Mar 16, 2011

AZNIL HAJI NAWAWI MASUK PAS??






Agaknya PAS ini sudah gila mengejar publisiti. Sasaran untuk menggunakan artis sebagai populariti agar parti ini sentiasa mendapat perhatian umum. Mungkin Anwar tidak lagi releven bagi PAS untuk dijadikan sasaran bagi mempopularkan PAS. Sehinggakan sanggup membatalkan di saat2 akhir Ceramah Anwar anjuran PAS bagi memberi laluan kepada komposer terkenal Bob Lokman. Ini satu kisah seorang Pengacara terkenal yang dikatakan akan menyertai Parti tersebut. AZNIL HAJI NAWAWI. Beliau merupakan individu yang sedang diatur untuk menyertai parti PAS. Penyertaan Pengacara No. 1 Malaysia ini menjadi hangat dalam Ceramah PAS di Batu Gajah baru2 ini.





Bekas Menteri Besar Perak Nizar Muhamad dikatakan akan memujuk Bob Lokman bagi mengatur 1 pertemuan bersama Aznil Haji Nawawi agar dapat memujuk Pengacara Tom-Tom Bak itu menyertai PAS. Ianya merupakan 1 strategi terbaik dalam mendapat seberapa ramai penyokong Aznil untuk turut serta bersama beliau menyertai parti tersebut.

Nizar sepertinya semakin gian untuk mengejar populariti dengan menggunakan Aznil yang diakui masyarakat Malaysia mempunyai 1 kelebihan luar biasa dalam mempengaruhi penonton. Kelebihan itu sangat efektif jika dipraktikkan di dalam PAS.

PAS kata Nizar akan sentiasa memastikan setiap ahlinya dijanjikan syurga kononnya perjuangan parti ini bermati2 an memperjuangkan Islam. Adoi Nizar, apa yang kau merepek ni? Kenapa tidak diajak Datuk Siti Nurhaliza sahaja menyertai UMNO. Dengar kata Ustaz Nasharuddin suka lagu2 Penyanyi No. 1 Negara ini? Orang PAS pun dengar lagu Siti?

Atau Lebih releven lagi jika PAS mempelawa Artis Kontroversi, Azwan Ali. Bukankah beliau kini juga kembali berbaik2 dengan Azmin Ali dan memaki hamun Umi Hafilda Ali kerana menghina adiknya yang juga Pemimpin No. 2 PKR? Habislah semua Pemimpin2 UMNO kena tembak dengan aksi mulut longkang Azwan Ali.

Inilah pendekatan PAS. Sentiasa menggunakan peluang yang ada semata2 untuk menang dalam pilihanraya. Bagus juga strategi itu. Ramai mengatakan artis2 yang akan menyertai PAS akan dicuci dosa2 mereka sehingga menjadi seorang yang bersih dan layak menyebarkan Agama Islam melalui ceramah2 umum. Senang betul hendak menjadi seorang Ustaz. Hanya perlu menyertai PAS. Diberi serban dan jubah. Dibela janggut sehingga benar2 kelihatan berwatakan seorang yang warak. Lalu diberi peluang mengadakan Ceramah Politik PAS.

Bob Lokman sewajarnya bercampur sekali dengan PKR dan DAP yang bersekongkol dengan PAS. Baru tahu sejauhmana 'sucinya' perjuangan Parti pimpinan Diktator Nik Aziz ini. Kita tunggu apa reaksi Aznil Haji Nawawi apabila mendapat jemputan dari Nizar untuk menyertai PAS.


38 comments:

Anonymous said...

Apa yang heboh sangat Aznil Nawawi masuk PAS biak pi la dekat dia , apa kalau dia masuk PAS semua peminatnya akan masuk PAS ke? Macam Bob Lokman,Saya peminat Cik Gu Normala Tenang , tapi tak semestinya saya sokong PAS , kalau Cik Gu Mala ceramah di sebelah Utara Malaysia pasti saya akan hadzir tapi sokong PAS tidak sekali.

