Mar 2, 2011

60% TANAH RIZAB PAHANG DIRAMPAS SINGAPURA??





Perancangan strategik dalam memastikan Pakatan dapat melaksanakan Pelan Ekonomi 100 hari. Pakatan kini sedang merancang dalam menjual 40% tanah rizab Melayu kepada pelabur2 luar untuk pembangunan yang menggunakan nama Pembangunan Rakyat. 1 Produk yang sangat baik tapi apabila dikaji semula ianya membunuh bukan sahaja masyarakat Melayu, malah masyarakat Malaysia secara amnya. Ini adalah salah satu strategi yang tidak diuar2 kan kerana ditakuti akan kehilangan pengundi Melayu pada PRU13 secara total. Namun, perancangan ini telahpun dilaksanakan di beberapa Negeri tawanan Pakatan termasuklah di Kelantan dan Pulau Pinang.




Pemimpin2 Pakatan seringkali mengherdik dan memaki hamun Kerajaan BN yang sanggup menggadaikan tanah rizab Melayu demi pembangunan yang sememangnya datang dari pelabur tempatan dan dijamin dengan pampasan yang amat berbaloi. Sungguhpun begitu, Kerajaan BN sentiasa mengawal dan memantau perkara ini agar Tanah Rizab Melayu dikekalkan.

Pakatan telah memulakan misi ini. Di Kelantan misalnya Kerajaan Negeri setakat hari ini telah menjual sebahagian tanah rizab di Perkampungan Orang Asli di Loging. kepada Pelabur dari Cina Singapura. Perkara ini tidak disedari ramai pihak. Akan tetapi, ianya berjaya dibongkar melalui temubual eksklusif Ketua Kampung di kawasan tersebut. Di kesempatan itu juga, Kerajaan Negeri telah menjual beberapa syarikat Balak kepada Singapura yang telah memberi keuntungan lebih besar bukan kepada Negeri, tetapi kepada Exco yang bertanggungjawab.

Di Pulau Pinang juga tidak kurang hebatnya. Kampung Buah Pala yang merupakan tanah hak milik masyarakat India telah berjaya dirampas dan pembangunan di kawasan tersebut telah diberi kepada pelabur luar. Antara pelabur2 tersebut datangnya dari Negara Singapura. Kini, beberapa buah Kampung Melayu di Balik Pulau pula menjadi sasaran Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng.

Sememangnya ada di kalangan kita bercakap soal hak milik Tanah Rizab Melayu. Pembangkang memberi amukan melalui ceramah kononnya marah dan akan memastikan tanah ini dibela apabila Pakatan berjaya merampas Kerajaan. Akan tetapi, realitinya adalah lebih teruk dari apa yang dicanang. Mereka meletakkan agenda perangkap ini sebagai agenda jahat yang akan mematikan terus harapan rakyat,

Pahang menjadi idaman Pakatan. Kenapa? Kerana tanah di Pahang cukup luas. Hasil rompakan akan lebih agresif berbanding beberapa Negeri yang lain. FELDA juga akan menjadi hak milik orang luar jika itu menjana kekayaan mereka. Adakah kita harus membiarkan tanah kita dirompak mereka? Jangan mudah terperdaya dengan penipuan dan janji2 manis ini. Tanyalah kepada mereka yang telah menjadi mangsa di Kelantan dan Pulau Pinang.

Jika kemenangan diberikan percuma kepada PAS, inilah yang akan berlaku. Kerana mereka bersekongkol dengan juak2 dari Pakatan iaitu PKR dan DAP. PAS tidak mampu melakukan apa2, kerana mereka hanyalah seekor makhluk kecil yang semakin mudah dipijak oleh DAP. Islam sekadar senjata. Senjata bagi merobek harta dan nyawa umatnya sendiri.




2 comments:

Anonymous said...

nampak sangat umno ketakutan dgn Pelan 100 hari PR, macam2 dia tuduh dan memburukkan.

hakikatnya 100 hari PR adalah untuk melihat rakyat lbh makmur dibanding dgn UMNO/BN yg spt pacat menghisap darah rakyat tak henti2...

anong said...

Pelan 100 hari menatang apa?Cakap atas kertas boleh lah.Setakat ni apa pencapaian negeri pakatan dalam masa 3 tahun ni?Pelan 100 hari konon.Tu ha kelantan tu bukan 100 hari,bukan 3 tahun dah lebih 20 tahun,apa pencapaian kelantan?Masjid pun tak mampu buat.

Orang taksub bolehlah percaya buta2..

Powered by Blogger.