Mar 14, 2011

CHUA SOI LEK CUBA MEN 'DAP' KAN MCA!!





CHUA SOI LEK!! Presiden dari sebuah parti dari MCA yang acap kali memberi kenyataan yang mencetuskan kontroversi. Apa masalah beliau sebenarnya? Beliau Presiden MCA yang pertama dilihat terlalu kerap membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian BN. Yang terbaru berkenaan Kitab Injil Bible dengan percetakan terjemahan dihantar ke Malaysia melalui Kapal disekat terlebih dahulu bagi mengenalpasti isi kandungannya tidak bercanggah dari yang asal. Pun dikritik beliau. Katanya seolah2 menghina Agama Kristian. Adakah apa yang beliau suarakan benar2 mewakili suara MCA sebenarnya?




Percanggahan beliau dalam mendesak Kerajaan disusuli pula dengan teriakan DAP. Adakah beliau cuba hendak memberitahu kesemua masyarakat Cina bahawa beliau seorang jaguh Cina di Malaysia? Tak perlulah sehingga membuat kenyataan yang bercanggah. Anda seorang Presiden dari sebuah parti BN. Berjumpalah dengan PM. Hendak diajar, atau memang tidak tahu caranya? Atau Soi Lek tersalah jalan bertemu dengan Lim Kit Siang sebelum membuat kenyataan rasmi?

Jika dilihat melalui statistik dari mana2 sumber sekalipun termasuklah Merdeka Center, peratusan Masyarakat Cina menyokong Datuk Seri Najib lebih tinggi dari Chua Soi Lek. Adakah itu penyebab utama beliau membuat tindakan2 sedemikian? Cemburu butakah?

Walaupun seorang Presiden, Melayu CinDia lebih kagum dengan gaya kepimpinan Timbalan beliau, Dato' Sri Liow Tiong Lai yang lebih berjiwa Malaysia dan sentiasa memastikan semangat perpaduan kaum di Negara ini diperkukuhkan. Beliau juga dilihat menjulang prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Negara yang telah terbukti menghasilkan kejayaan setiap kaum di Bumi Bertuah ini.

Begitu juga dengan Naib Presidennya, Ng Yen Yen. Gaya penampilan yang sederhana. Pergaulannya dengan kesemua bangsa serta seringkali berkongsi rasa simpati terhadap kesusahan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan Agama. Melayu CinDia melihatnya sendiri ketika PRK DUN Galas dan ianya terbukti apabila kesemua peti undi Cina di Galas kembali ke genggaman BN.

Minta tolonglah Chua Soi Lek. Jika benar kamu merasakan perjuangan kamu ini bukan di hati MCA, keluarlah bersama DAP. Kerana suara kamu itu membunuh politik MCA. MCA telah menangguhkan pemilihan tahun ini sebagai Persediaan PRU13. Melayu CinDia menasihatkan MCA agar hentikanlah semua permainan politik dalaman. Pilihlah pemimpin kamu yang benar2 mendengar hasrat rakyat dan menyanjung serta mempertahankan kedaulatan Negara kita. Kerana itulah kunci yang dipegang oleh kita sejak sekian lama sehingga menghasilkan sebuah Negara yang dikagumi dunia.





9 comments:

Orang Panggau said...

kurang lebih sama dengan DAP... yg bahaya takut diaorg ni pakat2..

Laksamana Bentan said...

Salam,

Mutakhir ni...sememangnya didapati trend kaum china telah bersatu berpegang kepada satu kepercayaan iaitu "Perlembagaan Persekutuan" tidak lagi relevan digunapakai.

Mereka berada di dalam parti yg berlainan, agama yg berlainan, tetapi hakikatnya mereka bersatu ke arah menukar Perlembagaan Perskutuan mengikut acuan Perlembagaan Malaysian Malaysia yang dicipta DAP.

walluhua'lam.

ssiti123 said...

Turunkan saja dia ni dalam pemilihan akan datang.Ada lagi Pemimpin Cina yang berwibawa dan berjiwa Malaysia lebih layak dr dia..menyayangi semua bangsa di negara ini dan mencintai keamanan.Dia mgkn cuba menjadi agen DAP..bg pihak MCA.

inshyirah76 said...

Chua soi lek jika dibiarkan akan semakin melamau..pastikan dia tidak mendapat tempat di pemilihan akan datang..semakin hari semakin banyak isu kontroversi yang di timbulkan ..lg2 mengguris perasaan orang Melayu.

Anonymous said...

Dia ni trojan horse je, dia lebih dekat kepada Mr. Y, jadi dia sekarang dalam attack mode ke arah BN.

Anonymous said...

mmg dia ni trojan horse dap dalam BN.sbb tulah sengaja tangguh EGM.mmg dah tau dia ni bkn benar2 berjuang untuk parti,tp lebih kepada politik peribadi.selagi dia pegang MCA,mmg susah nak dpat sokongan kaum cina.

Anonymous said...

Aku dah banyak kali kata...MCA. Gerakan dan Mic tak boleh percaya...tak ada beza dgn Dap. Pendekatan je lain. Dap dari luar...Mca, Gerakan dan Mic dari dalam. Zaman Tun M dulu dia org bukan main lagi bila buat statement..penuh berhemah...sekarang...dah mula tidak peduli kat Melayu....UMNO...! HATI-HATI!

Anonymous said...

Relax lah bro.. bagi lah chance kat Chua Soi Lek ni.. tu cara dia.. kalau dilihat skrg ni, sejak presiden mca yang dulu dulu lagi, memang bn dah tak dapat sokongan cina kat bandar pun.. kalau besok undi tentu kawasan bn cina kalah punya.. jadi kenalah buat kenyataan kenyataan yang bold walaupun nampak tak selari dengan bn supaya dapat perhatian kaum lain.. kalau dia tak cakap pun , org lain akan cakap..

Undi kaum lain tak kan ke bn kalau dok cerita pasal hak melayu dsbnya walaupun terdapat dalam perlembagaan.. samalah jugak macam isu pariah tu, walaupun betul dari keturunan pariah, tapi tak nak di panggil dengan nama tu..

Kena jujur dengan diri sendiri.. nampak macam ada peningkatan dari kaum cina yang mengundi bn di bawah pimpinan CSL.. Samalah macam umno, kalau berpecah, org pun bosan.. dalam mca ni nampak macam kurang kontroversi dalaman.. rasanya itulah sebab AGM MCA ditangguhkan supaya tidak ada perpecahan dalam MCA nak rebut kuasa dll..

Jangan jadi macam tsu kon dan gerakan di penang sudah.. satu undi pun tak dapat sebab dipandang lemah dibawah pak lah..

Anonymous said...

Sejak Chua Soi Lek jadi Presiden MCA,tidak ada Bahasa Malaysia dipamerkan di mesyuarat atau majlis MCA semua tulisan cina dan english saja.
Cara Chua Soi Lek dan pengikutnya menunjukan anti Melayu mereka.
Sedih kalau pemimpin UMNO tak nampak kebiadapan Soi Lek ni.

Powered by Blogger.