Anonymous said...

BRO,
AKU TAK KISAH SESIAPA NAK MASUK PAS.
TAPI YANG AKU KISAH IALAH KENAPA PEMUDA DAN PUTERI KITA TAK PI TACKLE ORANG. TAK KIRALAH ARTIS KE, AHLI SUKAN KE..

POLITIK NI SENI UNDI. KALAU KITA BIAR ORANG KEMPEN KITA MASUK PAS MAKNANYA KITA RELAKAN ORANG UNTUK MASUK KELOMPOK PENJUAL AGAMA..

pakngah santan said...

sebab tu islam di malaysia sekarang dah tunggang terbalik. masuk pas baru kira islam. janji nak dapat undi. tak kira siapa pun, pas balun saja asalkan ada untung politik.

sejahtera39 said...

Tuan Hj Azni Nawawi adalah seorang yang berpendidikan tinggi.. dia bijak memilih mana batu yang mana intan...

dia tidak akan terpengaruh dengan helah puak2 pas ni...

dia ada skill seni yang tersendiri..

puak2 pas ni jangan haraplah nak pujuk Aznil menyertai mereka... orang bodoh macam Boblukman aje yang kemaruk MENGANUt pas...

Anonymous said...

kiter dok citer keburukan & kelebihan parti lawan... lantak ler PAS nak ajak Aznil atau sesapa pun..

Tapi yg penting sekarang, dimana usaha Pemuda BN, dimana MIC, UMNO, MCA...

adakah BN masih nak menang dgn gunakan jentera kerajaan... masih nak menang dgn bogelkan kelemahan parti lawan... menanglah dgn cara berdiri atas kaki sendiri...

Anonymous said...

Baguslah kalau camtu, bolehlah ramai2 menganut PAS, nanti senang masuk syurga...hehehe

Anonymous said...

Yang pasti kita adalah islam. buat apa nk risau2 ni hal kecik je. biar la mereka buat pilihan. Tapi yang paling takut sekarang.. ekonomi Malaysia dah boleh kat bukan bangsa kita iaitu melayu. Sekiranya PAS, DAP & PKR adakah boleh apa yang kta hajati sperti negara islam yang lain. Adakah ketenangan kita dapat atau lain2 pendapat. iisshh banyak juga kita kena pikirkan ni. Politik boleh mengubah cara kehidupan.

Hahn said...

Nizar lambai kan suka menyanyi merapu tak kira tempat.

Ni mungkin peluang terakhir penderhaka Nizar Lambai untuk menyanyi di radio!

Anonymous said...

confirm tak percaya aku yang aznil akan masuk PAS .... berangan jer depa nie ... jap aku nak gelak wakakakakakakkakakakakakakakakakaakakakakakakakakkakakakaak

Anonymous said...

semua mungkin boleh terjadi .... kerana naluri manusia sama mencari kesempurnaan hidup...

Tapi ramai yang tidak dapat bezakan antara perjalanan ke akhirat dan perjalanan politik...

Ramai silap masuk PAS dianggap satu perjuangan agama... Tapi lupa selama ini UMNO telah berjaya membuktikan Islam itu Indah dan berjuta jiwa dapat beribadat tenang sehingga akhir hayat (macam bapak aku )... tidak timbul UMNO membelakangkan ISLAM....

oh malaysiaku said...

la rupanya yg memegang cop mohor pasport ke'syurga' PAS tu si nizar bekas MB Perak yg meroyan jawatan tu!

sikit lagi mesti diorang bawak penyanyi/penghibur/artis cina pulak masuk PAS utk dapat undi cina. begitu juga dgn kaum india. selepas 3 thn bergabung dlm pakatan haram ni pasti nik aziz telah Islekan mereka.

lantaklah wahai PAS, asal boleh dapat undi, buat jangan tak buat ... 'syurga' utkmu siap menunggu!

