Mar 10, 2011

APABILA BLOGGER GELOMBANG RAKYAT DIBAYAR RM2000 SEBULAN..





Malam tadi Melayu CinDia telah membicarakan mengenai suara sahabat2 blogger Pro Kerajaan mengenai masalah dalaman Unit Media Baru (UMB) yang kian resah dan gelisah akan kebangkitan blogger2 Pro Kerajaan. Ianya bertambah panas apabila seorang yang menggelarkan diri sebagai blogger telah membuat artikel melambung2 UMB dan menghina Blogger2 Pro Kerajaan di akhbar Sinar Harian, Masalah berbangkit termasuklah soal PAS Media, fasiliti dan banyak lagi ditimbulkan. Terkejut Melayu CinDia. Ada 34 komen dipamerkan untuk artikel ini. Pelbagai pandangan, kupasan ,kritikan dan yang lebih dahsyat tuduhan liar kedua2 pihak. Tuduhan apa? WANG aka DUIT. Isu2 lain tiada. Nak tahu juga mengenai PAS Media. Malangnya, tiada pula di komen2 tersebut. Yang lebih dahsyat, bercerita tentang UMB, timbul pula nama WangsaMAJU Blogger's Team melalui komen2 tersebut. Melayu CinDia lah yang kena. Keluar isu Melayu CinDia, blogger Gelombang Rakyat di bayar gaji RM2000 sebulan. Hmm... Alangkah bahagianya jika ianya benar2 berlaku. Kerjaya blogger seperti Melayu CinDia dijadikan sebagai kerjaya tetap dan dibayar dengan gaji tetap setiap bulan. Tidak perlulah terkapai2 pekerjaan di luar sana yang semakin sengit. Namun, apakan daya. Semua itu hanyalah sebuah kisah dongeng ciptaan Manusia semata2. Siapalah yang hendak memberi wang sejumlah RM2000 sebulan kepada Blogger Nyamuk ini?




Dalam komen2 tersebut, tertera nama Datuk Shafei Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Beliau dikatakan individu yang membayar gaji bulanan RM2000 kepada Melayu CinDia. Kalau beliau berkesempatan membaca komen2 ini, mesti tergelak besar. Sebab teringat Melayu CinDia 1 ketika dahulu pernah ada orang tanya beliau, "Datuk, blogger2 Wangsa Maju ni Dato' bagi elaun bulan2 ke? Paling tak tahan dengar jawapan beliau di hadapan Melayu CinDia n the gang, "Elaun? Aku bagi air liur ada la. Hahahahahaha."

Tapi sekurang2 nya Melayu CinDia dan WangsaMAJU Blogger's Team dapatlah juga fasiliti ikhlas dari pihak UMNO Bahagian Wangsa Maju. Kemudahan seorang blogger. Laptop dan broadband. Jika ada Pilihan Raya Kecil, nama kami disenaraikan sekali dalam jentera2 parti yang ditugaskan mewakili BN Wangsa Maju.

Lebih lucu apabila Wangsa Maju Blogger's Team dibandingkan pula dengan UMB, sebuah Unit yang lahir dari salah 1 sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Jauhnya jarak perbezaan tu. Tapi tak mengapalah Kami boleh tumpang glamour.

Wangsa Maju Team Bloggers bukan Unit dari mana2 Pertubuhan pun. Tubuh macam itu sahaja. Tanpa kertas kerja, tanpa modal malah pejabat pun tak ada. Ia ditubuhkan hasil inisiatif kesemua blogger Pro Kerajaan yang menginap di kawasan Wangsa Maju termasuklah Melayu CinDia sendiri. Tidak berdaftar pun, malah bukan di bawah naungan mana2 parti politik. Cuma atas inisiatif menyokong BN, maka kita berjumpa dan meminta sokongan daripada UMNO Wangsa Maju.

