Mar 2, 2011

CALON PAS KERDAU PENDATANG HARAM!!





Jika semalam kecoh mengenai calon PAS DUN Merlimau bukan salah seorang pengundi di DUN Merlimau, tidak kurang juga hebatnya di DUN Kerdau. Calon PAS DUN Kerdau telah dibongkar bukan salah seorang pengundi di DUN tersebut. Memang sah Kerdau dan Merlimau akan terus terbiar dan disisihkan terus oleh PAS. Sudahlah Kerajaan Negeri di Pahang dan Melaka di bawah BN, diberi pula kepada calon luar.




Tanyalah pengundi2 di Kuantan, apa perubahan yang dilaksanakan oleh YB. Fuziah Salleh? Hanya menjadi pencacai Anwar untuk mengejar jawatan politik semata2. Tiada sebarang perubahan, malah Kerajaan BN Pahang jugalah yang membangunkan Bandar tersebut. Fikirlah sejenak sebelum anda ditipu dengan omong2 kosong Pakatan.

Walhal juka difikirkan semula, Tuan Ibrahim sebenarnya sanggup mengimport calon luar walhal beliau sendiri boleh bertanding di kawasan DUN tersebut. Tetapi dek kerana takut dengan karier politik beliau bakal musnah jika tewas di DUN ini, sanggup pula dibiarkan calon luar ini dibunuh dan memakan diri apabila tewas kelak.

9 comments:

Anonymous said...

Nasib baik lah Fauziah Salleh menang kat Perlimen Kuantan..ada gak MP org melayu jaga bandar yg majoriti org Melayu...

nak harap UMNO renti kan la...Parlimen Kuantan pun serah kat Cina MCA....kan bangang namanya tuh!!!

buta ker?

Anonymous said...

aku org kuantan, MP Kuantan mana ada jg kawasan dier. sama lh dgn ex-MP Kuantan yg lama tu (Ketua PKR Phg)

dier melayu harus rasa malu cz xreti buat kerja.muka pn mcm minah tapir je...

Anonymous said...

org umno memang suka mengutuk org lain..apatah lg jika pemimpin terpilih di kawasan Kuantan tu bukan dr umno...sebab projek dan kontrak mrk dah kantoi lah!!!
sebab tu mrk marah kat org melayu sendiri walaupun dr pembangkang!!!

ingat umno = ingat duit!!!

Anonymous said...

Mana ada org UMNO atau org PAS.. Kita semua orang Melayu.. Ingat "org UMNO" yang comment kat blog blog ni semua ada dapat projek ke.. mungkin satu sen pun tak dapat.. janganlah pikir kan projek dan duit aje.. pikirkan lah apa akan terjadi kepada bangsa melayu akan datang kalau melayu hilang kuasa.. nak harapkan siapa nak jaga kebajikan anak anak melayu kita nanti.. Tak payah tengok jauh jauh..

Rasanya kalau tak ada asrama penuh dan sebagainya, apa dah jadi pada anak melayu sekarang.. kenyataannya memang banyak anak melayu yang berjaya sekarang ni memang dari asrama penuh dan sebagainya.. alhamdullilah mereka ni kebanyak kan nya tahu berterima kasih dengan kerajaan BN dan masih menyokong BN.. Masalahnya ramai yang tak terlibat dalam politik sama ada sibuk dengan kerjaya mereka atau tidak dibenarkan berpolitik kerana berkhidmat dengan kerajaan..

Cuba tengok kat IPTA IPTA Malaysia tu.. Berapa ramai anak melayu kat situ.. Ramai dari kaum lain.. Kenapa macam tu.. Adakah melayu lebih pandai dari kaum lain.. Rasanya tidak, sebab kalau tengok dalam result exam, kaum lain yang lebih cermerlang.. Jadi kenapa macam tu.. Sebab hak melayu di jaga oleh kerajaan BN lah tu.. Diadakan syarat minima untuk masuk uni.. Kalau satu hari nanti, benda ni semua tak de.. Apakah nasib anak anak melayu kita.. Dah bersediakah untuk compete dengan kaum lain..

Tapi, sedih juga, ramai yang kat IPTA IPTA ni tak sedar benda benda ni, terutamanya yang datang dari sekolah sekolah kerajaan yang bukan berasrama penuh /sekolah pondok agama.. Tak keterlaluan juga rasanya jika dikatakan kebanyakkan budak budak ni tak lah sepandai mana pun.. masuk uni ni pun sebab dianya bangsa melayu.. Tak caya cuba tengok yang anti gomen ni.. kebanyakan nya budak budak sastera atau budak course sains yang bukan pilihan utama..

Jadi, jangan lah ingat kan projek gomen aje. Ingatlah masa depan anak anak kita..

Tak tahu macam mana nak bagi kesedaran lagi pada bangsa ku..

Pensyarah
UM.

Anonymous said...

pensyarah UM 4:16

oh!pensyarah rupenya!!!

macam ni kah pandangan kritis serorg pensyarah? patutlah ramai pensyarah/prof kangkung skang....

gini lah en pensyarah,

saya melayu, pun belajar 2 IPTA...

saya bukan ahli mana2 parti politik dan tak sokong mana2 parti politik..tapi sy mengundi!

mslhnya bukan org melayu benci pd UMNO...tp org melayu, terutma yg dah celik benci dgn perangai pemimpin umno yg mementingkan diri sendiri, bersifat melampau pd lawan, politik sehala, kenaikan barang, pemimpn rasuah, salhguna kuasa, dll

bukan nak berjuang utk menaikmartabatkan melayu, tapi melayu hya jd alat mereka utk mengecapi kemewahan sendiri...

lihat lah disekeliling! byk bukti!!

itu saja!!!