Anonymous said...

dari masuk PAS baik masuk yahudi lagi bagus

Anonymous said...

bagitau ke nizar meroyan pelawa la artis sexy masuk pas senang nak masuk syurga seperti fasha tu,baru la isteri2 muslimah bimbang suami2 mereka nak berkawan ngan artis sexy,tapi setakat azwan ali tu semua orang dah tau mulut longkang tu,dulu dia sendiri mengakui masuk kelab malam GAY jadi mmg layak masuk pas leh masuk syurga

Anonymous said...

biarkan dulu ramai artis mungkin nak cari jalan singkat untuk bertaubat dgn masuk PAS kerana dijanjikan syurga, kerana sebelum ini ramai gak artis yg mempunyai masalah akhlak duduk sebumbung, tangkap khalwat, berzina, mabuk, berpakaian menjolok mata jadi mereka merasakan dgn masuk PAS dosa akan bersih(jumpa Nik Aziz),tanpa di sedari bahawa PAS bukan sebuah parti yg benar2 memperjuangkan agama hanya mencari populariti untuk memenangi pilihanraya,silakan mana2 artis yg rasa sebegitu selepas ini anda akan berhadapan dengan hujah2 dari pemerhati politik semasa berhujah megenai Islam

Anonymous said...

SAPE2 NAK MASUK PAS APE YANG KORANG SAKIT HATI..TENAT DAH MELAYU SEKARANG NI..MUSLIM TAK CAMNI..

Anonymous said...

Oleh itu marilah kita adakan program2 keagamaan di surau2 atau masjid dan berkempen mudamudi berjemaah. Agar ada yang sesat akan balik ke pangkal jalan. Barulah perjuangan agama,bangsa dan negara berada dlm landasan yang betul.

ingdabesto said...

Wahai Nizar dan org2 PAS...SYURGA DAN PAHALA itu semua hak Allah s.w.t nak beri.Kalau kau dapat tentukan yang masuk PAS tu masuk SYURGA,maknanya kau mmg dah melampaui batas seorang HAMBA Allah s.w.t. Aku cukup tak suka bila tgk org2 PAS berlagak pandai agama Islam.Jatuh hukum sana sini.Korang nama je parti islam,tapi tak nampak ciri2 islam.Berlagak pandai al-quran.memang pandai....pandai baca je tapi TAK FAHAM!org beriman tak maki hamun,tak hasad dengki,tak riak takbur,tak MEMBOHONG...korang org2 PAS faham tak?Habis org yg korang agung2 dlm PAS tu beriman tak?kalau ada sikap2 ni beriman ke?Insaflah pemimpin2 PAS...jgn gunakan ISLAM utk kepentingan politik.Kalau betul nak menegakkan Islam....syukur Alhamdulillah...tapi aku tak nampak pun....buatlah lillahi ta'ala...tak perlu la korang melampaui batasan sebagai HAMBA Allah s.w.t.

Anonymous said...

Artis yang masuk pas ni sebenarnya ialah artis yang dah tak laku dan dah nak 'menopouse'. dah tak laku dah.. macam bob lokman tu dah sejuk dah.

Anak Watan said...

bro, kau letak widget boleh reply komen-komen kat atas ni. ada yg celaka-celaka ckp biar suka hati nak ajak sapa, yg ni aku nak tibai

dv5266 said...

If my reading is correct, Aznil is no ordinary guy, he is very qualified, intelligent, knowledgeable, spontaneous, sincere and very humble. It is no surprise for him to be with PAS cos he needs that kind of companionship and I believe the time has come for him to realise that the rakyat needs him for all those qualities that he has verily demonstrated.

ridz said...

laaa..... politik niee semakin memeningkan kan laa.... setiap orang pandai berbohong...... tiap2 yg diucap tuu jgn laa tipu....!!!!!!!!!!!!.. x kisah laa siapa mahu masuk parti mane pun... lantak dia laa... bagi kita semua perti politik d malaysia niee ada cacat cela nyee.... ada baik buruk nyee!!!!!!!!!!!!!... tolong fikir2 kan lah..... dosa

Anonymous said...

