Mar 13, 2011

ANWAR IKRAR RUSUHAN MESIR BAKAL BERJANGKIT DI MALAYSIA!!





Anwar Ibrahim hari ini berikrar akan memastikan Malaysia bakal menghadapi rusuhan kaum sepertimana yang berlaku di Mesir jika itu merupakan jalan terakhir bagi menumbangkan Kerajaan BN. Anwar memberi alasan kezaliman yang dilakukan Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib tiada bezanya dengan kepimpinan Hosni Mubarak di Mesir yang mengekang kebebasan Media. Anwar juga mengambil contoh Pertuduhan liwat ke atasnya yang dikatakan direke dan dirancang pihak tertentu dalam Kerajaan BN bagi menjatuhkan semula karier politik beliau. Tuduhan Liwat ke atasnya telah memberi tekanan kepada Pembangkang agar tidak melawan Kerajaan sedia ada. Anwar juga memberi jaminan kepada rakyat bahawa Malaysia akan lebih adil di bawah Kerajaan pimpinannya dan mengugut agar BN tidak cuba menghalang usahanya menawan Malaysia. Kenyataan Anwar ini jelas berunsur hasutan ke atas rakyat yang akan memberi impak negatif ke atas Negara di masa datang terutamanya berkenaan masalah keselamatan.


9 comments:

Anonymous said...

gilee ke ape pak nuar ni..da gila kuasa aaaa...org yg gila je bole tpengaruh ngan pak nuar ni..

oh malaysiaku said...

kita tengoklah nanti siapa yg akan merusuh - org Melayu, cina atau india atau lain-lain?

kalau nak berdemo suruh si nuar ni bagi DNA aku sokong, supaya rakyat tau selama ni dia berbohong atau tidak!

dia bolehlah menghuru-harakan negara, kalau tak boleh hidup di Malaysia dia boleh hidup dgn saudara2 yahudinya dimana2, sebab duit menimbun. rakyat yg dah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ni nak pegi mana?

pemimpin bodoh macam ni pun disokong!

Anonymous said...

mari laa cuba ...

Anonymous said...

Nuar ni jenis babuk. Kita bukan sahaja kena desak dia serah darah untuk ujian DNA bahkan jgk mintak dia serah ujian mental dia kalo boleh.

Anonymous said...

Anwar... Anwar bagi keadilan pada ahli PKR dulu sebelum nak menuduh orang lain zalim. Keadilan bukan hanya untuk engkau dan Azmin serta keluarga je.

Anonymous said...

eh, can mana AnuWar kata kepimpinanya ataupun kerajaan dia nanti akan lebih adil. Haprak la AnuWar nie. Bagi la Adil dalam PKR dulu, bagi la Adil dalam PR dulu. Dalam PKR pun lintang pukang, ni nak mentadbir kerajaan sebesar Malaysia nie. Mampus Malaysia nanti. Mintak simpang!.

Awatlah Hakim kata bahan bukti tu tak boleh pakai. Tapi tak pa, nanti Hakim minta keluarkan arahan dia kena bagi juga DNA dia, kalau dia tak bagi Hakim revert balik kata bahan bukti tu boleh pakai balik. Sah2.. kantoi la AnuWar nie.

Kalau orang macam ni boleh lepas nanti, hancus Malaysia. Semua orang tak akan ikut undang2 lagi sebab depa akan refer kepada Hakim kes AnuWar ni.

-artis-

Anonymous said...

Betul ke apa yang GR ni cakap.. kalau inilah yang anwar cakap, maka bodoh sangat lah kenyataan anwar tu.. kenyataan spt ni pun kalau nak laku 10 tahun dulu aje.. dia tak sedar ke populariti dia tu dah menurun, selagi kes dia tu tak settle.. dah lah tu, bukan org lain pulak yang melambat lambat kan kes dia tu.. mana merdeka polls yang dikuasai pembangkang tu.. tak ada nak check ke populariti anwar..

Siapa nak merusuh menentang kerajaan sekarang.. tak sedar ke sokongan melayu dah bertambah ke mana.. nak harap bangsa lain merusuh.. nak ada 13 May lagi lah tu.. Ingat siapa majority dan pegang senapang dalam army tu..

Ini jugaklah kenapa ISA diperlukan.. Harap ISA tak dilupuskan..

Anonymous said...

Cari helah lah tu....nak guna ISA lak...supaya kes dapat ditangguhkan lagi....

Anonymous said...

Rusuhan sudah berjangkit dan bermula di malaysia.. rusuhan suruh anwar serah dna.. teruskan lah rusuhan tersebut sehingga berjaya membuat anwar menyerahkan dna dia.. harap tak jadi macam kat libya, tak nak serah dna dan mula serang perusuh / rebel..

Powered by Blogger.