Mar 19, 2011

DR. HASAN ALI SOKONG UMNO BAHAGIAN GOMBAK?





 


KITA AKAN PERTAHANKAN KEUTUHAN MASYARAKAT MELAYU UMNO DAN PAS DI GOMBAK. Itu pandangan ADUN Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali ketika diminta mengulas mengenai GAMBAR SKANDAL Ketua UMNO Bahagian Gombak bersama seorang Wanita dalam keadaan yang memalukan.

Soalan ini ditujukan oleh salah seorang wartawan Portal Pro Pembangkang. Hasan Ali mendakwa beliau yakin kepimpinan UMNO Bahagian Gombak tidak akan menganggap pembongkaran GAMBAR SKANDAL Ketuanya itu sebagai penghalang buat kedua2 belah pihak UMNO dan PAS di DUN Gombak Setia untuk terus bersatu membantu membangunkan kawasan2 DUN tersebut.

Menurut kenyataan Portal Pembangkang ini, ADUN Gombak Setia, Datuk Hasan Ali mempunyai hubungan yang baik dengan Pemimpin2 UMNO Bahagian Gombak. Malah Exco Kerajaan Negeri Selangor ini juga sempat memberi semangat kepada rakan2 sahabat beliau dari UMNO Bahagian Gombak terutamanya Timbalan Ketua UMNO Bahagian agar memangku jawatan tersebut.

Beliau juga amat bersetuju dengan kata sepakat dan tekad daripada Jawatankuasa UMNO Bahagian yang akan memastikan Ketua UMNO Bahagian Gombak meletakkan jawatan serta merta.

Sebelum ini Hasan Ali pernah dipanggil pihak Jawatankuasa PAS Pusat melalui Majlis Syura kerana terdapat kemusykilan mengenai hubungan rapat Hasan Ali dengan beberapa pemimpin UMNO Bahagian Gombak.

Beliau juga dikatakan seringkali bertemu dan berbincang secara tertutup dengan menghantar beberapa jawatankuasa UMNO Bahagian Gombak.

Hasan Ali berkata kerjasama pembangunan ini telah bernaung di bawah Persatuan Penduduk yang kebetulan dianggotai beberapa pemimpin Kedua2 pihak.

Beliau tidak nampak sebarang permasalahan dengan kerjasama UMNO-PAS hanyalah mahu berkongsi idea dalam memberi pembangunan yang lebih efisyen dan tersusun agar dapat dinikmati rakyat di kawasan DUN Gombak Setia.



7 comments:

PRETTY FLAIR said...
This comment has been removed by the author.
enoon said...

iya ke bang.. kalo betul bagusla.. teringin sangat nak tengok pas-umno bersatu..

sepangguh said...

Terimakasih tuan kerana telah link blog anginlautchinaselatan.blogspot.com

blog tuan telah dilinkkan ke blog tersebut.... tkasih

Anonymous said...

bro tak tau cerita ker blog budak hanief ditangkap hari nih cuba bro siasat masa ni lah kita nak hemtam bloggers pro pembangkang nih...sila lihat sini http://amenoworld.blogspot.com/2011/03/panas-blogger-haniefblogspotcom-kena.html

zahari1950 said...

Kerana Dr Hssan Ali tahu bahawa tidak ada ulama' dalam UMNO akan keluarkan fatwa bahawa pemimpin yang melakukan zina atau khalwat diampunkan oleh Allah. Yang salah tetap salah tak kira pemimpinke atau rakyat biasa kerana semuanya manusia.

Anonymous said...

kalau la PAS dan PR punya gambar macam tuh, aku rasa dah lama kiamat malaya nih...


ala...umno selangor tersungkur pun sebab pemimpin mrk sendiri yg sombong dan angkuh...jgn salahkan org!

Anonymous said...

tabik spring betul aku dgn Hassan Ali ni...kalau la semua pemimpin negara ni mcm die...aman agaknya...bersatu hati membangunkan negara walaupon berlainan agenda politik...

Powered by Blogger.