Mar 18, 2011

DAP SARAWAK KATA BARU BIAN PENDATANG HARAM!!






PAKATAN SARAWAK hari ini menerima tamparan hebat apabila salah satu parti gabungan iaitu DAP Sarawak membantah pengumuman beberapa Pemimpin PKR Sarawak yang akan mencalonkan Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri bagi Negeri tersebut. Ini kerana DAP Sarawak mengatakan ramai lagi pemimpin lain yang lebih layak diangkat sebagai calon jawatan tertinggi di dalam Kerajaan. DAP Sarawak juga mempertikai kesetiaan Baru Bian terhadap PKR dan Pakatan Sarawak kerana agenda perjuangan beliau dilihat bersifat peribadi semata2. DAP Sarawak memberi amaran kepada Diktator PKR, Anwar Ibrahim agar tidak mengeluarkan 1 keputusan tanpa merujuk kepada parti2 pembangkang yang lain terutamanya dari pihak DAP sendiri yang ternyata mencapai rekod terbaik berbanding parti2 pembangkang yang lain.





BARU BIAN yang dijangka akan mengetuai jentera PKR bagi Pilihan Raya DUN tersebut juga dikatakan semakin bongkak dan tidak pernah mengambil pandangan Pemimpin2 DAP Negeri yang jauh lebih berpengalaman dalam membuat sebarang keputusan berkenaan strategi Pilihan Raya.

Sikap angkuh Baru Bian dikatakan semakin kritikal apabila beliau cuba merampas kuota bagi kerusi DUN DAP yang dipertandingkan bagi memastikan PKR mendapat jumlah kuota kerusi tertinggi. Beberapa Pemimpin DAP Sarawak sudah hilang kawalan dengan tindakan tersebut malah tidak teragak2 akan terus meletakkan calon dan rela berhadapan dengan PKR walaupun mendapat bantahan dari pihak Pemimpin2 Pakatan Pusat.

DAP Sarawak telah mencipta rekod terbaik di dalam Pembangkang apabila telah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kuching dan menambah 1 lagi kerusi Parlimen di Sibu menewaskan BN. DAP juga untuk rekod telah memonopi kerusi Pembangkang di DUN Sarawak bagi tempoh 4 penggal berturut2. Ini sudah membuktikan bahawa PKR tidak sewajarnya meminggirkan malah meletakkan mana2 Pemimpin DAP Negeri bagi mengepalai Pakatan Bumi Kenyalang.


1 comments:

Anonymous said...

apa aku kisah wakakakkakakka

Powered by Blogger.