Feb 12, 2011

WANGSA MAJU KECOH ANGKARA GANGSTER PKR !!





Gambar di atas dirakam oleh Malaysiakini satu ketika dahulu. Individu ini dikatakan sering membuat kecoh dan berlagak samseng apabila berdepan dengan penyokong2 UMNO. Apa yang dikhabarkan beliau menetap di Wangsa Maju. Mungkin itu antara syarat2 sulit untuk menjadi Ahli PKR. Nampaknya PKR Wangsa Maju telah membuat percubaan kedua untuk menawan kembali Parlimen Wangsa Maju. Melayu CinDia mendapat maklumat PKR Wangsa Maju telah merasmikan semula penubuhan parti tersebut di Wangsa Maju. Dikatakan Presiden PKR, Wan Azizah telah merasmikan Majlis tersebut. Malah, mereka juga kini memiliki pejabat baru yang terletak di sekitar Danau Kota. Persoalannya, adakah PKR masih lagi releven di Parlimen Wangsa Maju? Adakah ini sebagai petanda ugutan terhadap UMNO dan BN Wangsa Maju yang kembali kukuh di bawah kepimpinan Dato' Dr. Shafei Abdullah?




Sepertimana yang diketahui, PKR Wangsa Maju menerima tamparan hebat setelah Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong bertindak keluar parti dan mengkritik kepimpinan Anwar Ibrahim. Ianya disusuli dengan pengunduran Ketua PKR Cabang Wangsa Maju, Datuk Zaid Ibrahim yang diketahui lebih banyak mengetahui kepincangan dan penyelewengan parti ini.

Parti ini semakin hilang taringnya yang tumpul apabila sekumpulan besar Jawatankuasa dan Ahli PKR Wangsa Maju bertindak keluar parti dan menyertai UMNO di bawah kepimpinan Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah.

PKR seperti yang diketahui mempunyai dana yang cukup besar dan tidak menghadapi sebarang masalah untuk menubuhkan cawangan mahupun Bahagian di satu2 kawasan. Asalkan cukup jumlah minimum ahli, maka tertubuhlah cawangan atau Bahagian.

Tak mengapalah. Nak buat rebranding semula tiada sebarang masalah. Tetapi, rakyat di kawasan Wangsa Maju kini sedar akan penipuan2 PKR. Wangsa Maju is just for BN !!

0 comments:

Powered by Blogger.