Aznil masuk PAS.. bagusss kat Malaysia kan ada banyak Parti.. masuk je lah. Tapi bila mengunda berilah pada yang benar berhak. Yang aku risau Jangan ada artis keluar ISLAM dan masuk agama lain. yang tu kita kena heboh dan perbetulkan.

Anonymous said...

bukankah kita sebagai benar-benar muslim kena memilih pemimpin yang betul2 lagi bagus dari kita dr segi Islamnya,peribadi dan sebagainya..tp klau dibandingkan dengan pemimpin umno memang tutup aurat, tapi anak bini rambut tersembol keluar..itu perkara paling basic dalam agama Islam iaitu MENJAGA AURAT..satu lagi suka hati lah aznil nak masuk parti apa..demokrasi xgitu ke..

hanizam said...

kalau tak silap, salah satu slot "macam-macam aznil" masa tahun 2008, aku ada tengok diakhir rancangan, penutupnya sambil buat tagline rancangannya, (ala, lambai-lambai tangan) sempat dia kata

"Jangan lupa tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, undilah BARISAN NASIONAL....."

aku tak yakin dia akan masuk parti sesat tu...

Anonymous said...

Salam,

Saya sokong je mane2 parti yg nk tegakkan Islam. Klu UMNO tu Islam, sy pun sokong.

Tp buat mse ni sudah tentu la Pas yg lebih mirip kpd perjuangan Islam. Cume xbrp berkenan menjemput msuk keadilan dan dap..

Klu beh biar la Pas bergerak sendiri. xperlu jemput diorg. Perjuangan menegakkan Islam mmng sukar dan penuh ranjau. Tiada jln mudah dgn mempelawa parti2 yg menjadi duri dlm daging seperti mereka..

Biarlah xbnyk tp berkualiti. BUkan ke umat akhir zaman seperti buih? Ramai seperti penganut Melayu Islam di Malaysia tp brp ramai yg betul@ beriman... Wallahualam..

Anonymous said...

Aku tak kisah, sapa-sapa nak masuk PAS. Itu pun mungkin ada kebaikan nya bagi mereka sebab kalau Allah tak ampunkan dosa-dosa lama, dia boleh minta ampun dengan anak Allah.

Anonymous said...

Mona Fendi, Rasul Melayu & Ayah Pin, semuanya geng Umno

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang bertungkus-lumus untuk mendapatkan maklumat tentang keahlian Umno Rasul Melayu yang baru-baru ini telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor,(JAIS) di rumahnya dekat Sungai Long, Kajang, Selangor.

Setelah pencarian secara online dilakukan, maka maklumat tentang Rasul Melayu itu telah mengesahkan bahawa dia adalah ahli Umno seperti berikut :

Nama Penuh : ABDUL KAHAR BIN AHMAD
No. Ahli : 00113339
Nombor MyKad : 500427105719
Nombor Kp Lama : 3297747
Negeri : SELANGOR
Bahagian : GOMBAK
Cawangan : KAMPONG KEMESAH
Status : AKTIF
Kategori :*

Jadi, tidak hairahlan jika Rasul Melayu ini baru dikenakan tindakan setelah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa negeri Selangor kerana sebelum ini Selangor dibawah pentadbiran Umno.

Ahli Umno yang mengikut ajaran sesat ini bukanlah asing bagi parti melayu ini.

Jika kita melihat VCD Ayah Pin. Maka kita akan dapat melihat bagaimana ada dikalangan pengikut Ayah Pin adalah ahli Umno dan Barisan Nasional.

Jadi, tidak hairan juga Ayah Pin masih bebas walaupun dia pernah didakwa sewaktu Terengganu dibawah pentadbiran PAS dahulu.

Begitu juga kes Mona Fendi yang telah membunuh bekas Adun Batu Talam dari Umno itu menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara pengamal ajaran sesat itu dengan pemimpin Umno.

