Mar 3, 2011

DUNIA TIDAK PERLUKAN PAS UNTUK KUATKAN ISLAM!!





Untuk memenangi hati orang ramai bukan mudah, tetapi siapa sangka, calon BN di DUN Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad hanya menggunakan pendekatan ringkas, iaitu berjumpa dan terus berjumpa dengan pengundi. Sambil memberitahu masih ada yang belum ditemui dalam kempen setakat hari keempat semalam, beliau yang lebih dikenali dengan panggilan "Syed Ibra" menjelaskan: "Kita perlu bergerak lebih banyak walaupun kadang-kadang dah ada di tempat itu yang kita dah jumpa, kita kena ulang lagi." Menurutnya juga, dengan pendekatan itu, semua orang yang ditemuinya "tiada masalah" dan tiada yang mengelak kedatangannya - reaksi balas yang didakwa menyenangkan hati.




"Alhamdulllah, (saya) tak ada letak tangan atas dahi (tanda susah hati), tak ada. (Saya) tidur lena aman sejak mula lagi," katanya sambil ketawa kecil. Dalam pilihan raya kecil DUN itu 6 Mac ini, beliau akan ditentang calon PAS Hassanuddin Salim yang merupakan bekas kontraktor untuk projek berskala besar. Syed Azman memberitahu terdapat juga pengundi yang bergurau dan sudah memanggilnya "YB", seolah-oleh sudah memenangi pilihan raya kecil itu.

"Ini biasalah, mereka bergurau. Tetapi kita tak bolehlah mempermudahkan sokongan mereka itu," tegasnya lagi yang mengaku mendapat "sokongan kuat" dalam keadaan "badan sihat".

"Saya tengok dari hari mula penamaan calon lagi, masyarakat turun begitu ramai memberikan sokongan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang mengetuai (perarakan). Itu sebagai bukti mereka menyokong," katanya.

Diminta mengulas kempen lawannya Hassanuddin, beliau berkata, masing-masing mempunya cara tersendiri bagi mendekati pengundi. Bagaimanapun, tambahnya, dengan "kebijaksaan strategi BN", beliau yakin DUN Kerdau akan tetap dipertahankannya.


7 comments:

Jeffry said...

BN = MAJORITI 4000 >:D

Ostat Janggoat said...

posting anda tidak betul. sangat2 tidak tepat. dunia masih memerlukan PAS untuk dibuat perbandingan antara org2 yg suka menyalahgunakan agama dgn yg mengamalkan agama. tanpa PAS, raja2 fatwa bertopeng sukar utk kelihatan. harap dapat dipertbetulkan kenyataan anda tersebut.
Sekian, terima kasih.

tabligh said...

Salam,

Memang umat Islam tidak memerlukan mereka tapi kita memerlukan mereka dalam bidang da'wah dan sepatut mereka berada pada jalan itu.

Di negara Mesir jugak ada pembangkang tapi mereka tidak tahu apakah peranan mereka sebagai pembangkang.Rakyat Mesir tidak berupa masih ditakuk lama.

Kebangkitan rakyat Mesir adalah kerana PERUT yang didominasi oleh golongan belia yang tiada kena mengena dengan politik.

Sila baca postings terbaru saya:
http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/03/rakyat-mesir-telah-faham-makna.html

Anonymous said...

Tuan,
Tajuk tuan memang tepat.
PAS tidak dikenali pun didunia luar. Parti politik yang memperalatkan agama untuk mendapat undi melayu dan sanggup biar Islam dipermainkan oleh kafir DAP kerana hendak mendapatkan undi.

Biar PAS hanyut.
Tapi jangan biarkan Islam dipermainkan.
Tugas setiap umat Islam dan Melayu Islam.
Selemah-lemah iman adalah mereka yang tidak menyokong pada kemungkaran dan jika berkuasa gunakan tangan (gunakan kuasa anda semasa mengundi).

Anonymous said...

Umno jer yg tak perlukan PAS..tp rakyat perlukan PAS kuat utk mengimbangai kuasa serakah umno sendiri...

Anonymous said...

Sory la anon2 diatas..statement hang x betol..
Mmg betol kita perlukan pembangkang tapi bukan pembangkang mcm PAS....
PAS dah sesat dan menyimpang,dah ramai pemimpin PAS cakap Negara Islam dah x relevan lagi...
Kita mahukan pembangkang yg sama2 yg membantu rakyat dan pada masa yg sama mengkritik kerajaan jika ada kesalahan...
Bukan dgn cari mencaci dan menabur fitnah dgn alasan demokrasi.
Dah cukup PAS memepergunakan agama demi survival politik mereka...jadi aku sarankan agar PAS dibubarkan dan ahlinya berenti jadi ahli politik.

Anonymous said...

Sayed konon, aku tengok macam mamak aje. Tak habis-habis kena tipu lagilah nampaknya orang Melayu ni....

Powered by Blogger.