Mar 7, 2011

CALON PAS KEMPEN JOM MASUK UMNO!!





“Bukan sekali tetapi berulang-ulang,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin bila menjelaskan makna trend kekalahan PAS dalam beberapa pilihanraya kecil sejak akhir-akhir ini. Kata Timbalan Perdana Menteri itu, kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Merlimau dan Kerdau adalah kejayaan cemerlang bagi BN dan menjadi isyarat jelas bahawa pengundi kini menolak perjuangan PAS.




“Kemenangan ini signifikan (kepada BN) kerana apa yang diperjuangkan PAS ditolak rakyat termasuk buku jingga, konsep negara Islam dan tohmahan yang dilemparkan,” katanya dalam sidang media di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau sebentar tadi.

Katanya undi BN di kawasan Melayu cukup memberansangkan manakala undi kaum India menggalakkan manakala undi kaum Cina ada peningkatan walaupun tidak besar. Di Merlimau BN memperoleh 5962 undi manakala PAS 2319 undi dengan undi majoriti 3643 undi. Manakala di Kerdau BN mendahului dengan undi majoriti. 2727. BN memperoleh 5060 manakala PAS 2336 undi.

Ia merupakan aliran kemenangan BN dalam lima pilihan raya kecil setakat ini. BN telah memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi serta kerusi DUN Galas dan DUN Tenang sebelum ini. Dengan kemenangan ini, BN telah memenangi lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum pada 2008. Tiga lagi kemenangannya ialah di Bagan Pinang, Batang Ai dan Hulu Selangor.

Trend kemenangan itu membuktikan BN semakin mendapat sokongan rakyat selepas tsunami politik pada 2008 yang mengakibatkan BN kehilangan empat negeri dan majoriti dua pertiga di Parlimen. Menurut Muhyiddin, kemenangan cemerlang BN ini juga merupakan satu pengesahan kepada dasar-dasar kerajaan, ekonomi dan sosial di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beberapa isu yang diketengahkan dapat dijelaskan kepada pengundi antaranya isu ekonomi, kenaikan harga barang dan juga soal pendidikan diterima baik. Ditanya kemenangan ini akan membawa kepada pilihan raya umum ke-13, Muhyiddin berkata walaupun kemenangan PRK ini menggalakkan tetapi ia boleh dikembangkan dan disebar-luaskan.

" Walaupun kemenangan PRK ini satu keputusan cemerlang tetapi tidak menggambarkan senario nasional secara keseluruhan," katanya sambil menambah BN perlu mengukuhkan insiatif dan mesej yang difahami kepada pengundi di seluruh negara. Beliau berkata "wallahhualam" ketika ditanya bila tarikh pilihan raya umum akan datang. "Pilihan raya umum akan dihadapi apabila jentera-jentera parti bekerja dengan lebih keras dan fokus serta tidak berbangkit masalah parti di peringkat bahagian untuk hasil yang kita capai membanggakan," katanya. Muhyiddin berkata kemenangan BN ini menggambarkan sokongan masyarakat Melayu dan masyarakat India yang amat baik.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada parti komponen MIC, PPP (Parti Progresif Penduduk) dan Makkal Sakthi kerana peratusan (keluar mengundi) dan sokongan kepada BN," katanya. Ditanya kemenangan itu juga berasaskan faktor calon muda yang diketengahkan oleh BN, beliau berkata itu juga merupakan satu faktor tetapi yang jelas ialah calon mesti berwibawa, bersih dan boleh menang.

Sementara itu, Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau amat berpuashati dengan tugas yang dijalankan oleh jentera Wanita BN ini dan merakamkan setinggi penghargaan jentera wanita yang menjadi tulang belakang kepada kemenangan di Merlimau dan Kerdau.

"Wanita BN melalui jentera Jalinan Rakyat BN telah berkempen dengan penuh disiplin, berhemah dan berkomitmen tinggi sekaligus mampu membawa kemenangan," kata beliau.