Ini belum dicampur lagi dengan kes kumpulan anti hadis yang secara terang-terangan menolak hadis Rasulullah s.a.w.

Kerajaan pimpinan Umno juga telah membenarkan mereka menubuhkan Jemaah Al-Quran Malaysia dan tiada tindakan diambil kerana ketua mereka, Kasim Ahmad adalah ahli Umno.

Pelayar solo, Azhar Mansor yang diragui keIslamannya itu juga sering dilihat di dalam majlis Umno.

image widget

Oleh itu, tidak perlulah laman web Umno memaparkan banner bahawa perjuangan mereka mengikut Al-Quran dan Sunnah jikalau pengikut ajaran sesat dan anti hadis bertapak di dalam parti ini.

Malah, mereka sendiri adalah kumpulan yang paling kuat menentang untuk hukum Allah dilaksanakan dan memberi gambaran yang menakutkan kepada penganut bukan beragama Islam.

Tidak pula saya ketahui surah mana yang menjadi ikutan parti ini jikalau isteri dan anak-anak ramai pemimpin Umno masih tidak dapat menurut perkara asas sebagai seorang wanita muslimah seperti menutup aurat rambut dengan sempurna.

Perdana Mentari dan bekas Perdana Menteri dari Umno juga tanpa rasa bersalah masih lagi meneruskan upacara penyembahan Tugu Negara semasa Hari Pahlwan walaupun perkara itu telah difatwakan haram oleh Mufti-Mufti di beberapa negeri.

Anonymous said...

Who ever nak masuk surga segera masuk lah pas. party sesat tu.

Anonymous said...

Aku rasa PAS lah parti yang mengajak kehancuran umat islam... setakat artikel nak cari kesilapan Umno wt ape bro...Umno x pernah guna ugama nk pancing undi...kalau x kerana Umno x merasa la ko nk guna pc dan buat komen dlm blog hihihi... kalau Pas or seangkatan denganya meneranjui Malaysia sejak sekian lama x mungkin ko akan rase kemodenan,keamanan seperti sekarang...

pemerhati said...

kat sini sy nmpk org komen majoritinya seperti orang yang menyokong umno.

betulkah PAS menjamin bahawa org yg mengundinya akan masuk syurga? apa buktinya?

dari pemerhatian sy, org yg menyokong umno seperti marah kerana PAS mendakwa parti PAS lebih Islam drpd umno. tp ape yg sy lihat mmg apa yg didakwa oleh PAS itu betul atas beberapa faktor. antara faktornya adalah isu aurat.

menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam. dan sy lihat ramai ahli keluarga pemimpin umno masih mendedahkan aurat. bagaimana hendak melaksanakan amalan wajib yg lain jika amalan yg basic ini pun tidak diamalkan.

itu baru isu aurat. belum lg isu arak, perempuan, etc. (sila search gambar panas KJ, anak najib.)

mcm mane nk memimpin rakyat jika ahli keluarga sendiri x dijaga.

atas faktor2 tersebutlah sy berpendapat parti PAS lebih islamic dari umno.

namanya pun dah Parti Islam Se-Malaysia. bukannya united malay national organization.

mestilah dasar2 nya berteraskan Islam.

jika umno itu perfect dr segi amalan Islamnya, maka tiadalah wujudnya parti PAS ini. dan semua melayu akan sokong umno jika umno melaksanakan tugasnya sebagai pembela melayu.

setiap benda yang berlaku mesti ada sebab nya. jika tiada angin, masakan pokok bergoncang.

sy lihat penyokong umno x gemar PAS bekerjasama dgn PKR dan DAP tetapi adakah MCA dan MIC itu parti org melayu?

jika umno adil, mengapa perlu disekat kebebasan media?

http://www.youtube.com/watch?v=2vP2wDVBtvA

(ini adalah pendapat peribadi sy. mungkin ada salah, mungkin ada betul. kalau ada salah, tegurlah. sy budak baru belajar. sekolah menengah je. =) )

pemerhati said...

