Mar 13, 2011

AGENDADAILY ADA BUKTI ANWAR SEORANG PELIWAT!!






Lupakan soal Karpal Singh yang akan ‘pusing’ segala macam demi menyelamatkan anak guamnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. lagipun sebelum ini sudah kali-kali perbicaraan kes Ketua Pembangkang itu ditangguhkan hingga orang ramai mula muak untuk mengikuti prosiding tersebut malahan penyokong-penyokong tegarnya yang hadir menyokong beliau di mahkamah kebelakangan ini sudah boleh dibilang dengan jari.




Kini selepas hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan untuk tidak menerima sehelai tuala Good Morning, sebatang berus gigi dan botol minuman palstik yang dipercayai mempunyai sampel DNA Anwar dari lokap sebagai bahan bukti, tumpuan sekarang kepada permohonan mendapatkan sampel darah Anwar secara sah. Ini ekoran permohonan Ketua Pendakwaraya Datuk Yusuf Zainal Abidin kepada mahkamah yang bersidang petang Jumaat demi kebenaran dan keadilan.

Selepas permohonan itu dibantah Karpal, keputusan ditangan Hakim Mohd Zabidin untuk membenarkan atau tidak sampel darah Anwar diperolehi secara sah atau sebaliknya. Tolak sebelah soal keputusan hakim...semua pihak yang sebelum ini berminat terhadap kes itu dan ada yang percaya Anwar jadi mangsa konspirasi pihak tertentu seperti digembar-gemburkan pembangkang, ingin melihat ‘kejujuran’ Anwar sama ada beliau terbabit atau tidak meliwat Mohd Saiful.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR itu tidak berani melakukan sumpah laknat seperti dibuat Mohd Saiful untuk menyokong dakwaanya bahawa memang benar beliau jadi mangsa liwat bekas timbalan Perdana Menteri itu. Sudah dua tahun, Mohd Saiful berbuat demikian tetapi Anwar terus membisu sebaliknya memberi macam-macam alasan bagi mengelak kes beliau sampai ke penghujungnya.

Anwar juga mengemukakan permohonan Qazaf di Mahkamah Syariah mendakwa Mohd Saiful memfitnahnya meliwat tanpa bukti seperti dituntut Islam. Semua ini adalah usaha terdesak Anwar untuk mengelas tuduhan meliwat pembantunya itu. Apapun, jika Anwar dan pengikut-pengikutnya percaya beliau tidak bersalah, ini adalah peluang terbaik untuk Ketua Pembangkang itu membuktikannya.

Lebih baik Anwar membenarkan sampel darahnya diambil supaya dapat dibuktikan DNA lelaki ‘Y’ yang jadi misteri dalam kes liwat itu dibuktikan bukan milik beliau. Sudah sampai masanya Anwar bersikap gentleman demi kebenaran. Buktikan diri anda tidak bersalah Pak Sheikh supaya segala kekalutan berhubung kes liwat terungkai segera.

Sekadar memetik tulisan bekas peguam Anwar, Zulkifli Noordin yang pernah jadi pemimpin PKR dan kini wakil rakyat Bebas Kulim Bandar Bharu, tidak ada sebab Anwar hendak membantah atau mengelak memberi sampel tersebut.

“Kalau benar dakwaan Anwar dia tidak pernah "mengunyitkan" Saiful, tidak ada sebab mengapa Anwar perlu takut memberikan darahnya untuk diambil DNAnya. Kebenaran tetap kebenaran yop!,” itu antara dicatat Zulkifli dalam blognya, Jumaat. Bagaimanapun, Zulkifli berharap Anwar tidak meminta "fatwa" daripada Syeikh Dr. Yusuf Al Qarodowi samada beliau boleh memberi sampel darah untuk ujian DNA tersebut.

“Almaklumlah, semasa dinasihatkan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis supaya bersumpah muhabalah menafikan perbuatan liwat itu, Anwar menyatakan Syeikh Dr. Yusuf Al Qarodowi kata tak boleh bersumpah, walaupun Saiful telah membuat sumpah tersebut di Masjid Wilayah,” katanya. Katanya lagi, sebenarnya inilah peluang terbaik Anwar untuk membuktikan "kesucian" beliau.

Sepatutnya Anwar tidak perlu tunggu untuk Pendakwaraya membuat permohonan kepada Mahkamah sebaliknya beliau secara sukarela menawarkan sampel darah beliau untuk ujian DNA tersebut. Pemberian sampel darah untuk ujian DNA tersebut sudah pasti akan membutikan kebenaran dan yang haq tanpa sebarang keraguan.

“Jadi teman mencabar Anwar, atas nama yang haq dan kebenaran, berikanlah sampel darah untuk ujian DNA perbandingan tersebut. Janganlah menjadi bacul dan dayus yang berselindung disebalik teknikaliti undang-undang, jangalah menyorok disebalik Karpal. Jadilah manusia yang berani. Dan yakinlah, dihadapan ALLAH nanti Karpal tidak akan boleh membantu lagi!!

"Jika Anwar enggan memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA perbandingan itu, sudah pasti umat Islam dan rakyat umumnya akan tertanya-tanya, apa yang nak disorokkan sangat oleh Anwar.

"Sudahlah bersumpah menafikan perbuatan liwat pun tak mahu buat, ni nak bagi darah yang boleh membuktikan kebenaran pun tak mahu jugak! Atau apakah benar sapeti yang disebut orang, bahawa Anwar ada "rahsia besar" yang mahu disembunyikan dengan keengganan memberikan DNA,”kata Zulkifli lagi.


Artikel Hebat Roslan Bian, Penulis Portal Terkenal Agenda Daily

4 comments:

Anonymous said...

Kenapa ye tak nak beri... sahlah memamg betul dia peliwat.. lepas tu nanti org akan dapatkan pulak dna anak azmin untuk buat comparison.. habis semua terbongkar... mana mahu lari lagi.. tulah Karpal Singh sibuk nak pertahankan anwar.. anwar lingkup, lingkuplah PR, tapi tak semestinya PKR dan DAP.. skrg ni pun tak ada kepala dalam parlimen bila anwar tak ada..

Dulu masa beng hock sibuk org buat demo / virgil etc untuk desak gomen buat inquiry dsbnya dengan alasan untuk tegak kebenaran.. tapi skrg tak ada ke org nak desak anwar bagi dna dia untuk tegak kebenaran.. especially NGO NGO.. atau ahli keluarga saiful sendiri, pegang gambar saiful masuk surat khabar mintak simpati dari org ramai.. kita belajar dari merekalah..

Anonymous said...

Apa punya judge tak boleh suruh anwar bagi DNA secara sah.. kita org awam tak dapat terima sebarang alasan dari pihak mahkahmah kenapa ini tak boleh di lakukan.. kalau anwar tu di pihak bn, maka dah lama banyak tuduhan dilemparkan kepada sistem kehakiman negara..

Anonymous said...

Bagus jugak karpal singh 'penguam tersohor negara' jadi lawyer anwar.. jadi kalau dna anwar sama dengan dna Y maka sahlah anwar tu peliwat negara.. dengan kata lain siapa yang tak terima keputusan ni, maka dia lebih cekap dan pandai dari karpal singh dan secara automatic boleh ganti Mr Singh .. itu pun kalau dna tu samalah..

Anonymous said...

Bukankah DNA DSAI sudah diambil utk kes 1998?dan adakah DNA sesorang itu boleh berubah dari tahun ke tahun?

Powered by Blogger.