Anonymous said...

Apa kurangnya dengan pemimpin melayu PR seperti PAS dan PKR.. Jadi mana yang lebih baik.. Yang dah gerenti boleh jaga kepentingan bangsa atau yang tak pasti.. dahlah tu kalau tengok skrg pemimpin PR yang mana rasanya ada tokoh atau layak memimpin negara.. Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Khalid, Nik Aziz, dll.. Semua hancus.. Rasanya LKS and Karpal yang paling layak dalam pack PR ni.. Jadi pikirlah sendiri..

Anonymous said...

Apa kurangnya PM umno Malaysia pulak kalau nak kira kredibiliti...

kedua2 bekas PM (mahathir/pak lah) sendiri asyik kena tipu jer...yg menipu mrk semua tu, menteri2 kabinet1 sendiri dlm isu PKFZ...mcm tu ada kredibiliti ker jd PM Malaysia?

jd, kebinet2 PM ni penuh dengan penipu, perompak, dan lanun2 mengebas duit rakyat bilion2....

itu tak masuk kroni2 masing2...


amacam?...ada kredibiliti ke PM dan menteri malaysia skrg memanjang jer kena tipu kat menteri sendri? kalu PM sendiri sanggup menteri tu tipu, apatah lg la rakyat ni!!!

lu jwb lah sendiri!!!!


ha...ha...ha....

Anonymous said...

Kepada Anonymous 4:57

Cara Sdr menulis tak ada gaya org belajar 2 University. Rendah mentaliti dan nampaklah Sdr kurang bijak, kalau benar pun Sdr lepasan universiti, saya pasti Sdr dari golongan pelajar bawahan dari nilai grednya. Pemikiran sempit dan berhujah tanpa substance.

Apa masalahnya dengan kepimpinan negara yang ada hari ini? Ini bukan soal UMNO atau pun bukan. Ini soal individu. Bukan tiada pemimpin UMNO yg berhemah bahkan tak kurang juga pemimpin PAS, PKR dan DAP yang bersikap lebih dahsyat.

Bukan perkara sesempit itu yang perlu kita selami. Jauh lebih dari itu. Setakat hari ini, hanya UMNO yang mampu mempertahankan kepentingan dan keutuhan orang Melayu dan ugama Islam. Saya tak kata PAS tidak berjuang ke arah itu namun dalam Pakatan Rakyat PAS berada pada ranking ketiga, sebuah parti pengikut bukan parti yang menguasai dalam barisan pakatannya. Ini berbeza dengan UMNO yang menjadi parti yang mengepalai kumpulannya.

Saya setuju dengan hujah-hujah Pensyarah UM tentang kualiti pelajar masakini serta peluang kaum Melayu yang disediakan Kerajaan sekarang. Apalagi yang kita rungutkan? Kita patut bersyukur dengan usaha-usaha Kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Saya berpeluang melihat keadaan di negara maju (developed countries) juga di negara membangun (developing countries). Saya bandingkan dengan negara kita. Memanglah ada beberapa perkara kita ketinggalan dan tak kurang juga kita jauh lebih baik dalam beberapa sudut. Tapi, secara keseluruhannya, Malaysia dibawah kepimpinan hari ini jauh lebuh baik.

Semuanya Kerajaan sediakan, bantu dan yang paling utama bagaimana bertolak ansurnya Kerajaan, demi memajukan bangsa Melayu. Sekolah dengan prasarana terbaik disediakan. Keputusan taklah semolek mana, dapat masuk universiti, duit tak ada bagi pinjaman, hutang tak bayar, Kerajaan masih beri muka, termasuklah 2 IPTA yang Sdr masuk tu.

Harga barang naik, jadi masalah?? Kalau benarlah Sdr lulusan 2 IPTA, saya sedih dengan cara pemikiran Sdr, bagaimana Sdr tak mampu melihat perkara ini secara bijaksana? 40 tahun dahulu, saya beli aiskrim dengan harga 5 sen, belanja sekolah 20 sen, masih boleh menabung. Kenaikan harga barang adalah perkara biasa mengikut peredaran masa, populasi dunia semakin meningkat, permintaan meningkat, sumber makin berkurang, maka tercetuslah kenaikan harga barang. Pun begitu berbillion ringgit Kerajaan subsidi semata-mata untuk mengurangkan beban orangramai. Harus juga diingat, 40 tahun dulu harga getah cuma 65 sen se kg. Hari ini berapa pula harganya? Yang ini Sdr tak sentuh dan ulas pula?

Saya sarankan Sdr dapat menambahkan lagi pengetahuan Sdr menjadi lebih bijak, bila berhujah nanti dapatlah berhujah dengan lebih baik dan ilmiah. Barulah setaraf kualiti lepasan 2 universiti.

Semoga bertemu lagi

oh malaysiaku said...

kemana-mana blog saya pergi kebanyakan penyokong2 PR terutama PAS lebih banyak 'meracau' dari berhujah secara ilmiah dan fakta.

tak ada kelebihan yg dapat mereka tonjolkan bila berhujah mengikut emosi dan rasa benci. bila dijawab, selalu berdolak-dalih dan memutar-belit fakta dan sentiasa cuba lari dari menerima kenyataan. mengapa agaknya mereka jadi begitu ya?

Powered by Blogger.