Mar 4, 2011

CALON PAS DUN KERDAU DAPAT RESTU PIHAK ISTANA??





Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said hari ini membuat laporan polis mendakwa PAS menggunakan logo kerajaan negeri dan Istana Pahang serta lambang parti pembangkang lain dalam kempen pada pilihan raya kecil Kerdau. Beliau amat kesal dengan PAS menggunakan carta kerajaan negeri dan lambang Istana Pahang pada poster-poster mereka dengan sewenang-wenangnya, MP Kuala Krau telahpun membuat laporan di Balai Polis Kerdau. Apa yang dilakukan PAS seolah2 berlagak sombong kononnya beliau direstui Kerajaan Negeri dan pihak Istana. Beliau turut mendakwa hanya dua calon sahaja berhak menggunakan lambang parti mereka pada pilihan raya kecil itu iaitu PAS dan BN. Tiada tertera nama Pakatan Rakyat bukan sahaja dalam Penamaan Calon Parti, malah nama tersebut tidak berdaftar di dalam SPR. Pilihan raya kecil itu melibatkan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS Hassanuddin Salim.


2 comments:

Anonymous said...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti Majlis Agama Islam, Mufti, Kadhi, JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

Anonymous said...

Harap semua dapat ikuti saranan diatas.

Nak komen pasal poster diatas... Kalau ikut protokol / kepentingan, sekali lagi kita lihat lambang DAP still number satu ditengah.. Cuma kali ni lambang PAS dapat nombor dua sebelah kanan DAP.. PKR number 3sebelah kiri DAP.. PAS dan PKR sentiasa berubah ubah.. DAP still sama, number satu ditengah.. Cuba compare dengan lambang PR pada baju diaorg.. Apakah makna semua ini..

Org protokol
SUK Selangor

Powered by Blogger.