Mar 8, 2011

GABUNGAN TERANCANG PARTI KITA & DAP??





Melayu CinDia baru sahaja dihubungi rakan karib mengenai kepincangan Pakatan. DAP kini telah bersiap sedia pada bila2 masa untuk meninggalkan Gabungan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar. Parti ini tidak lagi mampu berkongsi kekuatan mereka dengan 2 buah parti yang kian rebah dengan kekalahan yang amat kritikal. DAP kini sedan merancang untuk menunggu saat dan ketika memberi kejutan besar buat Anwar. 1 perjumpaan telah diatur di sebuah Hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang melibatkan Pengasas Parti KITA dan beberapa Pemimpin kanan DAP. Dikatakan beberapa Ahli Parlimen Bebas yang meninggalkan PKR juga akan turut serta dalam perjumpaan tersebut.





DAP telah berjaya menunjukkan gerak kerja yang mantap dan padu dalam memastikan Pakatan terus kukuh di persada politik tanah air. Akan tetapi, beberapa pemimpin DAP semakin muak dengan kemelut, pergelutan, caca merba dan politik angin kus kus yang dimainkan PKR dan PAS sehingga menyebabkan kedua2 parti ini semakin lemah. Lebih membingungkan, kejayaan BN merampas peti undi2 Cina dalam PRK DUN Tenang, Kerdau dan Merlimau membuktikan masyarakat Cina sudah semakin hilang keyakinan terhadap kepimpinan Anwar.

Malah beberapa Pemimpin DAP peringkat Negeri telah bertindak memboikot program2 yang dianjurkan PAS mahupun DAP kerana sikap kedua2 parti yang semakin biol dalam menggerakkan perang saraf politik.

Zaid Ibrahim akan membawa DAP bersama2 Parti KITA untuk menghadapi PRU 13. DAP melihat Zaid Ibrahim lebih serasi bersama DAP kerana prinsip perjuangan beliau yang jelas mempertahankan Sekular, amalan politik Liberal dan menentang perjuangan ekstrim Islam.

Perjumpaan tertutup ini adalah sebagai mukadimah atau pembuka selera dalam mengatur strategi bagi sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan. DAP sebuah parti yang 'handal'. Parti ini sentiasa bersatu bergerak seiringan dalam memastikan impian untuk merampas kuasa politik mencapai kejayaan. Semoga berjaya DAP dan Parti KITA.

2 comments:

sejahtera39 said...

atas apa KITA detkompromi dengan DAP!
Parti yang hapir 90% melayu sepatutnya duduk dibawah satu bumbung UMNOBN demi survival ketuanan Melayu dibumi Malaysia ini...
dap adalah racun kepada kerhamornian hidup muhibbah di Malaysia ini...
pakatan sebegini tidak akan dapat bertahan lama kerana masing2 ada kepentingan diri...
tengok dap/pkr/pas...kemana hala tujuan mereka... kabur...

ajai62 said...

Assalam Bro

Demi kuasa Zahid ni sanggup buat apa saja. Nak jadi Presiden dah jadi Presiden KITA. Lepas ni nak jadi Perdana Menteri Malaysia pula. Kalau duduk bawah UMNO takan dapat jadi Presiden Malaysia pertama sebab tu sanggup jalin hubungan mesra dengan komunis DAP. Perangai lebih kurang Bob Lokmanlah kononnya masuk PAS nak menganut Islam rupanya nak jadi politikus PAS yang tak bijak.

Powered by Blogger.