Mar 27, 2011

'AKSI RANJANG' P'NIKAHAN DI DALAM MASJID!!





ADOI... Kadang2 Melayu CinDia agak hairan dengan budaya baru yang dibawa orang Muslim alaf baru sebegini. Agaknya gersangan cinta suami isteri tiada nilainya, apabila ianya terlafaz bak dunia ini hanya ada kita berdua, maka bertentanglah mata, lalu kucupan mulut sebagai tanda mukadimah sebelum menjelangnya pertarungan cinta kita di malam pertama. Apa2 saja lafaz cinta, kasih sayang mahupun pengorbanan cinta bla3.. Kenapa mesti dibuktikan di khalayak ramai? Itu 1 hal, di dalam Masjid pula tu. Hmmm... Entahlah. Siapa pasangan ini sebenarnya? Anak Menteri? Seorang yang sangat berpengaruh dan dikenali ramai.




KRIS DAYANTI.. Artis pujaan ramai ini mempunyai pengaruh yang tersendiri di kalangan peminat dari Indonesia dan Malaysia. Beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan suami terbarunya pada bulan lepas. Kecantikan beliau dijadikan sebagai inspirasi setiap peminat2 nya. Lagu2 yang dipetik juga menjadi igauan orang ramai. Apatah lagi inspirasi, gerak geri, pendirian dan banyak lagi akan menjadi ikutan ramai. Tidak kiralah jika benar Kris Dayanti merupakan Artis Indonesia, namun ianya bukanlah 1 budaya timur yang mesti ditonjolkan oleh seorang artis yang menjadi ikon orang ramai.

Ini bukanlah masalah profesional atau hak privasi. Jika benar ianya privasi, tidaklah perlu melakukan ciuman ini di rumah Allah, di hadapan orang ramai, tambahan pula ditangkap gambarnya. Melayu CinDia berharap tidak ada mana2 peminat Penyanyi ini di Malaysia akan melakukan 'aksi ranjang' di rumah Allah.


2 comments:

Anonymous said...

you may kiss the bride...............
Selalunya kat mana ye kita dengar ni..

Anonymous said...

Bukankah suaminya itu seorang Kristian sebelun ini? Walaupun sedah bergelar seorang Islam, tabiatnya masih seorang Kristian.

Powered by Blogger.