Mar 26, 2011

AL KITAB... "BAHASA MELAYU KAN BAHASA KEBANGSAAN KITA!!"





Mungkin isu ini sudah lama ditinggalkan dan telahpun mendapat keputusan dari pihak Kerajaan. Namun Melayu CinDia tetap ingin memberi kupasan tentang Kitab ini kerana ianya tetap menjadi topik hangat sesetengah pihak yang dilihat statusnya masih terkeliru. Ada yang pertikai kenapa mesti di dalam Bahasa Melayu? Tidak kurang juga yang mendakwa apa salahnya? Pelbagai pandangan yang jika tidak dikawal, akan memberi kesan terhadap kestabilan dan keharmonian Negara. Persoalan timbul di fikiran Melayu CinDia, adakah mereka yang menentang ini adalah Orang yang berasal dari Sarawak? Yang menyokong pula?




Melayu CinDia ada bertemu dengan rakan2 di Sarawak membincangkan isu ini. Di kalangan rakan2 Melayu CinDia ada yang beragama Kristian dan Islam. Agak bingung juga kerana dikhuatiri isu ini akan menjadi ketegangan di kalangan mereka. Ternyata persepsi itu salah. Mereka sebenarnya agak pelik dengan pertikaian mengenai isu ini.

Isu Injil Bahasa Melayu ini telah lama bertapak di Sarawak. Malah, di kalangan masyarakat Kristian di Negeri ini hampir kesemuanya menggunakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertuturan. Anak2 muda terutamanya sememangnya telah didedahkan dengan pertuturan Bahasa Melayu. Iyalah kan Bahasa Melayu kan Bahasa Kebangsaan. Kitab Bible dalam versi Bahasa Melayu ini sebenarnya sudah lama digunakan di Sarawak. Malah memang versi itu yang digunakan mereka.

Kecuali di kawasan Bandar yang melibatkan Bangsa Cina. Mereka sahaja yang bijak membaca, bertutur dan menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, agak hairan apabila ada di kalangan masyarakat di Semenanjung yang hendak mempertikai isu ini walhal ianya sekian lama digunapakai. Tetapi beliau memahami, di Semenanjung adalah tidak releven Bible versi Melayu disebarkan kerana kesemua Bangsa Melayu di Semenanjung adalah muslim. Oleh itu, tidak perlulah disebarkan Kitab ini di sana. Malah mereka merasakan agak janggal secara tiba2 Al Kitab terpaksa menulis 'Hanya Untuk Agama Kristian Sahaja'. Mereka tahu Al Kitab hanya untuk Kristian dan Al Qur'an pula adalah buat umat Islam. Masing2 hanya perlu menjaga kesucian kitab masing2. Dan ianya telah terbukti setelah sekian lama ditempatkan di Negeri Bumi Kenyalang.

Mereka baru tahu bahawa isu ini agak sensitif di Semenanjung. Mereka berpandangan tidak perlulah menerangkan kepada masyarakat di Sarawak kerana mereka tidak pernah sama sekali mempertikaikannya sejak dahulu lagi. Malah tiada pula Orang Melayu Sarawak mahupun Melanau yang MURTAD disebabkan pengeluaran kitab versi Melayu.

"Mereka yang beragama Kristian di sini walaupun bukan Melayu tetapi menggunakan bahasa ini sebagai pertuturan terutamanya di kalangan generasi Muda. Malah ada yang sampaikan tidak tahu langsung membaca apatah lagi bertutur menggunakan Bahasa Nenek Moyang mereka, Bahasa Inggeris jauh sekali. Bayangkan jika ianya ditukar di dalam Bahasa2 lain, bagaimana mereka hendak membaca kitab tersebut? Jika Orang Islam tak pandai baca Al Qur'an memang kena rotan dengan Ustaz." Kata rakan Kristian Melayu CinDia yang disambut dengan gelak ketawa beberapa Islam dan Kristian yang lain. Melayu CinDia tertelan air liur dan berkata dalam hati, "Kalau di Semenanjung memang kena balun aku kalau cakap macam ni."

