Mar 16, 2011

BERAKHIRNYA KISAH CINTA NAJIB DAN ANWAR!!





ANWAR VS NAJIB!! DNA menjadi pertaruhan agenda politik Negara. Pelik. Anwar menggunakan senjata ini semula bagi menutup kesalahan sendiri. Apa yang digeruni sangat Anwar dengan Perdana Menteri Malaysia ini? Datuk Seri Najib tidak pernah menyentuh perihal kes liwat Anwar? Lupakah Anwar bahawa kes Altantulya ini telah sekian lama selesai? Apa yang Anwar begitu khuatir sangat untuk menyerahkan DNA?




Jika benar Anwar tidak bersalah, tidak perlu takut dan gundah gulana. Beri sahaja pada pihak Mahkamah. Kamu sendiri mengatakan ianya fitnah bagi menjatuhkan karier politik kamu. Kenapa perlu takut jika benar beliau di pihak yang benar? Tindakan Anwar ini sebenarnya lebih meyakinkan rakyat terhadap persepsi Ketua Pembangkang ini terhadap kes yang dihadapi beliau.

Anwar menggunakan Altantulya pula sebagai benteng pertahanan sendiri. Anwar, gambar Perdana Menteri bersama Altantulya yang kononnya ada di tangan kamu tidak ditayangkan kepada umum sehingga hari ini. Mana gambar tersebut? Yang ada hanyalah gambar Anwar bersama Saiful Bukhari. Anwar telah buktikan kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa beliau sememangnya bersalah dalam kes ini.


2 comments:

Anonymous said...

betul jugak ye... mana gambar najib dengan althantuya.. tunggu apa lagi anwar.. ni lah masanya nak tunjuk gambar tu.. kalau tak tunjuk, tanda tak de lah.. semuanya di bahu anwar sekarang.. samada serah DNA atau tunjuk gambar tu.. orang dah bosan dengan cakap kosong aje.. kami org pas, termasuk hadi, pun tak faham kenapa anwar liat sangat dalam hal ni..

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t

Saya org UMNO & Sokong UMNO....

Saya mula membaca dunia blog sedari tahun 2008... kemudian setahun selepas itu saya tinggalkan mengikuti perkembangan politik dalam blog selama lebih kurang 2 tahun (sebab sibuk) sewaktu saya menymbung pengajian saya...

Tahun 2011 Januari... Saya buka balik beberapa laman blog ...

Sya sgt terkejut apabila melihat banyak blogger yang dahulu sgt bagus dalam penulisan (penuh dgn fakta)tetapi sekarang HANYA tinggal tanda tanya... Banyak fakta yang diolah tidak mempunyai sember yang tepat... Cuma blog Umi Hafilda sahaja yang setakat ni dlm pro BN yang boleh diberi gred A... Lain2 banyak tiada fakta ...

Ke mana pergi semua tu?

Powered by Blogger.