Mar 29, 2011

AZMIN SAHKAN ARMAND AZHA BAKAL SERTAI PKR??





Berita mengenai Perletakan Jawatan Ketua Wira PERKASA, Saudara Armand Azha Sbu Hanifah telahpun tersebar dan telah mengejutkan hampir kesemua yang mengenai beliau. Tidak kelihatan sebarang petanda yang memperlihatkan krisis dalaman Wira PERKASA dan kekesalan terhadap kepimpinan PERKASA itu sendiri. Agak menghairankan namun kesemua Ahli Wira PERKASA wajar menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Namun begitu, dakwaan beliau tekah dibeli beberapa pihak dari puak Pembangkang ditepis beliau sama sekali sambil masih lagi mempertahankan UMNO sebagai wadah perjuangan. Spekulasi Armand dibeli puak Parti Politik ini berlegar cerita di kalangan masyarakat yang mengenai kepimpinan beliau kerana tindakan Armand yang secara tiba2 meletak jawatan menjadi persoalan ramai pihak dan ada sehinggakan mengatakan ianya tidak releven sama sekali. Kekecohan perletakan Jawatan Armand Azha turut menjadi bulan mulut penyokong2 pembangkang termasuklah beberapa penyokong kuat Azmin di Gombak. Mereka merasakan sudah tiba masanya Armand melakukan perubahan besar dalam are politik tanah air dengan krelibiliti beliau yang sememangnya tidak dinafikan ada karakter kepimpinan yang tersendiri. Namun, adalah lebih baik jika kita lihat sendiri perancngan yang akan dilaksanakan Ketua Penerangan UMNO PJ Selatan selepas ini. Armand dan pimpinan Wira PERKASA sebelum ini lantang menyuarakan pandangan dan kritikan hebat mengenai beberapa isu termasuklah Namewee, Perlembagaan Persekutuan dan yang terakhir sekali Penyerahan DNA Anwar Ibrahim.


3 comments:

Anonymous said...

Saya fikir, org2 seperti Arman inilah yg sepatutnya menjadi pejuang dlm Pemuda UMNO...malah saya lihat beliau lebih berwibawa dari ketua pemuda UMNO sekarang.Pemuda UMNO yg sibuk dgn imej elit,kaya raya & ketuanya yg penuh dgn imej rasuah. Alangkah bagusnya org seperti beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO!

ajai62 said...

Assalam Bro

Dah ketua pemuda pun naik sebab pak mentua arahkan dia dipilih itu sebab sama aje dengan pak mentuanya yang nak menghancurkan Malaysia. Cakap macam bagus aje tapi rupanya tin kosong tak ada isi...

Anonymous said...

saya setuju sangat.R+

Powered by Blogger.