bunyinya macam nada kesal aje.

tekaan saya mudah - bila anwar tak mau buat sumpah mubahalah (laknat) dan kemudian beria-ia tak nak bagi DNA, tambah pulak menjaja cerita kesana kemari dia difitnah, tapi bila dibagi peluang utk bersihkan namanya sendiri takut, diorang ni dah dapat agak ada yg anwar cuba sembunyikan, iaitu "berani kerana benar, takut kerana salah".

Anonymous said...

Apa nak sabotaj.. dna dalam jubur tu dah di profil kan.. tinggal ambil dna dari anwar dan confirm samada sepadan atau tidak.. kalau takut di sabotaj, maka di suruhlah si karpal singh atau wakil dari pihak singh ikut dna tu sampai di proses.. jugak mesti ada dari pihak pendakwa raya ikut serta.. mana tahu nanti dna tu pula disabotaj oleh pihak anwar.. kena ingat, padamnya anwar dalam kes ni, maka padamlah semua PKR, DAP dan PAS.. susah nak bangkit semula.. jadi dalam kes ni anwar dah berjaya untuk menjerat dan meracuni semua PR supaya menyokong dia agar PR tak padam terus.. nak tak nak kena sokong anwar walaupun tahu anwar tak betul.. harap penyokong PR sedar akan hal ini..

Mungkinlah dah ada dna profiling sebelum ini, tapi mungkin tak boleh digunakan dari segi undang undang.. dna 3 exhibit tu pun ada, cuma tak boleh guna aje.. ni kerja pusing karpal singh lah.. jadi tak ada nya cerita kenapa tak guna dna sebelum ini..

Bodoh betul siapa yang cakap semua ni kerja umno.. macam lah semua org tu bodoh sangat sampai kena beli dengan umno sampai tak ada org yang nak come clean cakap pasal dia di beli oleh umno.. oh ye, yang ada cakap cuma ahli politik PR sahaja yang akal tak seberapa tu.. siapa boleh percaya pada mereka ini.. tak kan tak ada hakim, doktor dll yang mempunyai akal dan etika yang tinggi ni senyap saja kalau di beli oleh umno.. pikirlah sendiri..

sasha2020 said...

anwar takut beri DNA sebab beberapa faktor :

1) Dia sudah pasti akan disahkan sebagai lelaki "Y"...dia yg tonyoh orang, dia lebih tahu.

2) Afifah anak Azmin. betul ke anak dia atau anak Anwar. Kalau DNA anwar serasi dgn Afifah, maknanya Anwar lah bapanya...Ini yg paling ditakuti oleh Anwar..

Powered by Blogger.