*(sila search gambar panas KJ, anak najib, etc)

typing error, sorry!~

=alternatif= said...

kalau PEMIMPIN UMNO xmakan rasuah, xberjudi, xberzina, bela rakyat, xkorup, adil, dah lame aq undi umno.

xcakap semua org umno mcm tu tp ramai yg buat mcm tu.

xperlu risau kedudukan org melayu tanpa umno kerana kita masih ada raja dan sultan.

for those yg dengki dgn org melayu, please think it twice.
kalau org dah buat baik, balaslah dgn baik. kalau x...

Anonymous said...

Baguslah kalau azmil nak campur orang berugama politik. Tapi apa yang pencacai ni boleh ketengahkan?

WABILLAH said...

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang. (Al-Israa' 17:97)

Bersyukurlah anda telah dipilih Allah ke jalan yang diredai Allah Kita perlu berhati-hati syaitan tidak akan senang melihat orang yang ingin mendekati Allah ujian dan duga pasti mengikuri dikeliling kita. Banyaklah bersabar, solat Tahajjud, membaca quran bersolawat. Niat segala kerja kita untuk Allah, Ibadat cakap ibadat, menulis ibadat, senyum ibadat. Oleh itu teruskan perjuangan anda untuk jalan yang benar bacalah AlFatihah itulah permintaan kita sebenarnya

matkilau said...

Kalau ia pun Ahli UMNO Seperti Mona fendi, ayah pin ke rasul melayu ke. dia tak guna kan kepenting politik UMNO. PAS memang nak guna kat platform aznil, ehhh tak malu. Tom tom bak kan rancang kanak2 kalau aznil masuk PAS boleh selit sikit apa rancang dia. tactic kotor PAS. Aznil pun org kaya juga apa. jadi boleh minta bantuan keuangan. Aznil join PAS aje. jgn dengar ckp org... kena belajar sendiri, kalau tak kena tak tahu. Kau kasi 6 bulan tengok apa dorang nak, Dorang selit daun ACE aje kau sebat songkok serban dia kau keluar dari party tu.

Anonymous said...

Betapa dangkalnya pemikiran si Anonymous (March 26, 2011 12:00 AM). Inilah jenis manusia yang dikatakan taksub tak bertempat, buta hati dan mata. Terlalu mudah untuk generalise apa yang dilihat sedangkan Allah telah kurniakan akal fikiran untuk dia berfikir. Apakah setiap manusia itu sama? Rambut mungkin sama hitam, hati lain-lain, iman tidak boleh diwarisi, jauh sekali dijualbeli. Apakah dia yakin dengan menfitnah semua ahli umno, dia bakal masuk syurga dgn mudah dan tidak diazab akhirat kelak?. Apakah semudah memangkah PAS, segala dosa kecil dan besar akan terhapus?
Bertaubatlah. Sesungguhnya selagi ada sekelumit perasaan irihati dan hasad dengki, itulah jalan ke neraka. Nauzubillah.

zurinah said...

Saya harap kalau masuk politik janganlah jadikan arena hiburan untuk berpolitik. Biarlah neutral. Tapi saya harap Aznil fikirlah sedalam-dalamnya. Anda orang bijak dan berkarisma. Boleh pastikah masuk syurga kerana PAS? Di manakah keikhlasan sucimu demi mengagungi Allah Yang Maha Kuasa.Yang penting niat yang luhur. Bertafakurlah. Minta petunjuk dari Allah dengan hati yang tenang dan terbuka. Jangan mudah terpengaruh dan dipengaruhi oleh sesiapa saja. Tanya hati kecil yang diberi petunjuk Allah.

Anonymous said...

Komen2 seperti tiada asas ilmu agama Islam... jgn cakap sapa2 pun sesat.. kita pun tak bnyak ilmu, jadi lebih baik diam.. :)

Powered by Blogger.