Bahasa Melayu itu Bahasa Kebangsaan, diajar dan dididik di sekolah malah mereka yang mempunyai jumlah suku kaum yang paling banyak akan sentiasa bertutur di dalam Bahasa Melayu. Malah, ada di kalangan anak2 muda dari kaum masing2 tidak tahu langsung bertutur di dalam Bahasa Ibunda mereka dek kerana terbiasa menggunakan Bahasa Melayu. Ianya 1 bahasa perantara. Malah dengan keluarga sendiri telah terbiasa menggunakan Bahasa ini. Hanya orang2 tua sahaja masih ada bertutur dalam bahasa Kaum masing2. Itupun jumlahnya semakin mengecil. Cina? Memang Cina di Sarawak yang beragama Kristian menggunakan Kitab versi Inggeris namun jumlah mereka tidak ramai.

Mereka berkata semangat 1Malaysia telah sekian lama digunapakai di Sarawak. Oleh kerana itu, jika pergi ke Sarawak, tiada masalah perkauman yang berlaku sebenarnya. Isu perkauman hanya dilihat sensitif apabila mereka ke Semenanjung Malaysia. Masyarakat di Sarawak tidak menghadapi sebarang percaturan Kaum mahupun isu berkenaan soal Agama kerana kekuatan Adat Resam telah menyatupadukan mereka.

Itulah. Sarawak ini bagi Melayu CinDia perlu dipuji. dan dijadikan Role Model Kerana Bahasa Melayu menjadi Bahasa Penyatuan buat mereka. Mereka amat menghormati dan berbangga menggunakan Bahasa Melayu. Jika dibandingkan dengan Semenanjung, jangan katakan Cina dan India, masyarakat Melayu sendiri tidak dapat menguasai bahasa ini dengan betul.

Bagi Melayu CinDia isu Al Kitab ini mudah sahaja. Keputusan Kerajaan sememangnya tepat. Edarkan sahaja di Sarawak dan pastikan ianya dikawal dengan efektif agar tidak dilaksanakan di Semenanjung. Mereka sempat bertanya kepada Melayu CinDia adakah perkauman di Semenanjung amat kritikal sehinggakan isu bahasa Melayu menjadi peperangan politik? Rakan2 berasa hairan kerana Bahasa Melayu ini dijulang di beberapa Negara luar. Tetapi di Semenanjung sebaliknya pula. Sempat juga Melayu CinDia terangkan isu2 sebegini amat sensitif di Semenanjung.

"Bahasa Melayu Itu di dalam Perlembagaan adalah Bahasa Rasmi Negara. Sayang jika ianya tidak diperluas. Kami julang Bahasa Melayu kerana Bahasa inilah sebenarnya menggambarkan jiwa Bangsa. Bahasa Melayu jugalah yang menyatupadukan kesemua Bangsa. ini yang berlaku di Sarawak. Kami menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia. Kerana identiti kita bukanlah terletak pada bahasa apa yang digunakan di dalam Kitab Injil mahupun Al Qur'an. Namun identiti dan penghormatan itu lahir dari Bangsa, Agama dan Negara."

Ini sekadar Mukaddimah Penyatuan Bangsa di Semenanjung. Perlaksanaan tidak perlu dan yakinlah, INJIL di Semenanjung tetap disebarkan dalam Versi berbahasa Inggeris. Namun bangga melihat mereka bersatu tanpa perlu sarat memikirkah hal perkauman. Kadang2 rasa malu apabila melihat nasib kita di Semenanjung yang tak habis2 dok bercerita tentang kaum masing2. Melayu? Cina? India? Macam tu juga. Yang maju semakin tamak hendak maju. Yang mundur, bertambah mundur. Betullah kenyataan ini sebenarnya "Penyatuan Bangsa dalam sesebuah Negara adalah kunci Kejayaan Sesebuah Kaum"

1 comments:

Anonymous said...

Org Suku Sarawak dan Sabah adalah org bumiputra walaupun bukan beragama islam.. Hak hak mereka juga di jaga oleh perlembagaan malaysia sama seperti melayu di semenanjung.. Isu perkauman memang tidak wujud di sabah dan sarawak kerana tiada org yang mencabar hak mereka.. di semenanjung isu perkauman juga tidak akan timbul jika tiada yang mencabar hak melayu.. jadi siapa yang patut di persalahkan.. pikirlah sendiri..

Bahasa perantara di Sabah dan Sarawak memang bahasa malaysia.. tidak di semenanjung.. kadang kadang heran jugak generasi muda kaum bukan melayu di bandar di semenanjung ni tak dapat berinteraksi dalam bahasa malaysia.. adakah mereka ini patut di panggil warga negara malaysia..
pikirlah sendiri..

Powered by Blogger.