Seronok juga dapat komen2 macam ini. Bergaduh. Serang Melayu CinDia lagi seperti hendak menjatuhkan orang Politik berkepentingan. Walhal Melayu CinDia ini rakyat biasa sahaja. Tak ada apa2 jawatan pun. Pemimpin Politik jauh sekali. Melayu CinDia mengeluarkan artikel tersebut sekadar memberi sokongan kepada OTAI2 Blogger yang dihina sebegitu rupa di dalam akhbar Sinar Harian, walhal perjuangan CyberWAR mereka tidak ternilai risikonya. Sudah pasti Melayu CinDia turut dukacita. Mereka ini sumber rujukan dan inspirasi Melayu CinDia dalam menghasilkan sebuah blog yang mantap.

UMNO tetap perjuangan Melayu CinDia. Bukan hanya ketika menyertai dunia blogger, malah sejak dahulu lagi. Biarlah apa sahaja mereka hendak perkatakan mengenai kita. Tidak perlu melatah. Tidak perlu bimbang. Tidak perlu beremosi. Kerana Melayu CinDia di pihak yang benar. Sebenarnya ianya memberi semangat baru kepada Melayu CinDia sendiri. Semangat untuk terus memperkasa penulisan dan isu yang akan membangkitkan semarak Gelombang Rakyat. Semua ini dilakukan demi memperkukuhkan Kerajaan pimpin Barisan Nasional. INSYAALLAH!!


8 comments:

Gerakan Timur said...

woit..!!!

siut ko dapat rm 2 k sebulan. aku nih camna?

Ini tak adil!!! Aku pun nak!!!

hehehehe...

kuchingitam said...

bro,

bukan 5k ke? 2k tu sikit sangat dengan kerja tak tentu masa dan meperjudikan keselamatan diri sendiri.

Ular Menyusur Akar said...

woooOoo, UMA, air liur pun tak dapat.

Anonymous said...

blogger pro kerajaan.. teruskan lah usaha murni ni untuk perjuangan agama, bangsa dan negara.. tapi kalau dapat duit sumbangan pun apa salahnya.. ni pun kira macam journalist jugak.. mana ada free service..

Anonymous said...

Orang marah sbb ko menipu. Dah kaut dari shafiee utk prk, ko tipu Dan masukkan nama ko dalam senarai umb. Ko tipu pasal rumah. Padahal ko tidur satu rumah dgn blogger umb dan tun faisal. Manusia bangsat mcm ko memang mcm babi tak kenal untung. Shafiee sebelum ko kena serang lebih baik ko buang babi ni dari wangsa maju. Nanti ko jugak yg susah bila diaorang serang pemimpin dan menteri umno yg lain.

Anonymous said...

Wenger J Khairy GEMPAR! BERAPI! CILI! PANAS! kah kah tu aje yg dia kenal. mcm peniaga warung kat pasar malam. ttp berlagak mcm Perdana Menteri hhiihii
4 hours

-dari FB KAMI SOKONG SAIFUDDIN ABDULLAH-

P/S-tlg sampaikanpd Gomo

Anonymous said...

Koi tgk bdk2 UMB yg dok back up Tun Faisal nie bodo.. Kite ckp psl UMB, dier gi pusing cite blogger tu dpt duit, blogger nie dpt duit..

Kalo ye pn si Shafie tu nk bg duit kt blogger W.Maju pe salahnye.. Da kate blogger W.Maju, mesti la ketua bhg kne jage.. Tu t/jwb UMNO W.Maju lerr.. maknenye Shafie nie jaga kebajikan jentera2 dier. xkire le blogger ke, peraih undi ke, sape ke, stkt duit blnje gi PRK.. Blnje mkn.. tu je.. xkan bajet tu nk bg kt UMB jugok.. Gile le.. Xde kne mengene..

KOI nie bkn nye blogger tapi care pro Tun Faisal cite ni saloh. lari topik le..

Yg. dok kecoh kt blog nie cite sal UMB... CITE UMB.. ckp sal UMB le.. yg xbg pas media tu yg KOT terkejut.. Xpenoh pule KOI dengo Unit MEDIA xde pas MEDIA.. tue bkn MEDIA lE gamoknye.. bukannye pakai duit byk pun nak buat..

Pe yg KOI paham psl artikel ni dan sebelum nie die bela kumpulan blogger lain.. Cm Gerakan Nti PKR, Media Permatang Pauh, Pisau, Papagomo.. dorg nie lagi lame dlm blog.. pun balon jugok.. mmg ade yg xkene dgn UMB nie..3 tahun da KOI bace blog dorg..