7 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

TAHNIAH BRO,
KO DENGAN KAWAN KAWAN PUN BERTUNGKUS LUMUS BANTU MENANGKAN CALON KITA.
AKU SETAKAT DARI JAUH JER..
ALLAH MELIHAT USAHA BAIK KORANG TU SEBAGAI SATU IBADAH, INSYAALLAH.

Gelombang Rakyat said...

SAMA2 BRO..

Kemenangan ini atas usaha kita semua... HIDUP UMNO... HIDUP BN

Anonymous said...

Bob Lokman penyumbang besar kekalahan PAS.

ajai62 said...

Assalam Bro

Tahniah Bro atas jasa-jasa Bro di PRK tu. ALLAH swt akan membalas jua jasa Bro. Kenapa tak ada ucapan terimakasih dari TPM pada MCA dan Gerakan ya. Tertanya-tanya juga, mungkin peratusan undi orang cina yang masih memihak pada pembangkang kot. Nak masuk juga mereka ke syurga Nik Aziz. Bagus macam tu biar dia sedar orang cina pun tak sokong depa.

Anonymous said...

Tuan,
Perjuangan PAS hanya b ertopengkan agama semata-mata. Sepatutnya dari dulu langi semua orang melayu menolah parti PAS. Tetapi kerana kebijakan mereka menggunakan pentas ceramah dapat menarik penyokong. Semoga orang Islam tidak lagi terkeliru dengan slogan-slogan PAS. Tak usah lagi bersubahat dengan PAS yang memperalatkan Islam untuk kepentingan parti. Bersamalah pertahankan Islam tapi bukan parti PAS.

OrangMelaka said...

Salam Bro,

Pada pendapat saya selagi pas berkempen bawak masuk kit sing ngan anak dia dalam mana2 kg.. selagi tu pas tak boleh menang sebab bukan semua orang pas dalam kampung atau felda suka tengok muka komunis tu..

Anonymous said...

Insyallah BN akan menang PRU 13 nanti.. Ini bukan sebab BN dah menang piliharaya kat kerdau, merlimau dan tenang.. Ini semua memang asalnya kawasan BN, jadi tak heranlah kalau BN menang..

Faktor yang boleh menyebabkan BN menang mungkin datangnya dari dalam BN sendiri, lebih dari kelemahan pembangkang.. Pada PRU 2008, memang ada krisis pimpinan dalam BN..

Masa tu Pak Lah nampak tak boleh hendak memimpin BN.. Pak Lah lurus sangat.. Semua di ianya sahaja..Masa tu lah orag melayu sendiri risau akan kepimpinan Pak Lah dan nasib org melayu, org bukan melayu punya suka masa tu.. baik dari dalam BN atau pembangkang.. Nasib baik perkara ini dapat diatasi.. Bukan nak salahkan Pak Lah 100 peratus..

Ini mungkin juga berlaku sebab Pak Lah jadi PM lepas Mahathir.. Nak tak nak org semua kena akui yang Mahathir memang lah seorang pepimpin ulong negara walaupun terdapat juga kelemahannya.. mana ada pemimpin yang 100 peratus betul macam nik ajis tu..

Ini juga mungkin berlaku kerana KJ.. Masa tu org umno pun tak sokong KJ.. Ini bukan nak jatuhkan KJ, tapi ini lah persepsi melayu yang tak ada involve dalam politik..


Sekarang ni Najib lebin tegas dan tak ada nonsense dalam pentadbirannya.. Harap ini dapat diteruskan.. Cuma satu sahaja, harap Rosmah dapat kawal diri sikit, janganlah nak menonjol sangat, jadilah macam Siti Hasmah.. Walaupun berilmu (ingat lah bahawa dia merupakan salah sorang perempuan melayu yang buat medicine pada zaman kita belum dilahirkan lagi, masa tu mana ada ramai anak melayu terutamanya perempuan yang buat medicine ni), dia sentiasa merendah diri, lemah lembut dan tak pernah nampak dia lebih nak menonjol dari DrM..
Janganlah nanti Najib Jatuh Sebab Rosmah..

Ikhlas

Powered by Blogger.