Mar 6, 2011

CONFIRM!! - TUAN IBRAHIM ROMPAK WANG PAJAKAN FELDA!!





Melayu CinDia tertarik dengan penjelasan yang diberikan dari blogger sahabat Wangsa Maju, iaitu GELOMBANG WANGSA MAJU mengenai perihal penyelewengan tanah pajakan FELDA yang dilakukan oleh bekas Calon PAS DUN Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man. Ternyata Naib Presiden PAS ini cuba berdolak dalik dalam menerangkan hal sebenar rompakan wang dengan menggunakan penipuan besar terhadap pajakan tersebut berjumlah RM 30 RIBU. Ikuti penjelasan dan analisa khas dari Blogger Gelombang Wangsa Maju.





GWM melihat isu ini sebenarnya sangat mudah, tetapi menjadi lebih kelam kelibut dengan pembohongan media Harakahdaily, TVPAS dan Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri. Sebelum melangkah jauh, hanya tiga (3) fakta dan persoalan yang GWM kemukakan.

1) Geran Tanah FELDA tidak boleh dijual dan dipindahmilik melainkan ada hubungan persaudaraan.

2) Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka Adnan Yaakob adalah orang pertama akan mengetahui mengenainya.

3) Bukti Perjanjian Pinjaman Bercagar yang ditunjukkan oleh Ibrahim bin Osman.


FAKTA PERTAMA DAN KEDUA


GWM terpaksa akui niat murni Tuan Ibrahim perlu dipandang tinggi, sukar mencari pemimpin ikhlas sebegini.

Namun apabila beliau mengaku tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim bin Osman ... beliau adalah pembohong besar!

Hilang rasa hormat GWM pada Tuan Ibrahim Tuan Man! Memang begitukah perangai dan sikap pemimpin PAS. Bukti pertama ini diambil dari blogger Pisau.Net. Anda lihat dan nilaikan dengan sedalam dalamnya.

Bagaimana Tuan Ibrahim Tuan Man boleh membeli tanah tersebut dari Encik Mahmud bin A Rahman sedangkan geran Tanah FELDA tidak boleh dijual dan dipindahmilik melainkan ada hubungan persaudaraan.

Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka Adnan Yaakob adalah orang pertama akan mengetahui mengenainya.

Mengapa Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini.


FAKTA KETIGA

Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain melalui syarikatnya Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd ... pinjam duit sahaja.

Baik ... teliti dan nilai perjanjian pinjaman cagaran dan klip video TV hamPAS dengan sebaik mungkin. Dimanakah cacat celanya!


1) Lihat foto yang ditunjukkan dalam Harakahdaily, perjanjian cagaran di antara siapa.

2) Foto yang ditunjukkan hanyalah cebisan (sekerat), tidak ditunjukkan muka hadapan perjanjian tersebut. Perjanjian di antara siapa.

3) Perjanjian cagaran antara Ibrahim Osman dan MARA hanya dua (2) mukasurat. Sejak bila wujud pinjaman bercagar dari MARA hanya berbekalkan dua mukasurat.

4) Harakahdaily dan TV PAS sepatutnya menunjukkan dengan jelas bukti pinjaman bercagar tersebut.

5) Mengapa TV PAS hanya menunjukan imej kabur dan jauh bukti pinjaman bercagar atau dokumen pemilikan oleh Ibrahim Osman dari Encik Mahmud bin A Rahman.

Lihat gambar2 dan Video di bawah ini.





Kerana itulah hanya dua mukasurat yang ditunjukkan. GWM lampirkan link bagaimana bentuk pinjaman bercagar MARA dan syarat syarat pinjaman sepatutnya dilihat.

http://www.pmn.gov.my/selangor/borang%20pembiayaan.pdf


Dokumen yang diperlukan untuk cagaran bagi pinjaman MARA adalah seperti berikut:

1) Salinan perjanjian jual beli yang berkaitan dan geran tanah yang dicadangkan sebagai cagaran.

2) Dokumen membuktikan pemilikan ke atas cagaran yang dicadangkan.


3) Laporan penilaian yang berkaitan.

Apakah yang ditunjukkan oleh media Harakahdaily dan TV PAS dengan sejelas jelasnya membuktikan perkara perkara di atas? Jangan terpedaya dengan pembohongan parti PAS, media Harakahdaily, TV PAS dan Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri. Setakat menunjukkan bukti sekerat sekerat, dokumen apakah itu? Siapakah yang berbohong sebenarnya ... UMNO, Utusan Malaysia dan bloggers pro kerajaan atau ... Parti PAS, media PAS dan pencacai pencacai bloggers parti PAS?


4 comments:

Anonymous said...

bukan kah Tuan Ibrahim dah buat penjelasan bhw dia hanya meminjamkan wang kpd org lain yg nak beli tanah felda tuh!!!

tapi kenapa umno terus ligat fitnah beliau...aku yakin beliau yg tinggi akhlak dan agama tdk tergamak berbuat demikian berbanding dgn pemimpin UMNO..aku org Bandar Pusat Jengka tahu sgt dgn Tuan Ibrahim ni...rumah dia simple jer!!!

sudah2 la.pemmpin umno usahkan rompak wang rakyat, malah jd spt hosni mubarak mlaysia pun ada!!!

sgray said...

Sorang lagi dajal PAS yang dah dibutakan hatinya oleh Allah,Apa dah jadi dengan ko Anon[10:40 AM]..dah tak tahu yang betul dengan yang salah lagi.

Inilah hasil dari tarbiah Pengemis Ala Siam kepada anak2 kambing nya.Kerajaan beri tanah pada rakyat dia lak jadi Penyamun.
Mengemis dengan tabung buloh akhirnya jadi modal jadi 'Along'...dia semakin kaya ,anak2 kambing bertambah naghal...kah2!!


Siapa agak2nya yang merompak wang dan harta orang MELAYU...

Anonymous said...

Ini lah yg diajar oleh umnoapco kpd pencacai mereka..mrk dapat bertahan dengan fitnah demi fitnah...tapi sampai bila mrk dpt bertahan hanya masa yg menentukan...

pasal Tuan Ibrahim bg wang pinjam kpd org yg nak beli tanah engko bising gila...

tapi Ling lion sik dan Chan kong choy tipu PM/Melayu atau Cina MCA tipu Melayu UMNO bilion RM duit rakyat engko sengeh jer....babi betul umno!!!

bodoh rupanya umno...MCA tipu dia hidup2....

Anonymous said...

anon1 1232pm dan dll: Kes tu dah jadi kes mahkahmah biar ajelah diselesaikan oleh mahkamah.. kalau betul maka haruslah ada tindakan kepada mereka, tapi kalau terlepas sebab ada teknikal error ke, apa boleh buat.. anwar pun cuba cari benda benda macam ni nak lepas.. kalau tidak jadi kes mahkamah lainlah..

Janganlah ingat kan orang yang nampak alim tak buat benda benda macam ni.. Contoh terdekat, anwar ibrahim, masa jadi TPM, punya nampak alim, tapi rupanya bapak segala kejahatan.. mana dia dapat duit banyak banyak tu.. lepas tu peliwat pulak..kalau sorang mungkin kerja umno.. tapi ramai, macamana tak nak percaya..

Powered by Blogger.