Kalo X, xkan ramai blogger balun.. Hampir sume blogger balon, xde pule yg back up. Mesti la de yg xkne. Xde pulak blog-blog tkenal puji Tun Faisal. KOI tgk komen pro UMB nie pn xde blog.. Anon jer.. Nampak sgt kne aroh dgn tun faisal..

KOI mule-mule ingat UMB nie bg gaji bln-bln kt blogger-blogger nie.. Xbg jugok.. tun faisal tue bukan Exco Pemuda ke? Xkn xcari bajet tuk dorg nie.. bukan baru bukok.. da betahun.. patut le de umno online pulok skrg nie.. pelik jugo UMNO de 2 media..

Blogger-blogger nie update tiap-tiap ari.. de smpai selang 3 jam update.. Mmg keroje je.. Balun pembangkang.. KOI suke bace..

Klo da Unit Media, kone le bg kemudahan media.. nie pas media pn xde.. bukn Unit Media le..

Pro Tun Faisal patutnye jawab psl yg dorg bising nie.. Contoh pas media.. bukan balon dorg blk.. dorg nie buat keje.. wat artikel je memanjang..

KOI tau le KOI da lame bace blog.. memang suke baca blog mereke ni.

Malu je budok UMB nie..


KOI.
Batu Gajoh..

Anonymous said...

AKU BACA ARTIKEL YG. DITULIH B4 TIS:-

"Malah aku sendiri pernah diarahkan keluar pada hari pertama aku menginap di Rumah UMB bersama Blogger Badut Rakyat pada PRK DUN Galas yang lalu.

Pada mulanya aku memang agak kecewa. Tapi apabila diberitahu UMB hanya bertanggungjawab ke atas rakan2 Unit tersebut, AKU SETUJU.

Sebab aku dan blogger badut rakyat PADA KETIKA ITU MEMANG BUKAN BERNAUNG DI BAWAH UMB."


Aku rasa die puji UMB mase part nie. Cam betanggungjawab la utamakan rakan-rakan UMB. Ok la tu der.. Mase tu die kate kat galas die bukan UMB. So, bagus la UMB utamakan kebajikan Blogger UMB mase tue.

Yg bdk-bdk Tun Faisal pun 1, tetibe petik hal duit tu watpe. Kantoi blk kat UMB je der.. Kaitkn pulak dgn duit mamat nie dpt dr wangsa maju gi PRK.. pe la ko ni.

UMNO W.Maju nk bg pn tu t/jwb wangsa maju le.. da kate blogger dr w.maju, mesti la UMNO wangsa maju bg duit minyak keta nk gi PRK. biase la tu. pun. aku tau la UMNO BAHAGIAN TEMPAT AKU pn de la bg skit kat blogger. tu pn dorg yg dtg jumpe minta duit poket skit.Kalo x ktrg xtau. sian gak aku tgk. cam mintak sedekah je.

UMB xleh la lps tgn gitu je.. ungkit duit yg. UMNO2 BAHAGIAN bagi sbb UMB ni UNIT BESAR der.. de peruntukan. UMNO2 BAHAGIAN nie bg sumbgn kecil je. xde dlm bajet pn. dpt lps duit minyak je.. PE PULAK KO NAK BALON UMNO-UMNO BAHAGIAN LAK NI..

Ko patutnye jawab la pasal PAS MEDIA.. artikel mamat ni pun xde pun gebang sgt sal duit.. Aku dgr byk ayat FASILITI.. Meaning FASILITI Media la der.. Byk blog balun sal FASILITI MEDIA. Kalo tu pun UMNO2 BAHAGIAN 1 Malaysia nak bg, baik xpyh de UMB der.

Yg ko lak tiba-tiba petik sal duit. ADOI. Kill Tun Faisal ko ni der. Nie Media UMNO.. Pemuda UMNO lak.. Tipu la der xde duit..

Tol gak.. UNIT MEDIA xde PAS MEDIA.. Klakar gak aku dgr..


FARID
Facebooker

Powered by Blogger.