Mar 19, 2011

DAP SIBU DESAK BUANG PKR, TERIMA GABUNGAN PARTI KITA??





ANWAR IBRAHIM dan PKR menerima tamparan hebat pada hari ini setelah mendengar pengumuman pembubaran DUN Sarawak apabila salah 1 parti Pembangkang yang terkuat di Sarawak iaitu DAP telah mencadangkan Parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim mengetuai Jentera Pilihan Raya Negeri tersebut mewakili Malaysia. Desakan di peringkat akar umbi DAP Sarawak ini pernah memberi juga tamparan hebat kepada Jawatankuasa DAP Sarawak. Suara akar umbi DAP Sarawak ini dikatakan kian sampai kemuncak apabila salah seorang Jawatankuasa DAP Negeri turut menyokong Zaid Ibrahim dan Parti KITA untuk bersama2 mengadakan kerjasama dengan DAP Sarawak bagi mengekal dan menambah kerusi DUN sedia ada. Malah dikatakan Parti SNAP juga akan menyertai Kerjasama tersebut jika ianya menjadi realiti.




Apabila ditanya mengenai kemungkinan berlakunya bantahan daripada PKR Pusat, salah seorang wakil Jawatankuasa DAP Negeri tidak akan melayan sebarang bantahan tersebut kerana PKR sememangnya bongkak seolah2 merupakan parti yang paling kuat, walhal sebenarnya hanya berjuang demi kepentingan politik individu. Malah, PKR jugalah yang telah membawa budaya cantas mencantas sesama Pemimpin sehingga berlakunya masalah dalaman yang memberi kesan terhadap kekuatan jentera. Agak malu dan tergugat apabila DAP seringkali menggunakan strategi Politik Cantas Mencantas di dalam BN Sarawak, akhirnya berlaku pula di dalam Pakatan Sarawak. Malah ianya dijangka bertambah teruk di bawah Pimpinan Baru Bian.

Beberapa Jawatankuasa DAP Bintulu juga menyokong usaha kerjasama terbabit. Malah mereka akan memulakan kempen Undi Protes terhadap PKR jika DAP Negeri terus menerima PKR. Ada di antara AJK DAP Bintulu terlepas kata menganggap usaha Anwar untuk menggabungkan kesemua Parti Pembangkang bukan sahaja tidak menjadi, malah Anwar juga telah mencipta musuh2 baru di dalam Gabungan ini. Mereka mengingatkan DAP Pusat agar tidak menjadi pengecut kerana membiarkan Anwar terus melakukan penyelewengan wang peruntukan PKR Sarawak melalui bantuan Baru Bian.

Setakat hari ini, DAP Negeri Sarawak dan Pusat tidak lagi membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai Gabungan Baru 3 PARTI iaitu DAP, SNAP dan Parti KITA. Manakala SNAP ada mengkhabarkan bahawa wakil Presiden KITA mengalu2 kan sebarang kerjasama parti pembangkang melainkan Parti PKR. Malah, Parti KITA akan menawarkan Pemimpin2 DAP bagi mengetuai jentera baru Pembangkang jika ianya benar2 berlaku.

Zaid Ibrahim sebelum ini mendapat pencalonan tertinggi dari Cabang2 PKR di Negeri ini. Namun, keputusan yang diterima amat mencurigakan setelah sampai ke tangan Baru Bian. Mereka beranggapan Undian secara terbuka di dalam Pemilihan Parti adalah sekadar publisiti murahan parti tersebut akan tetapi lebih banyak penyelewengan Wang yang berlaku.

Jika inilah yang berlaku di dalam PKR, memang benarlah pandangan Melayu CinDia. Bayangkanlah Pembangkang yang tidak pernah menguasai Sarawak sudah bijak dalam politik sebegini, apatah lagi apabila telah menguasai Kerajaan? Jangan kita mudah menyalahkan sebuah Parti Komponen yang berpengalaman lebih dari 50 tahun mentadbir Sarawak dan Negeri

2 comments:

mnorkembalak said...

Satu tamparan yang teramat dahsyat kepada pemimpin PKR dan seluruh ahli nya bagaikan halilintar membelah angkasa, Ini permulaan detik detik hitam yang akan mereka lalui..lebih dari itu no komen..!

Anonymous said...

BETUL KER?

ATAU ENGKO SENDIRI YG TAKUT BAYANG2 SENDIRI!!!

Powered by Blogger.