Mar 1, 2011

HADI AWANG AKUI UMNO MASIH DIPERLUKAN!!





Modal utama pembangkang kalau mereka tahu sukar menang pilihan raya adalah tuduh BN guna segala kemudahan kerajaan, media dan tekan mereka daripada berkempen. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu pun guna alasan sama ketika ditanya kemungkinan orang Melayu sudah tidak terima parti itu hingga calon mereka kalah di Galas dan Tenang.




Bagi Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pula, kerajaan tidak menekan parti pembangkang termasuk menyekat mereka berkempen dalam mana-mana pilihan raya sama umum atau kecil.

“Mereka kempen lama... dah buat road show keliling Malaysia, sms, tabur risalah dan macam-macam kempen. Kalau rakyat tak sokong mereka, bukan kita yang tekan tetapi rakyat tolak sebab rakyat tak terima kempen mereka. Mereka tanding nak menang. Mereka letak calon kerana anggap ada harapan tetapi jelas rakyat semakin menolak pembangkang,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan ke FELDA Jengka 25 dalam kawasan DUN Kerdau, Ahad.

Ditanya sebab PAS meletakkan calon yang tewas pada pilihan raya lalu dan tidak mencalonkan Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Najib berpendapat, PAS membuat banyak perkiraan sebelum memutuskan perkara itu.

“Mereka ada perkiraan. Dia (Tuan Ibrahim) dah kalah dua kali. Berat bagi dia lagipun PAS nak letak dia pada hirarki tertinggi parti, sebab itu mereka letak calon bukan heavyweight (Hasanuddin Salim), katannya.

Namun katanya, BN tidak pandang rendah keupayaan dan serangan parti lawan sebaliknya mahu jentera parti meningkatkan usaha bagi memastikan kemenangan dengan majoriti lebih besar.

Beliau juga percaya peneroka FELDA akan terus memberi sokongan kepada kerajaan dan BN walaupun kumpulan itu jadi sasaran utama kempen pembangkang setiap kali pilihan raya.

“Mudah-mudahan peneroka FELDA menyokong kuat BN sebab mereka sedar siapa banyak berjasa dan berbudi pada mereka. Mereka tahu bahawa kawasan mereka yang hendak dimajukan bergantung kepada kerajaan dan FELDA,” ujarnya.


Laporan Bernama

0 comments:

Powered by Blogger.