Mar 18, 2011

HADI AWANG & MUHYIDDIN SEPAKAT DESAK ANWAR SERAH DNA??





Serangan bertubi2 beberapa masyarakat yang berhimpun secara aman di beberapa buah Negeri pula di Dewan Rakyat yang juga menyeru Anwar bertenang dan memberi sampel DNA tersebut dengan hati yang lebih terbuka. Ini penting kerana ianya sebagai bukti samada Anwar benar2 bersalah ataupun terlepas dari hukuman yang ditetapkan. Kedengaran desakan melalui usul beberapa Ahli Parlimen yang bukan sahaja kedengaran dari kalangan BN, malah teriakan tersebut turut di sahut oleh beberapa Ahli Parlimen Bebas. PKR dan DAP kelihatan semakin serabut dan tertekan dengan asakan tersebut lebih selesa berada di luar perkarangan Dewan Rakyat. Ini termasuklah beberapa Ahli Parlimen PAS Pro Erdogan yang turut bertindak keluar malah secara sukarela membuat Sidang Akhbar bagi mendesak Datuk Seri Najib menghentikan serta merta campurtangan dari pihak Kerajaan mengenai kes tersebut. Persoalannya, ke manakah menghilangnya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang? Ahli Parlimen Marang ini telahpun menyusun 1 Pertemuan beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memberi kata sepakat desakan penyerahan DNA oleh Ketua Pembangkang tersebut.




Sejak bermulanya Sidang Dewan lagi, beberapa Ahli Parlimen berjawatan tinggi di dalam PKR seperti Saifuddin Nasution, Fuziah Salleh dan yang lain akan meracau setiap kali tidak menemui kelibat Hadi Awang selepas tamat tempoh bersidang. Apabila ditanya, ramai di kalangan staf Parlimen Malaysia yang mengatakan beliau kini berada di luar Negeri dan ada pula yang memberi alasan atas urusan kerja sebelum menghadapi Pemilihan PAS pada bulan Jun ini.

PKR dilihat lebih panik dan menggelupur Hadi Awang acap kali menemui Menteri Di Jabatan Perdana Mneteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Apakah pertemuan ini ada kaitan dengan kedegilan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk menyerahkan sampel DNA? Hadi Awang dikatakan sedang memberi 1 keputusan Berani Mati melalui Perbincangan bersama Timbalan Presiden UMNO itu agar asakan dari suara NGO dipermantapkan agar Anwar semakin tertekan lalu menyerahkan sampel DNA beliau.

Agak musykil apabila terdapat beberapa Ahli Parlimen PAS yang sebelum ini menjulang Anwar sebagai Pemimpin No. 1 tidak lagi membela beliau. Beberapa MP PAS hanya memberi jawapan yang hampir senada dengan mengatakan PAS tidak akan sama sekali mencapuri urusan Mahkamah waimah apa jua Kes yang sedang dibicarakan termasuklah Kes Anwar.

Ini telah menyebabkan Mahfuz Omar, Iskandar Samad dan Khalid Samad terpaksa mengadakan Sidang Akhbar khas di Parlimen bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim. Tanpa memikir panjang seolah2 telah mencapai kuasa mutlak dalam PAS, Mahfuz Omar mendakwa PAS tekad akan sentiasa menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi fitnah kejam ini. Di saat hampir kesemua Ahli Parlimen PAS tidak campurtangan, Mahfuz Omar pula bercakap sebaliknya apabila beliau akan memastikan PAS turut serta dalam misi yang dirancang oleh pihak2 PAS Pro Erdogan.


3 comments:

Sudir said...

Aku rasa lah.. Anwar dah kehabisan DNA untuk dibagi..

Anonymous said...

tak lawak pun..

Anonymous said...

mmg lawak..kehabisan sbb asyik duk pancut kt bontot je..kakakaka..

Powered by Blogger.